Assalamualaikum..
Dah lama Zue bertapa.. Ari ni akhirnya baru keluar dari gua... Huhuu... Actually tak delah gitu.. Zue busy sangat.. Yang terbaru kena jaga pengundi.. Best lak nak rasa pengalaman jaga pengundi ni. Tempat yang Zue nak jaga adalah di dalam Bukit Aman dan ianya untuk undi pos bagi polis sahaja.
Ok berbalik pada entry hari ni pasal PISANG MOLEN. Pernah dengar pisang molen?. Hari tu masa kat bandung ader jual pisang molen. Rasanya agak sedap so balik rumah zue try lah buat. Googlekan resepi dalam tenet so dapatlah resepi ni. Kesedapan nya mungkin berpunca dari cheese yang digulung bersama puff. Jom try buat..
Bahannya:
1 paket puff pastry (Brand kawan)
5 pisang raja (dibelah dua)
1 sb butter
keju cheddar
coklat rice
Sapuan
kuning telur
Caranya:
- Panaskan butter dikuali dan goreng pisang hingga coklat / kukus
- Sekeping puff ukuran 10x10cm diletakkan pisang raja dan disalut keju cheddar bersama coklat rice, kemudian dilipat berbentuk evenlope
- Letakkan dalam loyang yang disalut marjerin
- Jarakkan ia kerana ia akan mengembang
- Sapukan dengan kuning telur
- Bakar pada 180'c selama 20 minit
2 comments:
as-salam
npk sedap pisang molen tu..1st time dgr pisang molen..
I get pleasure from, cause I found exactly what I used to be having a look for.
You have ended my four day lengthy hunt! God Bless you man.
Have a great day. Bye
My web blog: adult dating
Post a Comment