Thursday, May 4

LAKSA PENANG




Assalamualaikum...

Teringin makan laksa lah pulak hari ni. Actually laksa ni kalau buat kuah dia tak de tulang langsung baru makan tu tak leh berhenti tapilah kalau ada tulang.. Serius.. terus potong.. Makna pulak ngan otak udang.. Perhh... bertambah tau.. Nak buat bukannya susah.. Main rebus2 je tapi renyuh skit masa buang tulang kat ikan. Make sure pakai ikan sardin tau..




LAKSA PENANG

Bahannya:


1 kg ikan mata besar (ikan sardin)
(Direbus bersama beberapa keping asam gelugor)
2 bungkus laksa kering
5 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk
4 sudu besar pes udang
2 cekak daun kesum / cenohom
2 cm keratan lengkuas (diketuk)
4 batang serai (diketuk)
Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.



Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):

Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus dan blender sehingga menjadi cili giling
3 ulas bawang putih.
4 biji bawang besar dipotong empat
Anggaran 6 cm belacan bakar.



Bahan hiasan:

Daun pudina
Cili merah dihiris
Cili padi dihiris
Timun dihiris
Daun salad dihiris
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Telur rebus (sebiji dipotong dua atau dipotong empat)
Limau nipis atau limau kasturi dipotong sipi




Penyediaan kuah:


  • Ikan dibuang tulang dan asingkan tulang dalam bekas lain
  • Blenderkan isi ikan 
  • Blenderkan tulang ikan sekali kepala ikan (blend sehingga tulang menjadi putih) 
  • buang tulang ikan yang dah bertukar kaler tu
  • Dalam satu periuk, tapiskan air yang diblend tadi iaitu air blender ikan dan air blender tulang ikan
  • Masukkan bahan-bahan pes ke dalam periuk bersama bunga kantan, daun kesum, lengkuas dan asam gelugor.
  • Rebus sebingga mendidih dan masukkan garam dan gula
  • Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 
  • Sekiranya rasa masam, masin dan manis secukup rasa, tutup api






Tips Penting: 


  • Ikan yang telah disiang hendaklah diperap sekejap; lebih kurang 10 minit bersama garam dan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan. Kemudian dicuci bersih.
  • Laksa kering hendaklah direndam semalaman supaya betul-betul lembut sebelum direbus. Rebus dalam air mendidih bergaram. Tentukan laksa anda masak sempurna dengan mencuba memicitnya. Selepas lembut, toskan dan basuh dengan air biasa. Toskan kembali dan simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghalangnya daripada melekat dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa itu stok yang lama.

No comments:

 

Designed By Izza sakura