Tuesday, July 26

TEPUNG PELITA...list untuk buka posa






Tetiba teringat masa kecik-kecik dulu..Cik De Mah, Penjual Tepung Pelita yang paling sedap dikampung Kuala Bekah.... duk menjaja dari rumah ke rumah dengan cara letak dulang tepung pelita atas kepala - junjung (cara  orang lama)..Kira tepung pelita dia ni memang teramat sedap.. Dia punya air gula amat terasa (tak macam skarang air gula kureng).. Tepung pelita dia pun wangi dengan daun pandan dan terasa lemak santannya.. Tapi sekarang tak tahu dia masih ada atau sudah meninggal dunia... Sekarang nak cari tepung pelita yang betul-betul sedap memang susah.. yang ada mesti tak ori aka tak sedap.. even balik kampung skalipun still dah tak jumpa tepung pelita yang sedap..


Zue try buat ikut resepi yang digodek-godek dalam mr goggle.. ok gak rasanya..boleh lah tahan.. walaupun tak seoriginal...tapi still sedap.. Tepung pelita ni klu nak sedap kena banyakkan air gula (jangan sampai kencing manis plak..)..nak sedapkan lagi tepung pelita ni masukkan dalam peti ais.. dah keluar..memang perhhh...sodap dan sejuk jer halkum..



BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus tepung beras 
1 cawan gula halus 
2 1/2 cawan santan pekat 
5 cawan air panas 
1/2 cawan jus pandan (10 helai daun pandan diblend bersama 1/2 cawan air)
garam secukup rasa 
daun pisang - potong empat segi dan bentukkan seperti kotak.



CARA MEMBUATNYA
Bahan A (putih)
Bancuh 1 cawan tepung beras bersama pati santan serta garam secukup rasa. Ketepikan.


Bahan B (hijau)
Bancuh tepung selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau.( cair ) 


CARA MEMASAKNYA
  • Bentukkan daun pisang jadi empat segi. Kemudian jerangkan air kukusan. Apabila mendidih, aturkan acuan dan pisang di atas dulang. 
  • Masukkan satu sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Masukkan adunan B dan kukus sehingga beku dan masak. Bila dah masak, tuangkan adunan A pula ke atasnya. Kukus lagi sehingga betul-betul masak.

2 comments:

ady said...

AS-SALAM
SEDAP KUIH NI..SUKA MKN YG SEJUK2..

..::tarabozu::.. said...

wassalam..ady..
betul tu lg sedap makan sejuk-sejuk.. +_+

 

Designed By Izza sakura