Sunday, October 7

PUDING MANGGA DAN STRAWBERRY CHEF ANUAR DALAM MASTERCHEF


Assalamuaikum..

Selamat petang yang cuaca agak panas... Petang-petang gini kan best kalau pekena dessert yang menyejukkan tekak..

Hari tu tengok dalam satu episod MASTERCHEF yang chef Anuar bertanding dengan sorang peserta masterchef si Adly. Teringin betul nak buat resepi tu pastu bila tengok dalam fb masterchef dah diuploadkan resepinyer terus zue buat. 

Bila baca dalam fb masterchef ramai orang kondem chef anuar mengajar Adly semasa proses membuat puding mangga dan strawberry ni... Actually itu adalah cara chef tersebut mengajar orang sebab zue sendiri pernah pergi kursus membuat kek anjuran opis bersama chef Anuar. Cara dia mengajar memang cakap cepat kalau tak faham sendiri tanyalah.. sebab dia tak kedekut ilmu.
Nak buat puding mangga dan strawberry ni agak rumit skit sebab takut ia terlembik macam Adly buat ari tu. Kesian sampai melepek atas pinggan langsung tak keras. Alhamdulillah Zue buat agak keras dan cantek cuma adalah skit yang tercedera mungkin cara zue terbalikkan puding ke dalam pinggan tu yang menyebabkan ia sedikit tak cantek. Walau macamana sekali pun ia amat sedap rasa macam triffle ala-ala cheese gitu..

Memandangkan adunan strawberrynya terlebih so zue letakkan dalam cawan dan hias mengikut kreativiti zue sendiri.


PUDING MANGGA DAN STRAWBERRY

DARIPADA: CHEF ANUAR (MASTERCHEF)
zue@ tarabozu2@blogspot.com

Resepinya:

(A) KEK GULUNG STRAWBERRY

3 biji telur
2 biji telur kuning 
100gm gula castor
100gm tepung gandum
1 sb ovellet
1 sb susu tepung
50gm mentega cair
200gm Jem Strawberry

Caranya:
  • Pukul kesemua bahan kecuali mentega cair dan jem strawberry dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu
  • Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas kalis minyak
  • Bakar dengan suhu 190c selama 10 minit dan sehingga masak.
  • Sedia disapu jem ke atas permukaan kek dan sedia digulung.


Bahan (B)

isian mangga dan strawberry



250 ml susu segar
120gm gula kastor
50gm telur 
35gm tepung kastad
50ml susu segar
10gm serbuk gelatin halal
450gm whipping cream
30ml air
1/2 biji buah mangga (diblend dan diambil jusnya)
6 biji buah strawberry (diblend dan diambil jusnya)

Caranya:
  • Larutkan gelatin dengan 30ml air dan biarkan seketika
  • Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor. Perlahankan api.
  • Dalam bekas lain, campurkan telur,kuning telur, tepung kastad dengan 50mlm susu segar dan kacau.
  • Tuang ke dalam adunan susu tadi dan kacau sehingga pekat dan mendidih. Matikan api.
  • Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit (larutan gelatin akan jadi keras). Cairkan semula dengan akedah double boiler dan masukkan ke dalam adunan di atas.
  • Biarkan adunan suam sebelum dicampurkan dengan krim putar.
  • Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di campur dengan jus mangga dan satu lagi dicampur dengan jus strawberry.


Penyudah (C)
  • Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat
  • Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika didalam peti sejuk beku.
  • Masukkan puding berperisa strawberry memenuhi acuan dan tutup dengan lapisan kek gulung.
  • Keraskan dalam peti sejuk beku sehingga keras.
Actually di dalam masterchef punya fb banyak lagi hiasan yang di letak atas puding tersebut tapi Zue membuat mengikut kreativiti zue sendiri so zue tak lah guna hiasan coklat, aprikot glaze dan kraf gula. So sesiapa yang nak ikut betul-betul resepinya boleh rujuk di sini

3 comments:

Marsita Yahya said...

salam, terimakasih balas kunjungan saya.

izahdaut said...

wow mewahnyaaa puding kek mangga ni.. sodap nampaknya.. memang la setiap chef tu lain kekdah ngajarnya kan. dan best la berpeluang belajar ngan chef2 hebat.. haishh trasa lak tekak ni nak menelan puding hehee

Zue El Razak said...

chef izah~ Apa lg.. buat jer lar.. huhuuu...

Marsita yahya` terima kasih kembali..

 

Designed By Izza sakura