Friday, July 3

PAI TEE... Ala- ala CRS



Assalamualaikum...

Hari ni 3 Julai 2015 bermakna sudah 16 hari kita berpuasa dan tinggal lagi 13 hari kita akan menyambut syawal... Alamak raye nak dekat... Persiapan apa pun tak de ni.. Alamakkk.. Esok cuti sabtu harus kena keluar cari baju raya budak-budak.

Berbalik pada resepi hari ni. Minggu lepas Zue try buat pai tee. Gigih gi kedai bake wit yen beli acuan dia dengan harga rm13.90 termasuk gst. Alhamdulillah dah boleh buat. Nak buat kulit dia kena ada cara tersendiri sebab masa nak keluarkan kulit dari acuan tu kena perlahan dengan menggunakan lidi takut terkoyak.


PAI TEE



Bahan Kulit Pie Tee:

4 sb tepung gandum
3/4 cwn tepung beras
3/4 cwn air
1 biji telur
secubit garam
sedikit lada sulah
sedikit air kapur
gula dan bahan perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara;

  • Ayakkan tepung-tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
  • Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
  • Peramkan adunan selama 20 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang dalam 
  • Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
  • Celupkan calung pie dalam adunan separas 3/4 dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. 
  • Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
  • Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.




Bahan Inti:

3 sb minyak masak
3 ulas bawang putih dicincang kasar
300 gm isi udang di cincang kasar
i biji sengkuang diparut kasar
1 biji lobak merak diparut kasar
1 biji timun diparut kasar

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. goreng sehingga udang masak. Tutupkan api.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata. Ketepikan.

No comments:

 

Designed By Izza sakura