Monday, May 30

Pau kacang merah resepi ibu mertuaku..



Baru-baru ni zue buatkan pau ikut resepi tenet tak tau apa silapnyer pau tu tak nak naik. Frustnyer tuhannyer yang tau. Rasa cam putus asa sangat. Kebetulan mak mertua datang rumah zue pun citerlah kisah sedih zue ni..So tanpa berlengah lagi mak mertua pun ajar zue caranya..

Ikut resepi tenet ni ada shortening dan double action baking powder lah tapi, mertua zue kata ala..mak buat zaman dulu-dulu tak de menda - menda gitu semua so dia pun ajar caranyer yang ringkas, mudah dan keputusannya..perhhh... gebu.. lembut macam ala-ala kedai gitu..



Bahan-bahan:-
1 kilo tepung pau + tepung gandum 
1 sb yis/mauripan +1 cwn air suam
1/2 sk garam + 1 cwn air kosong
1sb gula
2 sb minyak masak/minyak jagung

Caranya:
masukkan yis dalam air suam 1 cawan tadi selama 20 minit (sehingga jadi berbuih macam aiskrim). Bancuh garam ke dalam 1 cawan 1 sejuk. Tepung pau dan tepung gandum (actually mak mertua zue kata kalau nak guna tepung gandum saja pun tak per) dan masukkan gula. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air garam tadi sambil gaul dengan sebati dan masukkan pula 1 cawan yis yang jadi ala-ala aiskrim tu dan kacau lagi (sedikit demi sedikit). Lastly masukkan minyak dan gaul sehingga doh tak melekat di tangan lebih kurang 20 minit. Bila rasa doh tu  agak lembut, biarkan lebih kurang 20-30 minit untuk naikkan doh (tutup dengan kain). Bila dah naik, tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.



Gentelkan doh tu bulat-bulat (untuk dapatkan saiz yang sama) kemudian leperkan doh tersebut dengan tapak tangan dan picit ditepi/ keliling doh tersebut (di tengah doh biarkan sedikit tebal) dan masukkan  inti dalam 1 sudu kecil dan tutupkan inti tersebut dengan tarik antara bucu-buku doh. Letakkan doh tersebut diatas potongan kertas berbentuk segiempat. (tapi zue lebih suka menggunakan daun pandan-kasi wangi katakan)

Bahan-bahan untuk inti kacang merah:-

500 gm kacang merah
1 1/2 cwn gula pasir
1 keping gula kerek
2 helai daun pandan
1/2 cwn minyak masak

Cara-caranya:-

Rebus kacang merah sehingga air kering dan menjadi empok kemudian sejukkan. (Air jangan terlalu banyak, bila kering, tambahkan lagi air dan ulang sehingga kacang agak-agak empok). Kemudian masukkan gula psir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Kacau sehingga sebati dan sehingga kacang  pekat.

4 comments:

Anonymous said...

nak kukus berapa lama?? saya tak pernah buat pau, nak try gak......

..::tarabozu::.. said...

kukus dalam 7-10 minit..trylah mesti jadi kalu kena caranya (uli lama skit)

yen said...

saya anonymous yg bertanya berapa lama nak kukus diatas, sori lambat respond sebab baru jee ptg tadi try resepi pau. 1st time buat terus jadi. Saya buat 1/2 adunan jee pau kari daging and pau kaya (anak suka pau kaya & saya suka pau daging) saya guna tepung gandum, next time nak try tpg pau campur tpg gandum pulak, (adunan tpg pau dan tpg gandum sama banyak ke dlm satu adunan maksud saya 500g tpg gandum and 500g tpg pau??)

terimakasih banyak2 sebab sudi kongsi resepi, happy sangat buat sebab menjadi tadi..... dan jangan lupa ucap terimakasih juga pada ibu mertua. tq byeeeee

..::tarabozu::.. said...

Alhamdulillah jd..
suka hati mendengarnyer..
klu nak campurkan tpg gandum ngan tpg pau guna dgn kadar yang sama banyak dan klu nak lebih sebati..ayakkan terlebih dahulu..

 

Designed By Izza sakura