Sunday, June 17

CHEESE TAT versi sekuntum bunga mawar merah


Assalamualaikum...

Petang tadi kebetulan ader kenduri rumah sepupu kat Gombak so zue plan nak buat something sebagai buah tangan... Fikir punya fikir try lah buat cheese tat versi kak Azlita masam manis sekuntum mawar merah. Biasa buat corak biasa-biasa jer... Kali ni merajinkan diri pulak. Hasilnyer memang puas hati. Cantekkk...

Dalam banyak-banyak resepi yang zue suka untuk buatkan cheese tat ni adalah daripada resepi Kak Azita Zain . Sebabnyer resepi shellnyer tak terlalu keras dan tak terlalu lembut.. Pendek kata sedang-sedang. Dan zue lebih suka menggunakan buttercup untuk mewarngikan lagi shell tat ni.  

Tart Crust / Shell

Sumber: Dari Dapur Azita Zain
Sumber2: Kak Azlita Masam manis


Bahan-bahan :

170gm marjerin 

50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Caranya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.



Nota :

Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Cream cheese filling


Bahan-bahan :

250gm cream cheese 

50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Caranya :




  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



  • Filling :

    Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

    4 comments:

    Tina Othman said...

    salam zu

    cantiknya cis tart, saya suka makan je, tang nak buat shell tu yg malas sangat tu

    ..::Zue::.. said...

    wslm Tina Othman...

    betul tu nak buat shell.. bercinta betulll

    mardiana abu darin said...

    misi belajar membaking cheese tat. tq for the recipi!

    mardiana abu darin said...

    diana budak br belajr...time kasih sudi kongsi resipi

     

    Designed By Izza sakura