Monday, May 8

ASAM LAKSA





Assalamualaikum....

Selamat pagi... Tau tak apa beza asam laksa dan laksa penang? Actually bagi Zue, lagi suka asam laksa daripada laksa penang. Kedai melayu susah nak cari asam laksa tau..kalau ada pun kat pasaraya besar dan tokeynya orang cina. So kalau buat lagi elok. Nak buat pun sangat mudah.. Jom try resepi dijamin sedap ni..

Actually ni resepi ambik kat FB. Admin yang share tu kata dia ambik daripada kawan dia orang cina.. Patut pun sedappp.. ori resepi ni tau...





ASAM LAKSA

Bahan utama:
3 kilo Ikan kembong
1 tin kecil sardin

Bahan Kisar
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

Lain lain
4 tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan -  belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah

Hirisan/Hiasan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat  dan disiakkan isinya.  Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet (admin cuci dulu). Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.






Nota:

  • Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
  • Nak guna laksa beras pun boleh. 


P/s: Letak otak udang lagi naik umpph asam laksa ni.

Thursday, May 4

LAKSA PENANG




Assalamualaikum...

Teringin makan laksa lah pulak hari ni. Actually laksa ni kalau buat kuah dia tak de tulang langsung baru makan tu tak leh berhenti tapilah kalau ada tulang.. Serius.. terus potong.. Makna pulak ngan otak udang.. Perhh... bertambah tau.. Nak buat bukannya susah.. Main rebus2 je tapi renyuh skit masa buang tulang kat ikan. Make sure pakai ikan sardin tau..




LAKSA PENANG

Bahannya:


1 kg ikan mata besar (ikan sardin)
(Direbus bersama beberapa keping asam gelugor)
2 bungkus laksa kering
5 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk
4 sudu besar pes udang
2 cekak daun kesum / cenohom
2 cm keratan lengkuas (diketuk)
4 batang serai (diketuk)
Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.



Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):

Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus dan blender sehingga menjadi cili giling
3 ulas bawang putih.
4 biji bawang besar dipotong empat
Anggaran 6 cm belacan bakar.



Bahan hiasan:

Daun pudina
Cili merah dihiris
Cili padi dihiris
Timun dihiris
Daun salad dihiris
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Telur rebus (sebiji dipotong dua atau dipotong empat)
Limau nipis atau limau kasturi dipotong sipi




Penyediaan kuah:


  • Ikan dibuang tulang dan asingkan tulang dalam bekas lain
  • Blenderkan isi ikan 
  • Blenderkan tulang ikan sekali kepala ikan (blend sehingga tulang menjadi putih) 
  • buang tulang ikan yang dah bertukar kaler tu
  • Dalam satu periuk, tapiskan air yang diblend tadi iaitu air blender ikan dan air blender tulang ikan
  • Masukkan bahan-bahan pes ke dalam periuk bersama bunga kantan, daun kesum, lengkuas dan asam gelugor.
  • Rebus sebingga mendidih dan masukkan garam dan gula
  • Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 
  • Sekiranya rasa masam, masin dan manis secukup rasa, tutup api






Tips Penting: 


  • Ikan yang telah disiang hendaklah diperap sekejap; lebih kurang 10 minit bersama garam dan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan. Kemudian dicuci bersih.
  • Laksa kering hendaklah direndam semalaman supaya betul-betul lembut sebelum direbus. Rebus dalam air mendidih bergaram. Tentukan laksa anda masak sempurna dengan mencuba memicitnya. Selepas lembut, toskan dan basuh dengan air biasa. Toskan kembali dan simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghalangnya daripada melekat dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa itu stok yang lama.

Wednesday, April 26

MEE TARIK HOMEMADE



Assalamualaikum....

Petang-petang gini bestkan kalau dapat makan mee tarik...Uols suka makan mee tarik x? Ala... yang mee dari Lanzhou, China tu lah. Siapa yang dah makan mesti ketagih nak makan lagikan...Ok sis ada tengok kat satu blog ni so sis translate dan try buat ikut malaysia punya bahan yang ada kat sini. Jom tengok.. sangat mudah...





Sumber: woksoflife.com




Homemade Noodles


3 cawan tepung gandum
Sebiji telur
100ml air  dicampur
1sk garam


  • Sis guna bread maker, masuk semua bahan dan set untuk doh. 
  • 30 minit rehatkan doh (tutup dengan tuala lembap) dan uli sekejap dalam 3 minit untuk buang angin.
  • Seperti gambar di atas uli secara melata (pastikan letak tepung gandum untuk elak dari melekat)
  • potong panjang dan nipis (agak2 cam mee) - Actually sis tak pandai tarik cam kat kedai mee tarik tu so sis potong gini dan tarik sedikit bagi panjang.
  • Selepas mee siap boleh lah direbus. 
  • Lagi sedap masa nak makan baru rebus, baru rasa mee kenyal 







Spicy Beef Soup

Bahannya:

Potong 4 sebiji bawang besar
5 ulas bawang putih - 10 ulas
1 inchi halia potong nipis
Setengah kilo daging lembu (kalau ada tulang boleh masukkan sekali)
1/2 sb serbuk lada hitam
10 tangkai cili kering digoreng dan blend kering (suka pedas boleh tambah lagi)
8 tangkai daun bawang
4 bunga lawang
3 helai daun bay
1 biji tomato potong dadu
Daun sup
1 senduk kecil kicap cair
1 senduk kecil cili sos
Garam gula secukup rasa
Minyak menumis dan air secukupnya




Caranya:

  • Rebuskan dahulu tulang dan daging lembu dalam slow cooker
  • Tuangkan dalam satu bekas dan masukkan air untuk buat sup
  • Dalam air tersebut masukkan daging, tulang, daun sup dan halia.
  • Didihkan sehingga masak dengan api sederhana.


  • Sementara itu, tumiskan bawang besar bersama bawang putih (x yah potong ) sampai naik bau






  • Masukkan cili kering yang di goreng dan diblend halus tadi
  • Dan masukkan sekali daun bay bersama lada hitam yang ditumbuk halus





  • Kemudian masukkan tomato, kicap cair bersama sos cili dan sedikit air
  • Kacau rata sehingga sebati





  • Okey, masukkan dalam sup tadi
  • Kacau rata, masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Siappp... makan panas-panas ngan mee baru masak





Friday, April 21

KERANG AIR ASAM ala Thai




Assalamualaikum...

Salam Jumaat.. Hari ni Zue nak share resepi KERANG AIR ASAM. Hari tu tengok si chumnam kat fb yang glamer makan asam tu.. Orang thailand tu.. Serius mengoda.. Terus google resepi nak buat. Alhamdulillah.. memang tak mengecewakan... sedappp.. Ni adalah menu patut ada dalam bulan puasa.. Almaklum tinggal sebulan lagi nak puasa.. Jom try..



KERANG AIR ASAM Ala Thai

Bahan- Bahan

2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Daun ketumbar 
Cara -Cara

  • Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
  • Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar . Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
  • Hiris kasar cili api dan tomato
  • Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
  • Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
  • Akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati
  • Siap . Ratah gitu pun sedap


Nota :
  • Kalau semua masam , pedas , masin , manis semua dah cukup rasa itu maknanya dah siaplah kerabu kerang kita .
  • Kurang pedas tambahlah cili , kurang masin tambahlah sos ikan atau garam , kurang manis tambahlah gula , kurang masam tambahlah jus lemon satang atau yang fresh punya pun boleh. 

Wednesday, April 19

JUS APPLE PINEAPPLE




Assalamualaikum...

Buah nenas dan ni selain dimakan atau dibuat gulai ia boleh dibuat jus. Manakala buah apple pulak sesuai dibuat kuih seperti apple pai.. apple puff kek apple cheese dan banyak lagi. Kalau di gabungkan kedua2nya dia dalam ais batu dan susu pekat manis rasanya perhh... sedapp. Ditambah pulak dengan cuaca panas.. perhhh.. sangat nyaman. Untuk jus nenas, ia sangat sesuai untuk orang yang ada batu karang tapi kena amalkan selalu. Jus nenas juga sangat kaya dengan vitamin c manakala jus apple 50% vitamin A dan juga vitamin B dan C. Kedua2 jus ini sangat sesuai untuk menurunkan berat badan kalau ia diminum secara berkonsistem. Jom try resepi yang sangat mudah.




Jus buah nenas dan buah apple

Bahannya :
Buah nenas  ( dipotong-potong )
Buah apple (dipotong - potong)
Susu pekat manis
Gula pasir 
Ais batu  dihancurkan 
300 ml air  

Cara Membuat Jus buah nenas dan apple:
  • Masukkan potongan nanas dan buah apple ke dalam blender
  • Tambahkan air secukupnya dan masukkan juga gula pasir ke dalam blender
  • Kemudian masukkan susu pekat manis bersama ais batu ke dalam blender
  • Blendkan sehingga halus
  • Sedia diminum
*** Zue suka minum tanpa tapis

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH



Assalamualaikum...

Biasa kita makan ayam masak kicap biasa je kan, cuba try pulak versi letak rempah. Zue suka rempah daging babas sebab bau dia menyengat. Anak-anak memang sangat suka kalau buat lauk ni. Siap bertambah nasi. So apa kata cuba menu tengahari ni yang simple dan ada umphhh...



 
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Bahannya:

3-4 ketul ayam
4 sb kicap manis
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 biji tomato
Kacang panjang
Lada besar
Gula secukup rasa
Rempah daging babas

Bahan tumisan
1 labu bawang besar (potong bulat2)
2 ulas bawang kecil (dimayang)
1 ulas bawang putih (di ketuk)
sedikit halia (mayang)

 

Caranya:


  • Ayam diperap bersama kunyit, cili giling dan garam secukup rasa dalam 5 minit
  • Goreng ayam tersebut sehingga garing
  • Tumis bahan tumisan bersama sedikit minyak (sis guna minyak ayam tadi)
  • Masukkan sedikit rempah daging babas dan sedikit air dan kacau rata
  • Masukkan kicap pekat manis, sos tiram, sos tomato dan sos cili
  • Kemudian masukkan air (untuk buat kuah) dan sedikit gula 
  • Last skali masukkan kacang panjang, lada besar dan tomato yang di potong 6
  • Kacau bagi rata dan biarkan seketika dan tutup api.

Tuesday, April 18

NASI HUJAN PANAS aka NASI MINYAK TERENGGANU



Cuti minggu lepas tiba-tiba merajinkan diri nak buat nasi minyak hujan panas. Lama betul tak makan rasa cam teringin sangat-sangat. Kebetulan semua ada kat dapur apa lagi start enjin lah memasak kat dapur. Resepi ada kat bawah ye tapi kena ada rempah cap bunga ros terengganu atau rempah terengganu untu kuahnya boleh boleh buat,. Kalau tak jadilah kari ayam.





NASI HUJAN PANAS



Bahannya:

          2 sb planta/marjerin
          2 ulas bawang putih (dicincang)
          1 ulas bawang besar (dipotong)
          kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
          2 cawan beras siam
          2 cawan air
          1 cawan susu cair
          1 sb susu pekat manis
          2 sb sos tomato
          1 sb gula
          1 sk garam halus
          ½ cawan kismis
          2 helai daun pandan di simpul
          **setitik dua pewarna kuning, merah dan hijau



Caranya:
  • Cucikan beras bersih-bersih dan masukkan dalam rice cooker
  • masukkan kesemua bahan kecuali buah kismis dan pewarna merah dan hijau dan kacau sedikit sehingga agak rata
  • masakkan kesemua bahan-bahan tadi.
  • Untuk mengelakkan nasi tidak masak atau terlalu lembik, pastikan bahan cecair didalam rice cooker lebih dalam 1 inci daripada nasi *tertakluk pada beras yang digunakan
  • Bila nampak agak hampir masak, titikkan pewarna dan masukkan atasnya buah kismis dan jangan dikacau..tunggu sehingga masak
  • Bila nasi dah masak barulah kacau perlahan-lahan supaya pewarna tadi bercampur.



GULAI AYAM REMPAH TERENGGANU

          1 ekor ayam (lagi best letak ayam kampung)
          1 ½ senduk cili boh
          1/2 kilo santan segar
          2 cawan air
          1 senduk bawang merah *
          1 sudu besar halia *
          4 ulas bawang putih *
          *tumbuk/blend
           ½ senduk besar minyak masak
          7 sudu makan rempah gulai cap bunga ros 
          (rempah ori dari terengganu)
          1 sk rempah masak cap bunga ros
          1 keping gula melaka 
          ½ sudu makan gula
          3 biji kentang dipotong 4
          Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya:
  • ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya. 
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk/blend hingga wangi baunya. 
  • Masukkan cili boh/cili giling bersama serbuk rempah masak dan rempah gulai. Tumis sehingga naik baunyer.
  • Masukkan gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa
  • Masukkan juga kentang yang dipotong kecil2
  • Masukkan ayam dan masak sehingga agak sebati
  • Lastly masukkan santan pekat bersama air (agak-agak)
  • Masakkan sehingga empuk.
***Masakkan terengganu agak manis sedikit..




ACAR



Bahan-bahan

          timun
          tomato
          bawang besar
          daun ketumbar
          sos tomato
          sos cili
          gula
          garam
          cuka

CARANYA
  • Potong timun, bawang besar dan buah tomato.
  • masukkan dalam satu bekas bersama sos cili, sos tomato, gula, garam dan cuka
  • potong sedikit daun ketumbar dan masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
 

Designed By Izza sakura