Wednesday, April 26

MEE TARIK HOMEMADE



Assalamualaikum....

Petang-petang gini bestkan kalau dapat makan mee tarik...Uols suka makan mee tarik x? Ala... yang mee dari Lanzhou, China tu lah. Siapa yang dah makan mesti ketagih nak makan lagikan...Ok sis ada tengok kat satu blog ni so sis translate dan try buat ikut malaysia punya bahan yang ada kat sini. Jom tengok.. sangat mudah...





Sumber: woksoflife.com




Homemade Noodles


3 cawan tepung gandum
Sebiji telur
100ml air  dicampur
1sk garam


  • Sis guna bread maker, masuk semua bahan dan set untuk doh. 
  • 30 minit rehatkan doh (tutup dengan tuala lembap) dan uli sekejap dalam 3 minit untuk buang angin.
  • Seperti gambar di atas uli secara melata (pastikan letak tepung gandum untuk elak dari melekat)
  • potong panjang dan nipis (agak2 cam mee) - Actually sis tak pandai tarik cam kat kedai mee tarik tu so sis potong gini dan tarik sedikit bagi panjang.
  • Selepas mee siap boleh lah direbus. 
  • Lagi sedap masa nak makan baru rebus, baru rasa mee kenyal 







Spicy Beef Soup

Bahannya:

Potong 4 sebiji bawang besar
5 ulas bawang putih - 10 ulas
1 inchi halia potong nipis
Setengah kilo daging lembu (kalau ada tulang boleh masukkan sekali)
1/2 sb serbuk lada hitam
10 tangkai cili kering digoreng dan blend kering (suka pedas boleh tambah lagi)
8 tangkai daun bawang
4 bunga lawang
3 helai daun bay
1 biji tomato potong dadu
Daun sup
1 senduk kecil kicap cair
1 senduk kecil cili sos
Garam gula secukup rasa
Minyak menumis dan air secukupnya




Caranya:

  • Rebuskan dahulu tulang dan daging lembu dalam slow cooker
  • Tuangkan dalam satu bekas dan masukkan air untuk buat sup
  • Dalam air tersebut masukkan daging, tulang, daun sup dan halia.
  • Didihkan sehingga masak dengan api sederhana.


  • Sementara itu, tumiskan bawang besar bersama bawang putih (x yah potong ) sampai naik bau






  • Masukkan cili kering yang di goreng dan diblend halus tadi
  • Dan masukkan sekali daun bay bersama lada hitam yang ditumbuk halus





  • Kemudian masukkan tomato, kicap cair bersama sos cili dan sedikit air
  • Kacau rata sehingga sebati





  • Okey, masukkan dalam sup tadi
  • Kacau rata, masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Siappp... makan panas-panas ngan mee baru masak





No comments:

 

Designed By Izza sakura