Friday, January 17

MEE BANJIR UDANG TERBAIK


Assalamualaikum...

Selamat Petang. Petang ginikan best kalau perkena MEE BANJIR UDANG. Bagi Zue Mee Banjir Udang yang original adalah di Penang. Hari tu pernah pergi makan kat Kuala Sepetang. Boleh lah tahan sedap tapi udang macam tak fresh jer dan bahan serapah kat dalam tu cam biasa jer. 

Resepi ni Zue ambik dari pak sedara en hubby yang pernah buka kedai dipenang dan sangat laku tapi memandangkan tuntutan kerja hakiki yang perlu dilaksanakan terpaksalah tutup kedai dan ramai customer merindui mee udang beliau. Beliau hanya akan buat pada hari raya kedua atau ketiga saja. Itu yang Zue dan family duk tunggu-tunggu. Kalau giliran balik raya kat Terengganu mesti akan ada turn balik penang dan akan request jugak ngan paksu mee udang lain. Apa lagi, bila paksu tengok muka kesian kami terus je dapat layanan 1st class almaklum tak berebut ngan orang lain. Apa-apa pun resepi paksu ni adalah yang terbaik...

Resepi yang Zue share ni boleh dimakan berulang kali. Almaklum kalau kita buat sekaligus mee tersebut akan kembang. Sekali nak makan sekali masak... 


MEE BANJIR UDANG

Bahannya:

  • Mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu 
  • 5-6 ekor udang saiz XL (buang muncung n janggut sahaja) 
  • 1/2 kg udang kecil 
  • 3 sb mentega 
  • 1 ulas bawang putih - blend 
  • 5 biji bawang merah - blend 
  • 3 sb cili kisar 
  • 3 sb udang kering 
  • 1 tin tomato puri 
  • 4 sb sos tomato 
  • suku kilo kacang tanah (goreng dan blend) 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 1 pokok sawi



  • Untuk hiasan 


    • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng 
    • Telur yang direbus 
    • Tauhu yang digoreng (potong kiub kecil) 
    • Lada merah dihiris halus
    • Limau kasturi (belah 2) 
    • Daging dipotong halus-halus 
    • Taugeh (saja tambah)



    Caranya:

    • Rebuskan tulang bersama mentega dan tomato puri sehingga daging pada tulang empuk
    • Kopekkan udang dan asingkan isi udang 
    • Jangan dibuang kepala dan bahan kopekkan udang tapi rebus untuk ambil air udang saja
    • Blendkan bawang putih, bawang merah, cili kisar dan udang kering
    • Goreng kacang tanah dan blendkan sehingga lumat
    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
    • Masukkan kacang tanah yang diblend 
    • Masukkan air tulang dan air udang
    • Masukkan lagi isi udang, tomato sos, garam dan gula secukup rasa
    • Biarkan sehingga mendidih



    Cara makan:

    • Dalam kuali, masukkan kuah tadi bersama sayur, udang XL dan mee
    • Angkat dan taburkan dengan bahan hiasan untuk menyedapkan lagi mee tersebut
     

    Designed By Izza sakura