Saturday, July 7

SOSEJ ROLL


Assalamualaikum..
Tak terlambat untuk zue ucapkan selamat pagi. Almaklum pagi yang lewat buat bekpas. Biasa hari kerja bangun awal. Hari cuti mesti nak sambung balik tido lepas solat subuh.. Qada untuk 5 hari katanya...huhuu.  

Hari ni hari mengemas rumah dan memasak so jap lagi nak settlekan apa yang patut dibuat sebagai seorang suru rumah berkerjaya. Pastu nak ajak en hubby ronda KL .. Ermm gi jenjalan kat ikea pun best gak bukan nak shopping pun tapi cuci mata katernyer walhal nanti ader jual satu or dua barang melekat.. 

Jom kita tengok sarapan zue ngan family pagi ni...

Sosej Roll
Sumber: Potret Kasih

6 keping sosej ( ayam atau daging)

1 biji telur besar 

3 sudu besar serbuk Roti

sedikit garam

Cara membuatnya
  • Pukul telur dengan sedikit garam hingga sebati.
  • Letak sosej di atas roti kemudian gulung. Gamkan hujungnya dengan sedikit telur yang di pukul tadi.
  • Celupkan roti kedalam telur, kemudian lumurkan pula dengan serbuk roti.
  • Goreng kedalam minyak hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos cili.

4 comments:

kehidupanku said...

as salam, i ni baru nk blaja masak...hehe nk tanya serbuk roti tu mcm mana ya..camner nk buat..beli or ambik dr roti tu..tq sis

..::Zue::.. said...

wslm..
serbuk roti @ breadcrumb ader dijual di kedai bahan membuat kek saja.. tapi kalau nak buat sendiri pun boleh...caranya... keluarkan roti tersebut dari plastiknya. Kemudian letak di atas rak peti sejuk selama tiga hari. Kisar hingga halus untuk mendapatkan serbuk roti buatan sendiri. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.

Nurazizah Ramli said...

Assalamua'alaikum .. nk tanya . Kalau nk gam kan roti dengan telur tu .. kena asingkan ke telur kuning dengan telur putih ?

..::Zue::.. said...

wslm...

yup asingkan telor putih dan kuning. Just ambil kuning saja.

 

Designed By Izza sakura