Thursday, June 30

ORIGINAL APAM YOGURT






Mesti UOLS kata.. blog dia ni asyik ada Apam yogurt jer.. cam tak der resepi lain nak entry...Actually zue ni peminat setia jenis-jenis apam ni..apam mekar, apam yogurt dan apam polkadot. Nak buatnyer mudah dan kosnyer pun murah. Tu yang suka benor nak enterframe jenis-jenis apam ni.. Hehehee..



Kebetulan ari ni ada makan-makan kat opis. Opis zue ni ramai orangnyer.. 40 orang.. Pot luk katakan.. Benda yang paling mudah nak buat apam lah.. Lagipun boleh gak memahirkan diri dalam 'mencantekkan' dan memperbaiki kualiti dalam bidang 'pengapaman'  ni.. Next time bila ada oder yang banyak tak lah terkejut nak buat.. Kekadang tangan kita ni hari menjadi..jadi jugak..bila time tak jadi tu..issshhh.. geram betul!! Rasa nak baling jer dalam 'Cik Tong'.. 


Tapi bila buat 'menjadi' cantekk..rasa cam betul-betul puas hati...Actually bagi zue buat kek atau jenis-jenis kek ni adalah satu terapi..bila rasa tension balik opis ngan keja melambak..rumah bersepah..anak-anak duk bergaduh..terus buat kuih/kek..rasa cam 'layan' jer perasaan sorang-sorang ngan kuih/kek kat dapur.. lega rasanya bila menjadi..Tapi ada orang tanya zue.. tak letih ke.. dah lah keja balik dekat magrib..(travel dari kl ke puchong dalam 1 jam) pastu balik lak nak 'mengekek'.. Letih tu memang letih tapi rasa berbaloi biarpun tido sampai kul 1 pagi.. semata-mata nak buat kuih/kek..Puas sangat-sangat..



Melalut lak zue ni.. entry kali ni nak cerita pasal apam yogurt.. resepi asal.. selama ni duk tokok tambah dengan macam-macam untuk rasa kelainan apam ni.. kali ni zue buat original apam yogurt yang mudah sangat-sangat.


Thanks tu ownernyer yang mereka apam yogurt ni.. 




  • 1/3 cawan gula castor  
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 titik pewarna merah/perisa sirap
  • 1 titik pewarna hijau/perisa pandan
  • 1 titik pewarna kuning/perisa jagung

Cara-caranya :




  • Masukkan kesemua bahan di atas dalam mixer kecuali pewarna.
  • Pukul sampai adunan menjadi putih dan gebu dengan menggunakan high speed
  • Buatkan 4 bahagian dalam mangkuk yang berbeza.  
  • Warnakan 4 bahagian dengan 3 pewarna kecuali 1 untuk warna asal (putih)
  • Pipekan warna putih ke dalam cup disebelah kanan dan sebelah kiri pewarna merah/kuning/hijau (sebelah menyebelah)
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Pastikan tiada air bertitik dari tudung kukusan untuk hasil yang mekar..

3 comments:

Nurul said...

Salam zu...

Nurul pun suka gak apam ni... Berapa kali buat, x sempat pun nak amik gambar... Anak2 x sabar nak makan... :) Cantik, mcm2 kaler ader .....

..::tarabozu::.. said...

wslm nurul..

Apam ni pun peberet zue sefamily.. Sebab sedap dan wangi yogurt agak terasa..tp zue lebih suka buat macam-macam perisa..

Anonymous said...

said almost all people payback most of the financial loans by the due date and also with out outcomes
A top arrears nonprofit wants numerous persons investing in them all for the purpose of support throughout online payday loan bills to make sure you two-fold this approach. debts good cause claims around purchased the short-term, high attraction fiscal loans the year of 2010. Typically the good cause states that three years in the past the quantity of consumers with them was basically small.
pożyczki prywatne z komornikiem
pożyczka na dowód do domu
szybkapozyczkabezbik.org.pl
kredyty bez zaświadczeń tylko dowód osobisty
kredyty bez bik forum

http://pozyczkanadowod24.org.pl
http://pozyczki-prwatne.org.pl
http://szybkapozyczkabezbik.org.pl

 

Designed By Izza sakura