Tuesday, May 22

MINI PAVLOVA

Selamat Pagi.. 

Salam 1 Rejab... Alhamdulillah zue berpuasa hari ni buat 2 in 1. Puasa ganti sekali pusat sunat bulan Rejab. Jom kita tengok kelebihan berpuasa pada bulan Rejab berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W ...    
     
" Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkanya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnah syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutup pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan pintu syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa tujuk hari dalam bulan Rajab, maka ditutup pintu neraka Jahanam

Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas dari bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatan dengan kebaikan, dan barangsiapa menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."


Puasa pun puasa jugak tapi entry masakan harus diupdate selalu. Pagi ni zue nak share resepi mini pavlova yang dibuat minggu lepas. Whipping cream yang zue letak atas pavlova kurang kental dan agak comot sebab tak sabar nak piping ari tu memandangkan nak kejar cuaca yang dah hampir maghrib untuk ambik gambar so next time kena pukul whiping cream awal-awal dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.

PAVLOVA

Bahannya:

4 biji putih telur (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla 
1/2 sudu teh cuka masakan 
1 sudu besar tepung jagung 


Caranya : 
  • Panaskan oven pada kadar 140'c dengan api bawah saja.
  • Bila start masak turunkan suhu pada kadar 120-100'c.
  • Asingkan kuning dan putih telur dan ambik yang putih jer
  • Putar putih telur pada kelajuan paling tinggi sehingga menjadi gebu (soft peaks)
  • nak tau soft peaks tu camna, terbalikkan mangkuk dan putih telur tu tak jatuh
  • Dengan kelajuan paling tinggi juga masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan tahap maxima
  • Putar sehingga kental sambil masukkan 1 sudu besar tepung jagung dalam adunan tersebut dan putar lagi selama 3 minit.
  • Bila dah sebati stopkan.
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Kaup balikkan adunan tersebut dengan cara satu hala sehingga sebati.
  • Sediakan baking paper dalam dulang bersama paper cup saiz M (zue masukkan dalam acuan tat) dan sedia tuang adunan ke atasnya.
  • Jangan tuang terlalu tebal dan terlalu nipis dan buat ala-ala benteng gitu (keliling lebih tinggi daripada di bahagian tengah)
  • Masukkan dibahagian tengah rak dan sedia dibakar selama 1 jam 15 minit suhu selama 120 - 100 'c.
  • Proses pembakaran bergantung pada oven masing-masing
  • Nak tau pavlova kita dah masak, kulitnya garing diluar dan lembut didalam. 
  • Dalam proses pembakaran jangan gatal-gatal nak buka oven tau.
  • Bila dah cukup waktunya jangan dikeluarkan terus pavlova dari oven, biarkan seketika dalam oven sambil pintu direnggangkan
  • Untuk mengelakkan pavlova crack@merekah, biarkan ia seketika dalam oven selama 10 minit.
Topping/hiasan : 
1 cawan (250 ml ) whipping cream 
  • Zue pakai brand Rich so tak pakai letak gula aising lagi sebab ia sedia manis.

  Cara menghias : 
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental, masuk whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai (tapi zue ni jenis tak sabar so tak letak whiping cream dalam peti ais tu yang topping agak cair)...tak per... janji sedap...
Siyes.... pavlova ni memang sedap tapi jangan terlampau manis.. Gabungan stoberi yang masam tu betul-betul melekat kat hati untuk buat lagi dan lagi...

3 comments:

Farah Deeb said...

Thanks for sharing. Gtu je upenya cara nak membuatnye ye. Bolehlah cube lepas ni!
My latest Entry :)
Mak sentap kat Citrawarna 2012 Dataran Merdeka

Salam Harun said...

nampak macam lagi senang nak buat..nanti trylah..saya pun ada buat jugak pavlova..

Zue El Razak said...

FARAH deeb~ mmg senang.. try ler..

Salam Harun~ tq.. :)

 

Designed By Izza sakura