Saturday, March 31

MAKARONI CHEESE

Ari tu zue pernah buat macaroni cheese bakar.. Kali ni zue buat lagi atas permintaan member opis yang kata sebab sedap. Kebetulan ader makan-makan so aper lagi sedekah kan jerlah..

Bahan-bahannya :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm daging kisar (zue guna Ramli Burger)
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (cincang halus)
2 biji bawang besar holand (potong dadu)
1 tin kecil susu krimer pekat (pure milk) - zue guna jenama nestle
1 paket sosej
2-3 batang daun saderi
1 batang lobak merah
1 biji buah tomato
1 biji capsicum 
sedikit garam dan gula (secukup rasa)
sedikit oregano dan pasley kering

Sos Putih 

4 sb butter
2 sb tepung gandum
800 ml susu cair


CARA MEMBUAT SOS PUTIH
1. Masukkan butter, susu penuh krim dan tepung gandum.
2. Kacau sehingga menjadi agak pekat.


Caranya :
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah
  • Masukkan daging kisar, kacau hingga daging masak. Tambah susu krimer (pure), kacau lagi (zue bli kat giant jenama nestle )
  • Masukkan sayur-sayuran yang dipotong seperti lobak merah, daun saderi bersama sosej yang dipotong.
  • Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata
  • Tambah garam, gula, pasley dan oregano kering
  • Kacau sehingga rata
  • Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar
  • Tuangkan sos putih di atas macaroni tadi 
  • Pukul telur, curahkan ke atas macaroni
  • Bakar selama 10 minit dan keluarkan
  • Taburkan cheese sehingga menutup macaroni
  • Bakar lagi sehingga cheese cair selama 10 minit.

Friday, March 23

KEK LUMUT

Petang-petang gini kan best boleh makan kek lumut. Resepi kek lumut ni zue ambik daripada dapur myresepi. Rasanya memang sedap. Lembut dan gebu sangat. Ia agak basah lembut gitu. Makan sekeping nak makan lagi.. Memang kek ni jenis yang asyik nak ulang makan jer.. sodappp... huhuuuu... 

Sumber: My Resepi
Sumber2: Dayang Jack

Bahannya :
untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 1 cawan horlicks
• 3/4 cawan gula halus
• 250 g mentega
• 4 biji telur A
• pewarna hijau secukupnya
• 4 sudu besar seri kaya
• 1/4 cawan susu pekat manis
• 1 sk esen vanilla


Cara-caranya :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2jam 30minit. (tambah air panas jika hampir kering)

Thursday, March 15

LEMPENG

Selamat pagi..
Best betul pergi kerja time cuti sekolah ni. Jalan raya lancar jer...Kalau dulu sejam setengah nak sampai opis, sekarang setengah jam dah sampai. Kalau kat KL cam ni tiap-tiap harikan best.. Tapi cuti sekolah dah nak abis..Isnin ni..tunggulah pulak ngan jem lagi.. Aduhai nilah Bandaraya Kuala Lumpur... Kekadang tension tapi nak buat camna.. cari rezeki katakan.. so bersabar itu separuh daripada iman..Ingat tu jer..

Melalut lak pepagi ni..hari ni zue nak share LEMPENG yang dibuat minggu lepas..Jom Layan..
Bahannya:
2 cawan kelapa parut jgn terlalu tua (pilih kelapa yang berkulit basah)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air kelapa muda (lebih kurang)
Garam secukup rasa
    Caranya:
    • Masukkan kesemua bahan di dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati
    • Kalau nak lagi sedap, sebatikan kelapa muda tu dengan memblendkan kesemua bahan tadi tapi zue lebih suka rasa jurai-jurai nyuirnya so zue tak blend.  
    • Dalam kuali non stick yang rata, lenserkan sedikit minyak. 
    • Masukkan satu senduk adunan dan ratakan dengan membentuk bulatan.
    • Masakkan dengan api yang sederhana sehingga sedikit garing dan balikkannya sehingga ia masak. 
    • Ulang langkah seterusnya sehingga habis adunan.

    Sambal tumis

    Bahannya:

    Ikan bilis
    15 batang cili kering
    5 biji bawang putih
    3 biji bawang merah
    2 biji bawang besar
    1/2 inci halia
    2 batang serai
    2 keping asam keping
    2 cawan air kosong
    gula
    garam
    sedikit minyak
    Caranya:
    • Cili kering dibuang biji dan dicuci dan direndam dengan air panas.
    • Potongkan cili kering tersebut dan masukkan dalam blender bersama bawang merah, asam keping, bawang besar, bawang putih, halia, sedikit ikan bilis dan serai
    • Blendkan kesemua bahan tadi sehingga hancur
    • Ikan bilis digoreng sehingga garing
    • Minyak lebihan ikan bilis boleh digunakan untuk menumis.(jangan guna minyak terlalu banyak)
    • Tumiskan bahan yang diblend tadi sehingga naik minyak dan masukkan garam  dan gula secukup rasa
    • Dah agak kering dan sebati, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
    • Sedia dicicah bersama lempeng.

      Sunday, March 11

      IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

      Assalamualaikum...

      Dah lunch ke?..Apa menu hari ni? Zue masak IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL. Actually zue ambil resepi ni dari my sis. Kalau bulan puasa kat kampung di Terengganu, ramai peniaga jual ikan pari bakar bersambal ni..Memang laku..tapi kena tengok gak yang sedap dan tak sedap. Ader satu kedai kat pasar ramadhan tu, zue suka beli siap ader jual sambal yang dah siap paking..Sedap.. Kebetulan my sis, ambil resepi ni daripada sorang member yang berniaga ikan bakar ni.

      Kesedapan rempah pari bakar ni bergantung pada kecukupan bahan asas dalam bahan membuat rempah itu sendiri.. Jom kita tengok apa bahannya..

      Bahannya:
      2 keping ikan pari
      2 sb cili giling
      1 kpg asam jawa
      2 sb sos tiram
      4 sb sos cili
      2 sb sos tomato
      suku keret gula melaka
      4-5 pokok daun kesum (di ambil daun saja)
      garam secukup rasa


      *3 ulas bawang merah
      *1 ulas bawang besar
      *2 ulas bawang putih
      *1 batang bunga kantan
      *sedikit daun kesum
      *1 batang serai
      *1/2 st belacan2
      * 1 biji tomato buah
      *1/2 inci kunyit
      *1/2 inci halia
      *2 cwn air kosong
      **diblend hingga halus 

      Sedikit minyak untuk menumis
      Caranya:

      • Ikan pari dicuci bersama asam limau untuk hilangkan hanyirnya 
      • Tumiskan bahan yang diblend tadi bersama sedikit minyak sehingga naik bau
      • Kemudian masukkan asam keping, gula melaka, daun kesum, cili giling, sos tomato, sos tiram dan sos cili kacau sehingga separuh kering.
      • Apabila hampir kering, masukkan kembali air dan kacau sekejap-sekejap untuk mengelakkan hangit
      • Ulang langkah berikut sekurang-kurangnya 3-4 kali (untuk simpan dan tahan lebih lama boleh dimasak lebih drp 3 kali)
      • Lastly, apabila sudah kering, masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati
      • Tutup api.

      Cara menyediakan:
      • Gaulkan sambal tadi dengan ikan pari kemudian masukkan ikan pari tersebut ke dalam daun pisang atau aluminium foil.
      • Bakar sehingga masak (zue bakar menggunakan pemanggang ikan)
      • Sedia dimakan bersama nasi panas-panas.

        Saturday, March 10

        JUS TEMBIKAI

        Selamat Petang dihujung minggu ni.. Cuti sekolah dah start. Mesti anak-anak ramailah berkumpul kat umah. Bestnyer boleh balik kampung. Tapi Zue tak balik lah.. Nak simpan cuti nanti boleh cuti-cuti malaysia panjang-panjang.

        Petang ni zue nak sajikan JUS TEMBIKAI yang dibuat hasil lebihan buah tembikai sebagai prop untuk PUDING TEMBIKAI BERKASTAD semalam. Kebiasaan buat Jus Tembikai, zue akan tambahkan laici ala-ala minum kat kedai gitu..memang sedap. Tapi kebetulan hari ni guna apa jer yang ader kat dapur. 
        Bahannya:

        Buah tembikai
        Air masak
        Gula
        Ais Batu
        Caranya:

        • Potong buah tembikai kecil-kecil dan masukkan dalam blender
        • Dalam blender tersebut masukkan air, gula dan ais batu
        • Blendkan kesemua hingga hancur
        • Sedia diminum sejuk-sejuk 

        Friday, March 9

        PUDING TEMBIKAI BERKASTAD



        Betul-betul menyelerakan bila tengok pic puding tembikai berkastad yang member blogger buat. Resepi yang kebanyakan blogger buat bagi puding tembikai ni tak delah kuah kastadnyer tapi tambahkan kuahnyer untuk menyedapkan lagi. Kemudian zue kurangkan gula dalam puding ni tapi maniskan untuk kuah kastadnyer. Pastu letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk..Eemmmm.. menyelerakan...

        Bagi resepi asal bersama step by step zue ambik daripada blog kak wan tapi zue ubah mengikut cara dan selera sendiri. Antaranya dalam resepi kak wan tak menggunakan telur kuning tapi zue campurkan sekali selepas telur putih tersebut menjadi merinque. 
        (Daripada membazirlah...huhuu)  







        Bahannya:

        20gm agar-agar
        6 cawan air
        200gm gula pasir
        4 biji putih telur
        1 sk esen vanila

        Hiasannya:
        2 st pewarna merah/kuning ~ isi tembikai
        1 st pewarna hijau ~ kulit tembikai
        kismis/coklat chip ~ untuk bijinya
        berus untuk mewarna kulitnya



        PUDING TEMBIKAI BERKASTAD


        Caranya:

        • Basahkan loyang dan telangkupkan
        • Masakkan agar-agar, gula dan air sehingga mendidih
        • Masukkan esen vanila dan sebatikan
        • Masukkan dalam loyang dan sejukkan menjadi suam-suam kuku
        • Sementara itu pukul putih telur sehingga meringue (ditebalikkan tak jatuh)
        • Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi
        • Lastly masukkan agar tadi satu senduk dan pukul dan ulangi sehingga habis agar-agar tersebut
        • (Jangan campurkan sekaligus kerana ia akan menyebabkan telur putih akan terapung dan terpisah daripada agar-agar)
        • Tuangkan adunan tadi kedalam loyang yang ditelengkupkan tadi
        • Titikkan 2 sk warna merah ditengah-tengah loyang tadi dan kacau menggunakan chopstick/ lidi/ garfu dengan cara membulat (buat bulatan) dan jgn terkena dasar loyang.
        • Aturkan kismis/coklat chip sebagai biji tembikai
        • Masukkan dalam peti ais untuk bekukanya
        • Kemudian keluarkan untuk buatkan kulitnya. 
        • Celup berus dengan pewarna hijau dan warnakan bahagian luarnya untuk membentuk kulit tembikai kemudian keringkan sebelum dimasukkan kembali dalam peti ais.
        • Boleh dihidangkan..


        Resepi kuah kastad:
        1 Tin susu cair
        1/4 cawan gula kastor (mengikut citarasa sendiri)
        2 cawan air
        2 sb tepung kastad

        Caranya:
        Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam satu periuk dan kacau sehingga kuah kastad menjadi pekat.


        take note**

        • Perlu bekerja dengan cepat untuk mengelakkan putih telur yang mengandungi agar-agar tersebut cepat beku
        • Tujuan putih telur dan agar-agar di masukkan mengikut peringkat demi peringkat adalah untuk supaya agar-agar tersebut menjadi suam dan dapat serata bersama telur putih (Agar-agar yang panas akan menyebabkan telur putih berpisah dengan agar-agar)

        Tuesday, March 6

        IKAN CENCARU BELAH BELAKANG BERSOS

        Selamat petang selasa..

        Buzy betul zue sekarang, nak membaking ngan nak mengupload gambar punyalah tak de masa. Hari minggu lak nak ambik pic masakan pun tak sempat..Rasa cam terkejar-kejar jer.. Hari ni kebetulan kat opis taklah buzy sangat so sempat ler curi-curi masa nak upload pic IKAN CENCARU BELAH BELAKANG BERSOS yang dibuat pada minggu lepas yang sempat diambil gambar.
        Bahannya:

        1 ekor ikan cencaru di belah belakang
        *2 batang serai
        *3 ulas bawang merah
        *1 ulas bawang besar
        *1 ulas bawang putih
         *sedikit belacan
        *sedikit air asam jawa
         *2 sb cili boh
        **Diblend hingga hancur
         1 sb sos tiram
         1 sb kicap pekat manis
         2 sb sos tomato
        garam dan gula secukup rasa
        sedikit minyak 

        Hiasan
        *daun sup
        *daun bawang
        *lada hidup
        *limau nipis
        **dipotong halus
        Caranya:
        • Bahan yang diblend tadi ambil sedikit dan masukkan garam dan gula kemudian sebatikan.
        • Sumbat pada ikan tersebut dan biarkan selama 15 minit
        • Goreng ikan tersebut sehingga masak
        • Lebihan bahan yang diblend tadi ditumiskan bersama sedikit minyak sehingga naik bau
        • kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati
        • Lastly masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga masak.
        • Sedia dituang atas ikan dan dihias dengan daun sup, daun bawang, lada hidup dan hirisan buah limau. 
         

        Designed By Izza sakura