Monday, July 4

MUFFIN APPLE



Resepi muffin apple ni zue simpan agak lama kat dalam senarai untuk dibuat... tapi masa tak mengizinkan dengan kesibukan tugas harian. Kebetulan hari ni 'semangat' nak buat tu datang mendadak so balik dari keje terus turun ke dapur untuk buat muffin apple ni. Secara kebetulan lak apple yang beli minggu lepas masih ada lagi so terus guna dalam resepi ni...


Muffin ni rasa lembut dan wangi  dengan serbuk kayu manis. Memang sedap... Kalau tak percaya cubalah..




Resepi ni di translate dari BI..

Bahan-bahannya:-

50gm butter
2 biji apple merah
225 tepung gandum
2 sudu teh baiking powder
75gm gula merah
1 biji telur saiz A
1 sk serbuk kayu manis
150 plain yogurt
2 sb susu tepung + 1/3 cwn air dibancuh (zue tambahkan)

Untuk tabur atas muffin:-
gula merah



Caranya:-

  • Panaskan oven 190 c.
  • Panaskan butter sehingga cair. Sejukkan. Buang kulit apple dan potong menjadi kecil-kecil/ potong dadu kecil
  • Ayakkan tepung gandum dan baking powder ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula merah, serbuk kayu manis dan potongan dadu apple ke dalam ayakkan tadi.
  • Di dalam bekas lain masukkan telur, yogurt dan butter yang di cairkan dan pukul sehingga sebati. 
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang di ayak bersama baking powder, gula merah dan sebuk kayu manis bersama apple ke dalam telur, yogurt dan butter tadi. 
  • Masukkan susu tepung yang di campur air tadi dan kacau sehingga sebati (dengan kelajuan sederhana)
  • Gunakan 2 sudu untuk masukkan ke dalam bekas muffin agak-agak 1/3 daripada bekas muffin.
  • Taburkan gula merah atas muffin tadi
  • Bakar selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bila masak. Sejukkan.

2 comments:

norihan bakery said...

nampak sedap,semua jenis kek saya suka..suka tgok..

norihan bakery said...

nampak sedap,semua kek saya suka,suka tgok,suka makan..cantik2 n menarik..i follow you,n you follow me ye,kalau tak keberatan la...

 

Designed By Izza sakura