Wednesday, September 11

APAM DEWA





APAM DEWA

Bahan-bahannya:

 6 biji telur
 2 sudu besar oren sunquick
 1 cawan gula
 1 sudu kecil ovellete (optional)
 1 sudu kecil esen vanila (optional)
 2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  • Didihkan air dalam periuk kukus.
  • Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
  • Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
  • Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
  • Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
  • Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.

Tuesday, November 14

HOMEMADE BEDAK SEJUK



Assalamualaikum...

Sapa suka letak bedak sejuk kat muka waktu tido?.. Elok tau kalau amalkan, parut jerawat akan hilang, kulit muka akan lembut jer.. Tapi kena rajin. Akak masa anak dara memang tiap2 malam letak tapi bila dah beranak pinak dah kurang sebab waktu malam je dah nak lena.. Letih jaga si wiwin ni.. Kalau buat tu kira rajin sangatlah..

Jom kita buat bedak sejuk versi tak rajin sangat (sebab pakai beras yang blend) buka tunggu sampai 5 bulan.. Jenuh jadi ayaq char.. hihii..

 

HOMEMADE BEDAK SEJUK

Bahan dan caranya:

1 cawan beras
(Dicuci sampai bersih)

  • Rendam dalam 2 minggu (pastikan air ditukar setiap hari - Untuk elakkan daripada bau busuk)
  • Lepas 2 minggu, blendkan beras yang sedikit hancur dengan sedikit air bersih 
  • Masukkan dalam peti ais selama 2 hari (bagi keringkan atau senang dipicit agar tidak terlalu cair)
  • Selepas 2 hari keluarkan, masukkan dalam daun pisang yang dibentukkan kon dan potong sedikit dihujung untuk memudahkan ia dipicit dengan saiz kecil.
  • Sedia dipicit kecil-kecil di atas kain batik atau kain putih yang jenis serap air dan jemurkan dalam 20 minit.
  • Bila dah agak keras, letakkan kan dalam satu bekas bersama daun pandan (nak letak bunga kenanga atau bunga melur lagi elok untuk bangkitkan bau wangi bedak sejuk)

.
.
.
Senangkan??... Jom buat.. #kalaurajin hihiiii

Friday, July 28

ROTI TEMBIKAI



Salam Jumaat..

Pernah cuba tak roti yang kiut miut ni.. roti buah tembikai. Nak buat tak lah susah cuma main ngan warna je yang penting. Adunan dia lembut sangat-sangat tau. Sedapp.. Actually ikut resepi asal digunakan buah kismis tapi saja sis tukar buah cranberry sebab kebetulan buah cranberry tu ada kat umah. Lebihan buat roti ari tu..




Resepi Roti Tembikai

2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur
Kismis (sy guna buah cranberry)

Cara-caranya ( Doh Roti)

  • 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagikan 200g doh dah warnakan merah, 100g doh warna hijau, dan 100g doh biasa. Canaikan doh warna merah dan sama panjang ukuran loyang taburkan kismis/cranberry kemudian gulung. Canai doh asas, letakkan doh merah dan gulung. Canai doh warna hijau kemudian letak doh merah dan doh asas kemudian gulung. Masukkan dalam loaf tin dan tunggu doh naik 40 minit. Bakar pada suhu 180'c dan bakar lebih kurang 20-25minit
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.




**resepi ni utk 1 doh tp sy buat utk 2 doh sbb loyang kecik so sy warnakna 2 warna... merah dan kuning

Bagi nampak cam real tembikai sis kalerkan belang tu dengan warna hijau yang asli (tanpa celup air)






Thursday, July 27

ROTI SANGKAYA



Assalamualaikum...

Selamat tengahari.. Pernah tak makan roti sangkaya kat boat noodle?.. Sapa pernah makan tau lah macamana sedapnya sangkaya yang bau pandan sangat harum. Hari tu tengok ada resepi sangkaya so try buat.. serius tak tipu... sangat sedap.. Ada gak rasa ala-ala kuah cakoi. Nak buat pun senang giler..



Resepi Sangkaya

200 ml Santan
2 cawan Susu sejat
2 sudu besar Susu Pekat
1/2 keping Gula Melaka
2 sudu besar Gula Pasir
1 biji Telur (1 biji)
2 sudu besar Tepung Jagung
10 helai Daun Pandai
sedikit Pewarna Hijau

Caranya:


  • Tumbuk/blend daun pandan. 
  • Tapis air pandan. 
  • Satukan semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung. 
  • Kacau rata. 
  • Bila gula melaka dah cair tambah tepung jagung. 
  • Kacau rata sampai pekat likat. 
  • Siap dan boleh hidang bersama roti yang dah dikukus. 
  • Boleh tambah susu cair dalam sangkaya tadi ðŸ˜˜






Pakai roti biasa je (buang tepi) dan stimkan.. Siap cicah..

Wednesday, July 5

RED PEARL COOKIES




Assalamualaikum...

Salam Syawal.. Hari ni nak share resepi biskut Pearl Cookies yang sangat umphh.. Family memang suka dengan biskut ni. Gabungan conflakes dan biskut chips memang osem.. bila makan terasa kerangupan biskut ni, Tambah pulak dengan badam yang rangup. Gila sedappp..





RED PEARL COOKIES


Bahannya:-

150 gm butter
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor
60 gm cornflakes
50 gm coklat chips
25 gm almond nibs
1 sudu kecil esen vanilla
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang





Caranya:
  • Mula2 kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti
  • Masukkan tepung dan gaul rata
  • Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila. Kemudian gaul rata
  • sudukan atas dulang pembakar
  • buah ceri pula potong memanjang atau dadu. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170c
  • bakar biskut selama 20 - 25 minit bergantung pada kepanasan oven masing2
  • Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

Tuesday, July 4

BISKUT HABRIK ... Makan tak puas sebab sedap gilerrr


 

Assalamualaikum...

Salam Syawal.. Hari ni 10 Syawal bermakna sudah 10 hari kita beraya. Siap lah bulan Syawal ni bulan open house, jenuh mesti hari minggu penuh jadual open house.  Terfikir gak nak buat open house tapi gaji lambat lagi ni. Almaklum fulus perabis kat balik kampung baru ni... Hihiii... Okey, resepi hari ni Zue nak share resepi amat mudah ala-ala biskut arab, sangat-sangat sedap dan lembut giler tau. Kenapa Zue kata lembut.. Sebab proses nak buat biskut ni kena ayak 3-4 kali. Lepas tu sangai atau goreng sampai naik brown skit. Pastu baru boleh mix dengan bahan lain. Nak tau try lah buat. Kalau makan tu non stop.. Tak nak berenti... Sedap woo.. Actually ni resepi temurun keluarga suami sebelah Arab.


 Resepi penuh ada DI SINI . Cara buat sangat mudah, just gentel kecik-kecik je sampai abis adunan. Nak cantik letaklah manik atau apa2 yang menarik perhatian dan boleh dimakan sekali biskut habrik.



Resepi ni pernah keluar dalam buku Air Tangan Zuhaida.


Monday, June 19

TAT ROSALINDA



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan. Tinggal tak sampai lagi seminggu nak raya. Malam-malam terakhir ni terkejar-kejar mana nak settle tempahan orang, mana nak tido lambat nak kejar lailatul qadar, mana nak masak untuk sahur itu tak kira lagi anak susah nak bangun sahur. Mood dia org dah kelaut sebab dah dekat nak raya. Hari ni zue share resepi yang zue buat untuk tempahan member2 kat opis. 

 

TART ROSALINDA

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji 

300 gms tepung gandum 
4 sudu besar tepung jagung 
3 sudu gula ising 
200 gms butter 
2 kuning telor sahaja
 jem nenas

Caranya:-

  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
  • Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
  • Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  • Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 
  • Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  • Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . 
  • Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 
  • 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. 
  • Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. 
  • Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  • Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. 
  • Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. 
  • Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak atau tepung gandum. 
  • Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
  • Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. 
  • Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. 
  • Buat hingga habis.
  • Masak pada suhu 170'c selama 15-20 minit
  • Sejukkan sedia dilukis lorekan atas tat menggunakan icing dan untu pemanis letakkan sugar doh yang ready made.




ICING
200 gm gula icing 
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar 
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan 
Masukkan dalam piping bag 
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga 
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. 
Biarkan icing keras Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 
 

Designed By Izza sakura