Monday, December 12

NASI ARAB versiku..


Dah lama teringin nak buat Nasi Arab tapi tak jugak menjadi.. Semalam kebetulan pergi jalan-jalan kat carefour baru buka di puchong, terus cari bahan-bahan nak buat Nasi Arab ni.. yang paling penting beli beras moghul basmati.. panjanggg... dengan harga rm9.90 sepeket kecik.. cukuplah.. bukan nak buat kenduri pun.. Inipun boleh 2 kali buat..

Alhamdulillah.. hari ni tertunai terus hasrat nak buat Nasi arab versi my mom.. (Ambik resepi ni lepas kol my mom)...Rupa-rupanya tak delah susah sangat nak buat.. macam nasi beriani atau nasi minyak jer.. caranya.. Tapi Nasi Arab ni banyak yang zue 'derhakakan'.. biasa guna daging kambing.. zue tukar daging ayam.. tak de kuah.. zue buatkan kuah sup.. dan nasi arab ada susu masam (tairu)..tapi zue tak letak.. yang samanya acar jer saja.. dan yang pasti rasa Nasi Arab ni memang sedap..sampaikan my kids yang tak suka makan nasi tu boleh tambah 3 kali... ^_^


Bahan-bahan untuk nasi:- (3-4 orang)
  • 5 cawan air daripada sup ayam/daging
  • 2 biji bawang merah dimayang halus-halus
  • Garam secukup rasa
  • 4 beradik (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih)
  • 4 sb minyak sapi 
  • 5 biji lada hitam
  • 1 biji tomato dipotong dadu (zue guna sos tomato)
  • 4 cawan beras basmati
  • pewarna oren
  • daun pudina
  • daun ketumbar


Cara-caranya:
  • Basuh dan rendamkan beras selama 5 minit
  • Masukkan beras dalam periuk bersama dengan bawang merah yang dimayang, minyak sapi, sos tomato, lada hitam dan sup ayam 
  • Onkan rice cooker
  • Bila agak-agak dah separuh masak, masukkan daun pudina, daun ketumbar dan sedikit (setitik dua jer tau..) pewarna oren.
  • Biarkan sehingga masak (jangan di gaul)
Ayam tu zue ambik daripada sup terus goreng bersama serbuk kunyit, sedikit garam dan lada giling 







































Sup Ayam

Ayam (Dipotong kecil-kecil)
air
4 beradik (Cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang)
halia * dimayang
bawang besar dan bawang putih * dimayang halus
Rempah sup
Sup Bunjut
Daun sup

Caranya:

  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan 4 beradik dengan sedikit minyak
  • Agak naik bau, masukkan air (air yang banyak sebab nanti nak guna air untuk buat nasi)
  • Masukkan rempah sup bersama sup bunjut
  • Masukkan carrot dan ubi kentang
  • Bila dah mengelegak, masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil
  • Masukkan sedikit garam (secukup rasa)
  • Bila menggelegak, tutup api
  • Taburkan daun sup


Acar:

Bawang merah
timun
tomato
cuka
gula
garam
sos cili
sos tomato
daun pudina
daun ketumbar


Caranya:-
  • Mayang haluskan bawang merah.
  • Potong tomato dan timun secara dadu
  • Masukkan cuka, gula, garam, sos cili  dan sos tomato secukup rasa
  • Potong kasar daun pudina dan daun ketumbar.
  • Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati

2 comments:

Liza said...

salam kenal zue...best nmpk nasi arab ni...nnt Liza nk try jugak la...thnx yer share resepi ni...

..::Zue::.. said...

slm kenal kembali liza..
trylah..buat..
memang best nasi arab ni..

 

Designed By Izza sakura