Assalamualaikum...
Salam Ramadhan. Tinggal tak sampai lagi seminggu nak raya. Malam-malam terakhir ni terkejar-kejar mana nak settle tempahan orang, mana nak tido lambat nak kejar lailatul qadar, mana nak masak untuk sahur itu tak kira lagi anak susah nak bangun sahur. Mood dia org dah kelaut sebab dah dekat nak raya. Hari ni zue share resepi yang zue buat untuk tempahan member2 kat opis.
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas
Caranya:-
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
- Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
- Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
- Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
- Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter .
- Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh.
- 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar.
- Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak.
- Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
- Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart.
- Kalau adunan melekat kat alat penerap tu.
- Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak atau tepung gandum.
- Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
- Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli.
- Letakkan atas doh yg telah di terap tadi.
- Buat hingga habis.
- Masak pada suhu 170'c selama 15-20 minit
- Sejukkan sedia dilukis lorekan atas tat menggunakan icing dan untu pemanis letakkan sugar doh yang ready made.
ICING
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon
Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
1 comment:
Mengancam pula nengok tartnya...
Post a Comment