Thursday, March 1

PUDING ROTI BERKASTAD lagi

PUDING ROTI BERKASTAD adalah my peberet.. Nak buat memang mudah.. Dalam resepi ni zue lebih suka masukkan banyak kekacang dan buah kismis bersama fruits..Bila makan tu terasa gigitan yang kekacang gitu.. Sebelum ni zue pernah buat  menggunakan resepi kak NANI ROSTAM... memang sedap sebab dalam resepinya ada whipping cream.. agak creamy.. tapi kali ni memandangkan whipping cream tak der so zue tak letak..resepinya DISINI
Kali ni zue try buat resepi yang lebih kurang sama ngan yang lama tu tapi caranya lain dan di ambil daripada TryMasak pulak resepi asal versi kukus tapi zue buat versi bakar... Dan banyak yang zue derhakakan dalam resepi ni mengikut selera sendiri...Jom layan..
Bahannya:

8 keping roti (guna butterscoth lagi sedap)
500ml susu full cream
3 sb gula kastor
kismis/ buahan campuran/kekacang
2 biji telur - dipukul sebati
mentega untuk disapu pada roti
1 1/2 sk esen vanila
1 sk serbuk kayu manis
sedikit gula perang
Caranya:
  • Sapukan loyang dengan mentega
  • Sapukan roti dengan butter kemudian susun roti dalam loyang (nak koyakkan pun boleh)
  • Dalam bekas lain, masukkan telur, susu full cream, esen vanila, gula dan kacau sehingga sebati.
  • Curahkan susu yang dipukul bersama bahn-bahan tadi dan curahkan pada roti yang disusun dalam loyang.
  • Taburkan buah kismis dan buah campuran.
  • Biarkan selama 30 minit (betul-betul kembang)
  • Lastly taburkan kekacang campuran, serbuk kayu manis dan gula perang di atasnya.
  • sedia dibakar pada suhu 150'c selama 30 minit atau sehingga masak.

Sos kastad:


400ml susu full cream
2 sb kastad
1 1/2 sb gula castor
1 sk esen vanila


Cara menyediakan sos kastad
  • Campurkan kesemua bahan - susu, kastad, gula dan esen vanila
  • kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan sehingga gula hancur.
  • Masak di atas api yang perlahan sehingga ia benar-benar pekat dan masak.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam...sdp nya puding roti letak kasted...lama x buat...mkn sejuk2 mmg enak sekali

izahdaut said...

wiwiiitt... lma la sungguh tak buat puding roti gini. makan suke.. buatnya.. adehhh beart betui montot. heheh..best nyerr

F.A.R.A.H. deeb said...

Aiyarkkk!!! Sungguh menyelerakan. Sebelum ni wat tak pernah lak nak bubuh kekacangkan? Ciss.. :)
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

..::Zue::.. said...

@Sheila Shafeareen.. btl tu makan sejuk2 memang sedap...

@izahdaut...ala yg uli menguli tu rajin bebenor.. yg campak2 cam ni chef izah malas...agk pelik tu...huhuuu

@F.A.R.A.H. deeb... buh kekacang lg sedap tau..

 

Designed By Izza sakura