Friday, June 15

KEK LAPIS CHEESE PESONA


Yum yum delicious... serius sedap.. Memang berbaloi gemuk kerana sedap... Actually dah banyak blogger masakan buat KEK LAPIS CHEESE PESONA ni.. Zue ni ketinggalan skit lah.. Almaklum nak buatnya kena pakai 2 ketul cheese yang 250gm...banyak tu.. lepas makan mesti nyesal... tetiba seru datang time nak balik kampung ari tu.. terus buat.. Bila buat.. ya allah.. memang sedap..!



KEK LAPIS CHEESE PERSONA
sumber: Ryoazhar 

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g ( jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

  • Sediakan loyang berukuran 9x9 (zue guna 7x7)
  • Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti
  • Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak
  • Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
  • Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
  • Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan


  • Panaskan susu segar, padamkan api.
  • Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat
  • Dan terus susun dalam loyang
  • Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  • Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
  • kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  • Ulang proses melapis hingga habis
  • Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  • Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese
  • Tekan2 sikit permukaan tu

Masukkan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

2 comments:

FARAH deeb said...

Wahhh ni konpem sedap nih. Gambao je pun dah boleh terbayang kesedapannya. Nak cubelah! Thanks 4 sharing! :)
My latest Entry :)
Finally- Baiti Jannati siap sudah!

..::Zue::.. said...

memang sedap...!!

 

Designed By Izza sakura