Wednesday, December 14

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN MOIST

Selamat tengahari...
Semalam try buat kek kukus buah-buahan... ambik resepi daripada dapur noormasri.. Risau gak nak buat takut tak jadi kat bahagian buahnya tu.. sebab selalu buat buahnya mesti mendap turun ke bawah... tak terletak cantik cam kek buah  lain.. Lepas try step by step cara dalam resepi tu.. Alhamdulillah.. memang teruja.. menjadi.. cuma cik hubby kata tak macam kek buah.. terlebih gebu lak.. mulalah zue monolog dalaman (alamak.. ayat sastera ni..) ... mungkin aku pukul lama agaknyer sebab dalam resepi ni dah pesan kek buah ni kena pukul ala-ala manja jer.. Tapi tak pe lah gebu pun gebu.. janji dah jadi kek buah yang sedap..

Esoknya yang balance banyak lagi so terus wat bekpas.. Aikk.. dah tak macam semalam gebu cam kapas... tapi lebih moist dan tekstur keknya agak kejap dan kemas... lagi sedap daripada semalam.. Oooo.. baruku tau kek buah ni lagi lama kita biarkan lagi sedap rasanya..


sumber: http://dapur-digital.blogspot.com/2011/02/kek-kukus-buah-lembab.html

Bahan-bahannya:

300 gram tepung gandum
150 gram gula halus~ akak guna 60g aje, tu pun dah cukup manis ~ zue pun sama guna 60gm jer
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
50 gram Almond Flake (kalau tak ada tak apa) -tak letak tak per..
50 gram isi biji kuaci (kalau tak ada tak apa) -tak letak sbb tak de
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla ~ zue tukar kepada sunquick
sedikit pewarna coklat - guna black treacle
1 cawan gula  1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :


1.  Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.

2. (tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

4. Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan sunquick dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.

5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas tuang ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.




8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya ia dikukus sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi gas. Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan sedap.

Zue guna loyang 7x7...

2 comments:

Liza said...

salam zue....cik hubby Liza suka mkn kek kukus buah ni tp Liza jarang buat....malas...hihihihi

..::Zue::.. said...

wslm liza...
liza.. rajinkan diri ngan resepi mudah ni..huhuhuhuuu..

 

Designed By Izza sakura