Thursday, May 18

KETUPAT PULUT DAUN PISANG DAN RENDANG DAGING




Assalamualaikum...

Alkisahnya.. ni cerita raya haji tahun lepas. Kami satu family tak balik so zue buat lah rendang versi sendiri. Bahan semua dah ada tapi daun untuk bungkus ketupat tak jumpa. Habis chow kit dan pasar borong seri kembangan pergi cari. Tak de sampai sudah. Last2 no choice guna je lah daun pisang kira alat-ala lepat lah ni sebab selalu tengok mak mertua buat lepat guna daun pisang so try ler buat kat lemang zue.. Hihiii..





LEMANG KUKUS DAUN PISANG



Bahannya:

3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
3 helai daun pandan - simpul Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong. Aluminum foil


Caranya:

*Panaskan kukusan terlebih dahulu* 
   

  • Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan. 
  • Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras      dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak. 
  • Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak. 
  • Bila dah masak keluarkan.
  • Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Gulungkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan gulung lagi dengan aluminium foil.
  • Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . 
  • Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.

RENDANG DAGING

Bahannya:
1 kg daging (potong nipis kecil)
5 helai daun kunyit (mayang halus)
2 batang serai (ketuk)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah garam

Bahan-Bahan (BLEND)

15 tangkai cili kering + cili api (mengikut kepedasan sendiri)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah 
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan. 
  • Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak. 
  • Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat 
  • Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 
  • Biarkan sehingga naik minyak. 
  • Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

No comments:

 

Designed By Izza sakura