Wednesday, June 22

APAM PISANG STEAM BATH



Resepi ni diolah daripada resepi APAM YOGURT WITH FRUIT DRAGON aka APAM YOGURT tempohari. Sedikit kelainan zue buatkan dengan tukar YOGURT dengan pisang..yang lain resepinya sama. Rasanya pun lembut sama dengan rasa apam yougurt.. Lembut, gebu dan sedap sangat-sangat..


Actually pisang yang kak Intan bagi tempohari still elok tersimpan dalam freeze.. kek pisang berwalnut dah buat.. ingat nak buat muffin pisang.. tapi teringin buat lagi apam yogurt yang sedap tempohari.. so apa lagi.. zue buat ler resepi baru yang diadaptasikan daripada resepi lama apam yogurt..sangat puas hati.. sedap betul..


Resepinyer:-

1/2 setengah cawan gula castor 1 sk ovallete


2 cawan tepung gandum


1/2 cawan pisang dilecek + susu cair (zue guna susu cair )

2 biji telur

1/2 sk double acting baking powder
2 sudu serbuk koko + 1sb perisa choc emalco



Caranya:- 
Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali serbuk koko dan perisa choc emalco) bersama-sama ke dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati dan menjadi putih gebu. Ambil 1 cawan adunan asingkan dan masukkan serbuk koko dan perisa choc emalco tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 2 sudu besar adunan yang dipukul tadi ke dalam cup dan 1 sk adunan yang dicampurkan dengan serbuk koko tadi ke atas adunan kaler putih. Kukuskan selama 15-20 minit dengan api yang kuat.


*boleh tukar double action baiking powder dengan air cream soda untuk lagi 'merekah'..

2 comments:

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum..
gebusnya apam ni..nampak sedap.

..::tarabozu::.. said...

Walaikumussalam..Rabiatun
tq..trylah buat..resepi apam yogurt tapi tukar kepada pisang..

 

Designed By Izza sakura