Monday, June 11

BAULU BUNGA


Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin. 
Pagi ni zue nak share n3 baulu bunga yang dibuat minggu lepas. Actually banyak betul n3 yang tertangguh. Dah siap upload pic tapi nak mengarang dan menaip tu punyalah malas dan kekadang time rajin tak sempat pulak. Lagipun ngan keadaan cuti sekolah bertambah lak dengan balik kampung... Ishhh... banyak betul alasan...^___*

Actually resepi asal zue ambik daripada Tuntung@myresepi. Memandangkan resepi asalnya sukatannya terlalu banyak so zue try to error untuk buat versi separuh daripada sukatan adunan tersebut. 

BAULU


Bahannya:
5 biji telur gred A
190gm gula pasir
1 sk esen vanila atau esen rose
150gm tepung gandum
1/2 sk baiking powder

Caranya:

  • Panaskan oven bersama acuan lebih kurang 10 minit
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang, putih dan pekat (Agak lama)
  • Ayak tepung bersama baiking powder
  • Masukkan tepung dalam adunan telur, kacau secara kaup balik sehingga sebati
  • Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan tadi (hati-hati)
  • Sedia dimasukkan adunan ke dalam acuan
  • Bakar 220'c selama 10 minit


Nota:

  1. Untuk mengelakkan daripada melekat, pastikan acuan tersebut direndam dengan air terlebih dahulu dengan tempoh agak lama dan dikeringkan kemudian baru dimasukkan minyak dan dibakar perlahan selama sejam atau lebih. Sekiranya masih lagi melekat ulang proses tersebut.
  2. Sangai tepung gandum dalam kuali terlebih dahulu untuk meringankan tekstur tepung gandum dan baulu menjadi lebih gebu.
  3. Patikan oven dipanas terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan

Resepi yang agak mudah....

4 comments:

Gee® said...

woweee.... teringat hr raya kat kmpong... cantek bahulunya gebussss... k.gee ambil resipinya yer...TQ

FARAH deeb said...

Wahhhh nampak sedap betul, lebih2 kalau cicah ngan kopi taim ujan kan? Selalu beli kat kedai je sebab malas haha... tapi ni dah ade resepi insyaallah bile rajin nak terailah! (Harap cepatlah rajin! Hahaha...)

..::Zue::.. said...

Gee...silakan kak Gee

FARAH deeb..zue nak buat ni pun punyalah bercinta.. ambik resepi dkt 1/2 thn..ni br buat..huhuuu

Yatie said...

cantik bahulu mcm ni, sedap makan pans2 cicah air kegemaran...

 

Designed By Izza sakura