Monday, July 13

LASAGNA MUDAH ALA2 PIZZA HUT



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan.. Tak sampai seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Sedih lak.. Dah lah tak dapat bertarawikh (ada baby twins).. Harap2 tahun depan dipanjangkan lagi umur untuk bertemu Lailatul Qadar untuk tahun depan.. Amin

Mood masak dah ke laut sebab semangat nak raya tu lagi banyak daripada nak masak. So buat makanan simple je semalam iaitu Lasagna Mudah ala-ala pizza hut.


LASAGNA MUDAH ALA2 PIZZA HUT

1- sos putih  
Planta dua  sudu , tepung gandum dua sudu, dua keping  keju cheesedale dan susu segar

Caranya;  
Panaskan mentega, masukkan tepung gandum, kacau kemudian susu dan cheesedale. Kacau sehingga sebati. Tutup api.

2- sos daging  
Bawang besar potong dadu , daging kisar , sos prego , black pepper dan serbuk oregano  serta sedikit garam.

Caranya;  
Tumis bawang sehingga layu masukkan daging kisar dan sos prego.. Kacau sebati, masukkan black pepper, serbuk oregano dan  sedikit garam. Kacau sehingga masak



3- kepingan lasagna direbus dan layer pada dasar pertama
4- isikan dengan sos daging
5- ratakan sos putih
6- parutkan keju cheddar
7-taburkan keju mozarella dan ulang sehingga 3 lapisan
8- bakar pada suhu 170 selama 40 minit
9- sedap dimakan panas-panas

No comments:

 

Designed By Izza sakura