Monday, October 29

CREPE DURIAN




Assalamualaikum...

Selamat Malam. Sebelum balik bercuti Raya Haji lepas, Zue ader buatkan CREPE DURIAN untuk bawa buah tangan buat mertua dan keluarga sebelah suami di Penang. Alhamdulillah jadi cantek dan elok jer. Yang bestnyer rasanya memang sedap. Sampaikan kejap-kejap buka peti ais ambik sebijik sebijik untuk makan. Sapa yang tak cuba lagi memang rugi kalau tak buat... 

DURIAN CREPE 


2 sb tepung pau
2 sb tepung naik sendiri
2 sb tepung kentang
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
2 sb tepung ubi kayu
2 biji kuning telur 
1 ½ sb gula castor
½ tin susu cair
Air
3 sb mentega dicairkan
Sedikit esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau dan kuning
**untuk warna kuning letakkan pewarna kuning dan perisa jagung



Caranya:

  • Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan tambahkan air sehingga 1 inci hamper memenuhi blander
  • Kisar rata dan simpan dalam peti ais selama 1 jam
  • Selepas 1 jam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna dan kisar lagi sehingga rata.
  • Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat 
  • Panaskan hingga kuali benar-benar panas 
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali 
  • Kemudian kecilkan api 
  • Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe (buat adunan yang nipis)
  • Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat 
  • Buat sehingga habis 
  • Biarkan sejuk.
Durian Filling 

1 cawan Non dairy Whipping Cream 
Isi durian secukupnya

Caranya:
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. 
  • Lumatkan sedikit

Sunday, October 21

MAGGIE KETAM


Assalamualaikum...

Hujan kat luar ni bestnyer kalau dapat makan maggie kan?.. Apa kata try buat maggie yang lain daripada lain.. Yer lah duk asyik rebus atau letak ayam jer... Try lak letak ketam.. Comform terangkat... Kalau tak caye try lah.. Dulu just dengar nama jer pastu bila dah buat sendiri...Errrmmm... memang puas hati. Lain daripada yang lain..
Bahannya:

1 peket maggi kari 
1 ekor ketam (belah 2) 
s sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 ulas bawang putih 
1 cm halia (dicincang) 
1 biji bawang merah (dihiris) 
Segenggam sayur sawi (potong pendek) 
Sedikit daun sup (potong pendek) 
1 sd teh serbuk sup 
1 batang serai (diketuk) 
2 cawan air 

Caranya:

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi 
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan ketam, serai, serbuk sup, serbuk kari maggi dan 2 cawan air
  • Biarkan mendidih sehingga ketam masak (jika kurang air, boleh tambah)
  • Bila ketam dah masak, masukkan maggi dan sawi 
  • Kacau rata sehingga maggi kembang 
  • Hidangkan bersama hirisan daun bawang/cili merah.
  • ** Nak letak telur pun best jugak..

Thursday, October 18

JUS NENAS

Assalamualaikum...

Pernah minum jus nenas?. Jus nenas adalah minuman yang amat sedap antara banyak-banyak jus. Kenapa yer.. Sebab ia cukup dengan rasa masam dan manisnyer. 

Kalau bagi zue minum segelas memang tak akan cukup. Sekurang-kurangnya 4-5 gelas.. Itu pun rasa cam masih lagi tak cukup. Sesetengah orang mungkin akan tapis dulu hampasnyer tapi Zue suka minum sekali dengan hampasnya.


Jus nenas memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah ia mengandungi vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembut daging). Dan ia mengandungi asid sitrik untuk menghilangkan lemak dan dapat menguruskan badan sekiranya di amalkan selalu.

Dari segi perubatan pula, buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Manakala air nenas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut tetapi ia tak sesuai untuk ibu yang mengandung. 

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. 

  Jus nanas juga dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Bahannya:

Nenas
Gula
Air
Ais batu
   ***Mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri

Caranya:
  • Masukkakn kesemua dalam blender.
  • Blend sehingga hancur.
  • Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
  • Masukkan ais batu dan sedia diminum sejuk-sejuk

Agak-agak tergoda tak yer?....

Monday, October 15

AISKRIM GORENG


Assalamualaikum..

Dah Lunch? Pernah makan aiskrim goreng tak?. Dulu mula-mula keluar kat Kuala Terengganu memang glamer siap masuk tv lagi. Sekarang dah dah banyak tempat ader jual. Ari tu zue beli kat pasar malam dijual rm2.50 sebiji. Mahal gak tu.. Walhal buat sendiri kosnyer lagi murah. Actually kebanyakkan aiskrim goreng ni asalnyer takdelah disalut dengan breadcrumb sajer zue jer nak salut.. Bagi cantik dan bila makan tu agak-agak terasa sedikit ranggup dihujung-hujung gitu..
Bahannya:

Roti keping
Aiskrim
serbuk roti atau breadcrumb
Putih telur 
Caranya:
  • Masukkan satu atau dua scop atas sekeping roti.
  • Kemudian tutup dengan sekeping roti lain. (Macam sandwich)
  • Pastikan dua roti ni bercantum untuk memudahkan proses memotongnya menjadi bulat.
  • Zue potong menggunakan cawan untuk dapatkan saiz yang sama. (tekan dengan kuat sehingga putus)
  • Kemaskan dihujung-hujung roti tadi untuk mengelakkan aiskrim tadi bocor semasa menggoreng.
  • Masukkan dalam plastik kecil dan sedia disimpan dalam peti ais bahagian freezer dengan minima semalaman.
  • Dah cukup semalaman sedia digoreng. 
  • Sebelum digoreng, salutkan putih telur dan golekkan dalam serbuk roti atau breadcrumb.
  • Pastikan minyak betul-betul panas baru boleh digoreng dan jangan goreng terlalu lama. (Agak-agak jer dah nampak garing boleh diangkat)

Sunday, October 14

KEK MALTRESE SQUARE


Assalamualaikum..

Selamat tengahari.. Tengahari biasa orang duk tayang makanan untuk lunch.. Tetiba Zue lak nak tayang kek.. Motif?... Sajer jer.. Dah buat masih lagi tak tayang-tayang.. Duk simpan jer..bukan leh beranak pun.. ^__0

Biasa duk makan kek batik biskut marie. Kali ni guna resepi yang sama tapi tambah coklat maltrese. First time dapat tau coklat maltrese ni orang guna buat kek. Tapi manisnyer... melekat kat tekak ler.. Kena makan skit-skit jer tau.. dan sulam ngan air masak. Tapi yang suka manis tu memang tak leh kater apa lah... ^__^

Resepi ni di copy paste dari umah masterchef alam maya kita.. Kak Azlita Masam Manis.

MALTESERS SQUARE

Copy paste : Azlita Masam Manis

Bahannya:

100 gm butter
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - zue guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih 
50 gm coklat masakan

Caranya:
  • Kisarkan biskut hingga halus.
  • Sediakan loyang berukuran 8'', gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  • Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
  • Matikan api
  • Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  • Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
  • Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu dimasukan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan barulah dikeluarkan dari peti ais dan terus masukkan. 
  • Tuangkan dalam loyang
  • Taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
  • Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
  • Potong kecil dan siap untuk di hidangkan.
Nak potong agak susah skit sebab ia sedikit keras mungkin lama di peti ais. Kena tunggu  dulu baru dapat potongan yang cantik. Kalau tak ia crack..

Saturday, October 13

CUCUR KOBIS


Assalamualaikum...

Hujan kat luar sana. Bestnyer kalau sambung tido. Isshhh... tak boleh.. kena buat bekpas untuk en somi ngan anak-anak.. Tapi.. mata still lagi kuyu.. tarik selimut best ni.. Tetiba si kecik kejutkan suruh buat susu sebab lapar.. Ermm.. Sian anak mama.. terus jer turun bersilat kat dapur.. Menu apa yer nak buat.. Ermm semalam sembang ngan neber sebelah dia bagi satu resepi cucur sayur. Selama ni duk kenal ngan cucur udang dan cucur jagung..cucur bilis.. Tetiba ader pulak cucur sayur kobis ni.. menarik jugak.. Buat jerlah...
CUCUR KOBIS

Bahannya:

kobis
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
Sedikit carot
1 biji telur
Sedikit tepung gandum (jangan banyak agak-agak untuk lekatkan sayur antara satu sama lain jer)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Caranya:
  • Potong sayur ikut kesesuaian
  • Pecahkan telur dan gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum sedikit
  • Kemudian tuangkan air sedikit saja bagi melekat.
  • Goreng seperti biasa.
Yang bestnyer cicah ngan sos cili Thai... Yummmyyyy...

Friday, October 12

KARIPAP PUSING step by step


Assalamualaikum...

Selamat Pagi. Pagi ni Zue bekpas ngan karipap pusing. Dah lama teringin nak memusingkan karipap ni.. tapi tak sampai seru. Hari 'tetiba' jer malas gi kerja. Terus ambil EL. Keja gomen katakan... Lagipun cuti banyak lagi so habiskan apa yang patut dihabiskan pastu nganga lah.. heheheee...

Bila dah hobi membaking dan mengukis ni datang memang dah tak leh buat menda. Terus je semangat tu datang bertalu-talu. Tapi kalau malas tu.. Ya ampun.. tuhan jer yang tau..

Hari ni Zue nak share resepi karipap pusing. 

KARIPAP PUSING

Bahan2 untuk inti:


300gm isi ayam - dipotong kecil (guna mince beef/chicken pun boleh ikut selera masing2)


3 biji ubi keledek - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam - dibancuhkan dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik

Bahan2 tumis:
1 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
  • Masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
  • Kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau lagi
  • Masak sehingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat dan kering
  • Angkat dan biarkan sejuk
Bahan-bahan untuk doh:

Bahan2 doh berminyak:

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan air

Caranya: 

  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan campurkan garam ke dalamnya sambil digaulkan sebati2. 
  • Buatkan lubang ditengah2 tepung tadi dan curahkan minyak masak dan gaulkan sehingga sebati 
  • Setelah itu tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung sehingga tidak melekat di tangan
  • Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian
  • Setiap bahagian ditimbang seberat 90-95gm dan bentukkan menjadi bulat
  • Ketepikan 
Bahan untuk doh marjerin:

150gm tepung gandum
100gm marjerin

caranya: 
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan2. 
  • Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
  • Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian (doh marjerin hendaklah sama banyaknya dengan doh berminyak)
  • Setiap bahagian ditimbang seberat 45-50gm dan bentukkan semula menjadi bulat5. 
  • ketepikan 

Cara untuk membuat kulit karipap 
(Rujuk pic 1 sehingga 14)

  • Ambil sebiji doh berminyak dan bentukkan menjadi leper
  • Kemudian ambil sebiji doh marjerin dan letakkan ke atas doh berminyak tadi dan tutupkan - rujuk pic 3. 
  • Setelah itu bentukkan menjadi bulat - rujuk pic 4. lakukan sehingga habis.
  • Ambil sebiji doh tadi dan canaikan - rujuk pic 5
  • Kemudian gulungkan seperti swiss roll - rujuk pic 6
  • Canaikan lagi doh tadi menjadi panjang - rujuk pic 7
  • Gulungkan doh yang panjang tadi - rujuk pic 8
  • Potongkan doh yang digulung tadi setebal 1cm - rujuk pic 9
  • Dan lakukan proses ini sehingga habis
  • Ambil sekeping doh tadi dan canaikan - rujuk pic 10
  • Isikan inti dan klimkan doh atau gunakan acuan karipap. - rujuk pic 11 ( jika suka bolehlah letakkan sepotong kecil telur rebus bersama2 dengan inti)
  • Lakukan sehingga habis dan gorengkan sehingga garing dan keperangan
  • Lebihan karipap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge
 

Designed By Izza sakura