Friday, October 16

ROJAK BETIK TERENGGANU




Assalamualaikum...

Hari ni zue nak share resepi acar orang terengganu. Makan saja pun sedap. Gabungan masam, manis dan pedas tu amat menyelerakan. Tambah sedikit belacan kasi ada 'Ummpp'.. Mantap... Sapa yang tak pernah rasa harus kena cuba (tapi kalau tak makan belacan tak payah letak belacan).. Apa-apa pun jom kita tengok resepinya...





Rojak Betik

Makanan tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun (potong 2 hiris halus-halus)
1/2 biji nenas separuh masak (potong 3 segi yang nipis)

Bahan untuk Kuah

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
sedikit belacan (sebagai perisa)



Cara Membuat:

  • Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
  • Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.


Utk membuat kuah: 
  • Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  • Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, belacan, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  • Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. 
  • Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas. 




Utk. menghidang: 

Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Thursday, October 15

YEE MEE SIZZLING




Assalamualaikum...

Salam 2 muharram.. Semalam cuti uols mesti malas masak sebab nak bawa family jalan-jalan. Zue semalam plan nak keluar tapi memandangkan sangat letih sebab marhaban baru ni terus tak jadi dan duk kat umah apa lagi.. masaklah.. Google punya google jumpa yee mee sizling yang memang pebret sangatlah. Terus buat. Jom try buat murah dan ringkas je. 



YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air


 

 Caranya:


  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. 
  • Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. 
  • Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). 
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. 
  • Biarkan mendidih dan ayam masak. 
  • Masukkan cendawan. 
  •  Biarkan 2 - 3 minit. 
  • Masukkan air tepung jagung. 
  • Gaul rata dan kuah akan pekat. 
  • Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api. 
  • Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. 
  • Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. 
  • Jika perlu, tambahkan lagi kuah. 
  • Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. 
  • Tutup api dan angkat mee. 
  • Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. 


Wednesday, October 14

JUS PEPPERMENT LEMONANDE




Assalamualaikum...

Selamat malam.. Entry malam ni zue nak share cara kempiskan perut dengan mudah dan sedap. Insha Allah ia akan berjaya kalau kita bersistematik. 

Actually zue baru 8 bulan bersalin twins. Kalau twins imaginekan perut besar mana pastu nak kempiskan cam mana?. Google punya google dapatlah ilmu dari fb. So far sangat berkesan.. Cuma yang tak tahan pagi otw nak gi keja tengah drive meremang bulu roma nak ke toilet.. Macam2 ayat duk baca... Sampai je opis berlari 100km sejam gi kat toilet sebab perut tak tahan. Apa2 pun jom try.

 

Jus pepermint lemonade untuk kempiskan perut 

Bahannya;

3 biji limau nipis (buang kulitnya)
2 biji air perahan limau nipis
3 biji limau kasturi
1 biji jus lemon
8 helai daun pudina
Gula secukup rasa
Air

Caranya

Blendkan limau nipis yg dibuang kulit, jus perahan limau nipis, jus limau kasturi, jus lemon, gula, air dan daun pudina. 
Siap blend, tapis dan sedia diminum bersama ais batu (saya x letak)

 

Friday, September 11

NASI DAGING AIR ASAM




Assalamualaikum...

Dah prepare masakan untuk tengahari?. Hari ni zue nak masak special skit untuk family. Dah lama tak makan NASI DAGING AIR ASAM. Zue tak suka makan nasi kosong yang takde kuah so zue buatkan sup untuk rasa lagi umphhh... Jom layan..







Resepi Nasi Daging Kedah

sumber: anyabdullah.com

Bahan sup untuk dibuat stok 

1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar 
2-3 inci halia - dipotong nipis 
1 ulas bawang besar 
Garam secukup rasa 


Cara : 

  • Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. 
  • Asingkan daging. 
  • Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi. 
  • Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.




Bahan-bahan Nasi

1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
8 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus


Cara :


  • Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.
  • Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan air rebusan daging,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.
  • Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.





Resepi Air Asam Tomato

2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka

1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis


Cara :

  • Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.
  • Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

Thursday, September 10

PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP... Seyes sedappp




Assalamualaikum...

Sarapan apa pagi ni?. Jom try buat sarapan ala-ala kedai western PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP. Ada yang panggil PUFF WITH TOP HAT dan ada yang panggil PUFF ngan mushroom sup. Apa namanya yang pasti sedap dan  cara pembuatan yang amat mudah. Tak caye?.. Meh nak ajar cara buat..



Agak-agak tergoda tak?.. Ini belum makan lagi.. Kalau dah makan walaaa.. yummy..



Actually puff ni zue buat sendiri menggunakan resepi disini. Memandangkan buat boleh dapat lagi banyak. Beli je margarine puff kat BWY pastu adun sendiri ngan tepung gandum. Margarine kat BWY tu dalam rm7 (tak silap) boleh guna lebih daripada 10 kali untuk buat puff ngan pelbagai design. Tapi nak mudahkan cerita, kalau malas nak buat, al maklum semua nak instant so beli je puff jenama KAWAN kat tesco, pasaraya EON BIG atau JAYA JUSCO. Harga tak sampai rm10 pun dalam 6 keping tak silap.



PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP


  • Untuk supnya, beli je powder mushroom sup jenama knor atau apa2 jenama yang kena ngan tekak. (Zue suka jenama knorr).
  • Masak ikut aturan belakang plastik powder sup tersebut.
  • Letak dalam cawan/mangkuk yang boleh letak dalam oven/mickrovawe.
  • Canai puff tersebut dan letak atas cawan macam topi untuk tutup sup tersebut. Jangan sampai puff melenduk masuk dalam sup, nanti puff tak 'membengkak' cantik.
  • Bakar dalam 15-20 minit suhu antara 180-200'c atau ikut oven/mickrovawe masing2.
  • Sedia dimakan... Dijamin sedap.. Tak payah gi kedai roti delicious dah lepas ni.

Monday, August 24

ROTI JALA MUDAH



Assalamualaikum...

Selamat pagi.. Pagi yang indah.. Sejuk je dengan kedinginan hujan semalam. Hari ni saya nak share satu resepi mudah yang di ambil di internet.. Sorry lupa si empunya resepi..


Resepinya amat mudah cuma tak lah manis. Kalau nak manis boleh dicampurkan dengan sedikit susu pekat manis.

Jom tengok resepinya yang amat mudah...


Roti jala mudah

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sb minyak jagung
Secubit garam
Sedikit vanilla
Pewarna


Caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blendkan kemudian tapis
Sedia menjala menggunakan botol muncung 3 di atas non stick pan.
Lepas menjala terus gulung

Tuesday, August 4

KUE TEOW LADNA



Assalamualaikum...

Puasa dah..Raya pun dah tunggu nak beraya sebulan lagi ni. Tahun ni cam kurang je orang buat open house sebab tak.m macam tahun lepas tak larat usung perut kalau hari minggu. Mungkin kes kegawatan ekonomilah tu...

Ni resepi zue buat bila masa tak sempat untuk masak nasi. Resepi ni just baling2 je.. Mudah dan jimat masa.



KUE TEOW LADNA

Bahannya:-

Bahan A
Sebungkus kue teow
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak

Bahan B
3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit hancur)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sekeping dada ayam
5 ekor sotong (dipotong kecil)
10 ekor udang 
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka) 
kobis bunga (ikut suka nak letak banyak mana.. agak2 lah ye)
5 tangkai sawi (ikut suka juga)
4 biji cili padi dihiris 
2 sudu tepung jagung
500ml air
1/2 kiub perisa ayam


Cara-caranya :-

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning dan wangi.
  • Kemudian masuk ayam, udang dan sotong dan kacau sebentar
  • Selepas itu masukan sos tiram dan kicap, goreng sekejap, masukan air.
  • Kemudian masukan lobak dahulu, bila dah mendidih baru masuk bunga kobis dan sawi.
  • Selepas itu masukan kiub perisa ayam, kemudian masukan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
  • Apabila nak makan baru dimasukan hirisan cili padi dan sayuran.
Cara Masak Bahan A:

  • Panaskan minyak, kemudian masukan sos tiram dan kicap. 
  • Goreng sekejap lepas tu masukkan kueyteow, kacau hingga sebati. 
  • Angkat dan letakan kedalam mangkuk

 

Designed By Izza sakura