Saturday, December 3

APAM MEKAR SEJAMBAK

Pagi yang indah selepas hujan semalaman.. 
Bangun pagi terfikir nak bekpas APAM MEKAR lah ari ni.. Emmm.. terus turun ke dapur je lah.. 1st adunan zue buatkan ia mekar yang agak bantat sebabnya terlupa tutup tudung periuk..(Kenapa lak ari ni leh tak ingat benda penting gitu)..so buat adunan ke dua.. sangat puas hati sebab ia betul-betul mekar sejambak.. Bagi satu adunan yang zue buat saiz M ni boleh dapat dalam 25 biji.. Ok gak tu.. Resepi ni amat mudah untuk di buat.. Jom tengok resepinya..




Bahan-bahan:


          250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
          2 biji telur
          300 gm tepung gandum
          200 ml susu cair/susu segar
          1 sudu kecil ovallate
          Pewarna (ikut suka)
          Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.


Cara-caranya:-
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna dan bahagikan kepada 3 bahagian pun boleh jer).
  • Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya)
  • Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut
  • Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup)


Cantek kalau pelbagaikan kaler macam bunga yang warna warni dan mekar..

4 comments:

Liza said...

salam zue...mmg cantik mekar apam tu...Liza dah lama nak buat tp tkt xmekar....hihihi

..::Zue::.. said...

w/slm Liza..
zue pun dah lama tak buat bila buat kali ni lupa kat nak bungkus tutup periuk dulu sampai terbantat adunan mula2..

Melly Octaviana said...

Cantik apam nya, macam nak ambil 2 buah.. ;)

..::Zue::.. said...

ambik 5 pun bole..^_0

 

Designed By Izza sakura