Sunday, March 4

MAKARONI BAKAR

Selamat petang Ahad..

Projek membaking apa petang-petang ni.. Zue ader buatkan macaroni bakar..Dah lama nak buat..biasa buat yang macaroni cheese bakar.. Hari ni trylah resepi macaroni bakar versi zue...Tak der cheese-cheese ni... jaga badan katernyer...tak delah kebetulan mozarella cheese tak der kat rumah..so buat apalah yang ader kat dapur... Makan macaroni bakar dan cicah lak ngan sos cili buatan sendiri..Emmm... sedap tu..


Actually zue buat dalam loyang kecil-kecil senang nak ngapp dalam mulut..huhuhuuu..


Bahannya:

400g makaroni
2 sudu besar serbuk kari daging 
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah 
150g daging cincang
minyak untuk menumis
7 biji telur
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar mayonis
garam secukup rasa
Sedikit daun sup bawang
Caranya:
  • Rebus makaroni bersama sedikit minyak dan sedikit garam, bila kembang toskan airnya.
  • Lada besar dan 1 ulas bawang besar dipotong dadu.
  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
  • Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
  • Masukkan daging cincang. Kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, mayonis dan garam secukup rasa.

  • Akhir sekali masukkan makaroni kacau hingga sebati
  • Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
  • Sapukan acuan dengan butter/majerin supaya tidak melekat.
  • Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi. 
  • Masukkan telur yang telah dipukul.
  • Taburkan lada yg selebihnya bersama daun sup dan daun bawang. 
  • Bakar selama 15-20 mins di dalam oven dengan kepanasan,180 C

Bahan untuk sosnya:

6 biji cili merah *
3 ulas bawang putih*
1 sb gula pasir*
3/4 cawan air masak*
1 sb cuka makan*
sos tomato secukupnya*
2 sb tepung jagung untuk memekatkan kuah

Caranya:
  • Kisar kesemua bahan bertanda * sehingga halus
  • Tambahkan sos tomato dan kisar lagi
  • Panaskan kuali dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
  • Kacau sehingga kuahnya agak pekat

6 comments:

Gee® said...

aduhaiii....sgt menggoda!!

..::Zue::.. said...

@Gee...trylah buat..

CitarasaKu said...

salam....sedap saya suka makan begini...

..::Zue::.. said...

@CitarasaKu... betul tu simple jer.. tp sedap..

CT Delima said...

As'alam Zue

maaf lambat sikit masuk opis hari ni, baru lepas makan, pastu tido, bangun terus solat baru ni masuk bilik opis balik..hahaha

zue, sukalah tengok makaroni bakar ni, k.ct lama dah teringin nak buat, tapi bila dah beli daging cincang tu mesti kelain pulak buatnya. k.ct amik dulu resipi lah ya, kot2 tegerak nak buat nanti :)

..::Zue::.. said...

w'slm kak ct..

bz sggh kak ct ni.. tp still sempat ambik pic yg cantik..

ape2 pun zue berbesar hati sgt akak ambik resepi ni n buat versi akak bersama pic akak yg mabeles tu..huhuuu

 

Designed By Izza sakura