Assalamualaikum...
Pernah makan Banafote Pai?... Serius sedap.. Makan sekali nak lagi. Tapi kena letak dalam peti ais untuk mengelakkan crust dia lembek. duk saja-saja mesti teringat kesedapannya. Actually ni resepi yang lama draff kat entry so hari ni kebetulan puasa ganti terus publishkan.. Insha Allah petang karang nak buat.. Jom try.. Rugi sapa tak try..
Banoffee Pie
Bahannya:-
400gm biskut marie yang diblend halus
200gm butter
3/4 tin susu pekat manis
½ cawan susu segar
1 sudu besar butter
Pisang secukupnya (montel atau berangan)
400ml whipping cream
Coklat untuk hiasan
Cara penyediannya
Step 1
Step 1
- Cairkan butter dalam pan.Blend kering biskut marie
- Tuangkan butter yang dah dicairkan dan adunan biscuit yang dah hancur tadi
- Gaul rata kesemuanya pastu tekan-tekan bagi mampat dan padat.
- Ini perlu betul-betul supaya nanti base tak mudah rapuh dan berderai.
- Simpan base dalam fridge dalam 30 minit. (Lagi lama lagi bagus)
Step 2
- Sementara menunggu base menjadi firm, kita buat caramel sos nya pula. Tuang susu pekat manis ke dalam periuk. Sebaiknya non stick periuk
- Tambah 1 sudu besar butter dan kacau sehingga berwarna coklat keperangan. (colour caramel) Sila kacau selalu dan guna api sederhana. Takut hangus part bawah caramel tuu – tak cantik nanti ada bintik-bintik hitam ala-ala jeragat.
- Bila dan agak coklat warnanya, masukkan ½ cawan susu segar (susu UTH). Kacau sebentar sehingga rata.
- Tutup api dan dibiarkan sejuk.
Step 3 (proses lapisan Pie)
- Keluarkan base tadi dari fridge , tuangkan sos caramel yang dah sejuk tadi kat atas base.
- Potong pisang bulat-bulat dan susun cantik-cantik. Buh 2 layer lagi best
- Pukul whipping cream non dairy sampai kembang dan kaku
- Kemudian paipkan kat atas pisang tadi. Tutup keseluruhan
- Taburkan serbuk coklat kat atas. Simpan dan fridge dalam 1-2jam dan dah ready untuk makan
Step 4 (proses lapisan Banoffee Pie Cake)
- Selepas tabur serbuk coklat, sediakan air Nescafe ‘O’ pekat (jangan panas). Celopkan biscuit Marry dan susun kat atas serbuk coklat tadi. Nina buat 2layer
- Lepas tu, letakkan Choc Moist Cake tutup keseluruhan
- Renjiskan balance air Nescafe ‘O’ tadi atas cake
- Kemudian paipkan whipping cream kat atas dan deco sesuka hati.
- Simpan fridge sekitar 1-2jam atau lebih dan kemudian ready untuk makan