Wednesday, July 20

Jom makan PULUT DURIAN


Balik Kampung minggu lepas, mak zue sediakan pulut durian memandangkan sekarang musim durian. Apa lagi pulun lah makan sampai tak ingat dunia..Lastly sakit kepala..Berhenti rehat jap bagi hilang sakit. Bila dah hilang sambung balik. Almaklum durian kampung memang sedap dimakan terutama baru lepas jatuh dari pokok..Perrhhh.. lemak dia terasa  sangat..

Berbanding dengan durian KL yang sampai sini dah beberapa hari. Dah lah gitu selalu terkena.. beli yang tak elok ...dah lah mahal!!..Nak kata silap beli tak juga.. tapi bukan semua tak elok..dalam 5 biji ada 2 tak elok..






Bahan-bahan

2 cawan beras pulut (rendam dalam 3 jam )
1 cawan pati santan
1 cawan air suam
2 helai daun pandan
secubit garam 
Buah durian
*Gula pasir
*Gula melaka
      *secukup rasa


Cara-caranya:-

Tanakkan pulut dalam periuk dengan air yang sedikit dan api yang perlahan.
     (Bila masak tutup api.)

untuk santan nyer:-

Satukan Santan pekat bersama air suam, gula pasir dan gula melaka bersama simpulan daun pandan dalam satu bekas dan kacau sehingga gula pasir hilang. Lastly masukkan secubit garam dan kacau sehingga sebati.

Sediakan dalam satu mangkuk pulut bersama santan dan durian.

4 comments:

norihan bakery said...

kat kmpung biasa mkn..kat kl mkn pulut dgn mangga je...

ady said...

as-salam
sedapnye pulut durian...

..::tarabozu::.. said...

norihan~ kat kl ni rasa x ori cam kat kg..

..::tarabozu::.. said...

ady~w/slm..
klu nak makan pulut kena makan skarang nanti bln posa teringat2 plak..heheheee..

 

Designed By Izza sakura