Showing posts with label LAKSA. Show all posts
Showing posts with label LAKSA. Show all posts

Monday, May 8

ASAM LAKSA





Assalamualaikum....

Selamat pagi... Tau tak apa beza asam laksa dan laksa penang? Actually bagi Zue, lagi suka asam laksa daripada laksa penang. Kedai melayu susah nak cari asam laksa tau..kalau ada pun kat pasaraya besar dan tokeynya orang cina. So kalau buat lagi elok. Nak buat pun sangat mudah.. Jom try resepi dijamin sedap ni..

Actually ni resepi ambik kat FB. Admin yang share tu kata dia ambik daripada kawan dia orang cina.. Patut pun sedappp.. ori resepi ni tau...





ASAM LAKSA

Bahan utama:
3 kilo Ikan kembong
1 tin kecil sardin

Bahan Kisar
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

Lain lain
4 tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan -  belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah

Hirisan/Hiasan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat  dan disiakkan isinya.  Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet (admin cuci dulu). Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.






Nota:

  • Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
  • Nak guna laksa beras pun boleh. 


P/s: Letak otak udang lagi naik umpph asam laksa ni.

Thursday, May 4

LAKSA PENANG




Assalamualaikum...

Teringin makan laksa lah pulak hari ni. Actually laksa ni kalau buat kuah dia tak de tulang langsung baru makan tu tak leh berhenti tapilah kalau ada tulang.. Serius.. terus potong.. Makna pulak ngan otak udang.. Perhh... bertambah tau.. Nak buat bukannya susah.. Main rebus2 je tapi renyuh skit masa buang tulang kat ikan. Make sure pakai ikan sardin tau..




LAKSA PENANG

Bahannya:


1 kg ikan mata besar (ikan sardin)
(Direbus bersama beberapa keping asam gelugor)
2 bungkus laksa kering
5 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk
4 sudu besar pes udang
2 cekak daun kesum / cenohom
2 cm keratan lengkuas (diketuk)
4 batang serai (diketuk)
Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.



Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):

Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus dan blender sehingga menjadi cili giling
3 ulas bawang putih.
4 biji bawang besar dipotong empat
Anggaran 6 cm belacan bakar.



Bahan hiasan:

Daun pudina
Cili merah dihiris
Cili padi dihiris
Timun dihiris
Daun salad dihiris
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Telur rebus (sebiji dipotong dua atau dipotong empat)
Limau nipis atau limau kasturi dipotong sipi




Penyediaan kuah:


  • Ikan dibuang tulang dan asingkan tulang dalam bekas lain
  • Blenderkan isi ikan 
  • Blenderkan tulang ikan sekali kepala ikan (blend sehingga tulang menjadi putih) 
  • buang tulang ikan yang dah bertukar kaler tu
  • Dalam satu periuk, tapiskan air yang diblend tadi iaitu air blender ikan dan air blender tulang ikan
  • Masukkan bahan-bahan pes ke dalam periuk bersama bunga kantan, daun kesum, lengkuas dan asam gelugor.
  • Rebus sebingga mendidih dan masukkan garam dan gula
  • Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 
  • Sekiranya rasa masam, masin dan manis secukup rasa, tutup api






Tips Penting: 


  • Ikan yang telah disiang hendaklah diperap sekejap; lebih kurang 10 minit bersama garam dan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan. Kemudian dicuci bersih.
  • Laksa kering hendaklah direndam semalaman supaya betul-betul lembut sebelum direbus. Rebus dalam air mendidih bergaram. Tentukan laksa anda masak sempurna dengan mencuba memicitnya. Selepas lembut, toskan dan basuh dengan air biasa. Toskan kembali dan simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghalangnya daripada melekat dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa itu stok yang lama.

Friday, January 17

MEE BANJIR UDANG TERBAIK


Assalamualaikum...

Selamat Petang. Petang ginikan best kalau perkena MEE BANJIR UDANG. Bagi Zue Mee Banjir Udang yang original adalah di Penang. Hari tu pernah pergi makan kat Kuala Sepetang. Boleh lah tahan sedap tapi udang macam tak fresh jer dan bahan serapah kat dalam tu cam biasa jer. 

Resepi ni Zue ambik dari pak sedara en hubby yang pernah buka kedai dipenang dan sangat laku tapi memandangkan tuntutan kerja hakiki yang perlu dilaksanakan terpaksalah tutup kedai dan ramai customer merindui mee udang beliau. Beliau hanya akan buat pada hari raya kedua atau ketiga saja. Itu yang Zue dan family duk tunggu-tunggu. Kalau giliran balik raya kat Terengganu mesti akan ada turn balik penang dan akan request jugak ngan paksu mee udang lain. Apa lagi, bila paksu tengok muka kesian kami terus je dapat layanan 1st class almaklum tak berebut ngan orang lain. Apa-apa pun resepi paksu ni adalah yang terbaik...

Resepi yang Zue share ni boleh dimakan berulang kali. Almaklum kalau kita buat sekaligus mee tersebut akan kembang. Sekali nak makan sekali masak... 


MEE BANJIR UDANG

Bahannya:

  • Mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu 
  • 5-6 ekor udang saiz XL (buang muncung n janggut sahaja) 
  • 1/2 kg udang kecil 
  • 3 sb mentega 
  • 1 ulas bawang putih - blend 
  • 5 biji bawang merah - blend 
  • 3 sb cili kisar 
  • 3 sb udang kering 
  • 1 tin tomato puri 
  • 4 sb sos tomato 
  • suku kilo kacang tanah (goreng dan blend) 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 1 pokok sawi



  • Untuk hiasan 


    • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng 
    • Telur yang direbus 
    • Tauhu yang digoreng (potong kiub kecil) 
    • Lada merah dihiris halus
    • Limau kasturi (belah 2) 
    • Daging dipotong halus-halus 
    • Taugeh (saja tambah)



    Caranya:

    • Rebuskan tulang bersama mentega dan tomato puri sehingga daging pada tulang empuk
    • Kopekkan udang dan asingkan isi udang 
    • Jangan dibuang kepala dan bahan kopekkan udang tapi rebus untuk ambil air udang saja
    • Blendkan bawang putih, bawang merah, cili kisar dan udang kering
    • Goreng kacang tanah dan blendkan sehingga lumat
    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
    • Masukkan kacang tanah yang diblend 
    • Masukkan air tulang dan air udang
    • Masukkan lagi isi udang, tomato sos, garam dan gula secukup rasa
    • Biarkan sehingga mendidih



    Cara makan:

    • Dalam kuali, masukkan kuah tadi bersama sayur, udang XL dan mee
    • Angkat dan taburkan dengan bahan hiasan untuk menyedapkan lagi mee tersebut

    Friday, September 13

    MEEHOON SIAM


     



    Assalamualaikum...

    Salam Jumaat... Teringin betul nak buat Laksa Siam aka mee Bangkok. Actually macam-macam dipanggil... Laksa Thai lah... Tapi zue lebih suka menyebut dengan Meehoon Siam sebab zue menggunakan meehoon untuk resepi ni. Pelbagai mee boleh digunakan tapi yang paling sedap adalah meehoon. 

    Zue pernah makan masa duk kelantan dulu pastu sekarang ader jual kat gerai yang dibuka bersebelahan Giant atau Tesco yang mempromosikan barang dari Thailand. Diaorang buat lagi sedap. Ori pulak tu. So disebabkan teringin sangat terus Zue buat. Bila google dalam tenet pelbagai resepi yang sama tapi diolah dengan cara berbeza. Zue try tanya member orang kelantan, dia bagitau mee siam yang ori tak letak bunga kantan atau daun kemangi dan ia letak daun ketumbar. Zue pun trylah buat versi sendiri

       

    MEEHOON SIAM

    Bahannya:

    1 paket meehoon (dicelur dan toskan) 
    7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi) 
    1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan) 
    8-10 helai daun limau (mayang halus) 
    Bebola ikan (potong dua)
    2 sb sos ikan
    Garam dan gula secukup rasa


    Bahan utk dikisar bersama isi ikan:

    10-13 btg cili padi merah
    1 Biji bawang besar
    2 Biji bawang kecil 
    1 sudu teh lada hitam 
    2 inci kunyit hidup 
    2 inci lengkuas 
    2 btg serai 
    1 inci halia 

    Ulamannya;

    Kacang panjang 
    Timun
    Taugeh
    Daun ketumbar

    **Dipotong halus dan diracik 


    Caranya:


    • Blendkan kesemua bahan bersama isi ikan
    • Masukkan dalam periuk bersama dengan santan
    • Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan-lahan. 
    • Bila menggelegak, masukkan daun limau purut yang dimayang tadi bersama bebola ikan. 
    • Masukkan garam, gula dan sos ikan. 
    • Masak lagi sehingga kuah menjadi surut dan sedikit pekat
    • Tutup api sedia dihidang bersama laksa dan ulaman

    Friday, November 16

    LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH versi 2


    Assalamualaikum...

    Selamat petang..
    Zue baru je balik daripada bercuti di Terengganu. Sebelum balik, singgah pasar borong gi beli laksa sebab plan nak buat laksa memandangkan zue still lagi bercuti. Beli laksa 2 kilo. Satu kilo harganya rm3.50. Pastu beli lak ulaman yang susah nak dapat diKL macam ulam daun serai kayu. Kebetulan ternampak lak kobis yang dah dipotong separuh yang dijual dengan harga rm1. Agak murahkan... Memang rabun mata rasa cam nak beli semua sekali... 

    Hari ni terus jer turun dapur untuk buat laksa Terengganu. Actually laksa Terengganu ada dua jenis kuah. Satu kuah putih (yang macam kuah laksam) dan satu lagi kuah merah. Zue lebih suka makan kuah merah. Pastu kalau makan zue akan letak seketul belacan..Rasanyer memang perhh... terangkat.. tapi siaplah lepas tu.. carilah ubat untuk resdung dan kecutkan jerawat. Sedap punya pasal sampai lupa akibatnyer.. hehehee...

    Ini adalah kali kedua zue buatkan laksa terengganu DI SINI. Sebelum ni zue buat versi laksa terengganu yang letak gula kali ni zue letak gula melaka atau nisan.





    Antara perkara yang harus zue beli untuk bekalan kat sini ialah Rempah Gulai dan Rempah Masak cap bunga ros. Kat KL tak de jual so beli untuk stok punyalah banyak. Dalam masakan terengganu memang menggunakan rempah cap bunga ros ni terutama nasi dagang dan juga laksa terengganu.

    Untuk resepi ni actually zue main campak-campak jer dan tak der sukatan yang sebenar melainkan untuk rempah, rempah gula perlu lebih banyak daripada rempah masak contohnyer rempah masak 2 sb tapi rempah gulai 3sb.
    LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

    Bahannya:

    Laksa putih

    Ulaman:

    daun serai kayu
    timun
    kobis
    taugeh
    kacang panjang
    **tertakluk pada selera masing-masing
    **diracik dan dipotong kecil-kecil
    Bahan untuk kuah:

    Ikan direbus dan ditumbuk/diblender (Zue tumbuk saja)
    santan
    kerisik
    cili boh atau lada giling
    Rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros
    belacan
    garam
    gula melaka atau nisan
    air rebusan ikan
    air secukupnya

    Bahan yang diblender

    bawang merah
    bawang putih
    halia
    lengkuas hidup
    kunyit hidup

    Caranya:

    • Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
    • Ambik isi saja dan tumbuk sehingga hancur
    • Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi
    • Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati
    • Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan 
    • Masak sehingga pecah minyak
    • Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.

    Tuesday, November 22

    LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

    Sape pernah makan laksa Terengganu.. Ada orang kata rasa cam laksa Johor.. tapi bagi zue tak samalah... mungkin kari dia macam sama tapi rasa tak sama..

    Actually kuah Laksa Terengganu ada 2 jenis. Satu kuah masak merah (yang zue buat sekarang) dan satu lagi kuah putih (macam kuah laksam).. tapi zue lebih suka kuah masak merah lagi terasa karinya tu.. Lebih-lebih lagi ia dimakan bersama sedikit belacan dan lada yang ditumbuk (kasi pedas) dan lebih terasa kaw dia punya kuah..

    Bahan-bahan:-
              Laksa putih direndam dan direbus
              Daun kesum
              Kacang panjang
              Bunga kantan
              Timun
              Kobis
              taugeh
              *semua diracik halus melainkan kacang panjang dipotong 
               kecil-kecil
              *actually banyak lagi daun yang boleh dijadikan ulaman 
                seperti daun kadok dan daun kemangi


    Kuahnya agak kuning sebab zue lebihkan kunyit.. adalah lebih original kalau kuah merah


    Bahan untuk kuah :
              Ikan direbus dan diblender (banyak ikan lagi sedap)
              Santan
              Kerisik
              Cili Boh atau lada giling
              Asam keping
              Garam
              Gula
              Serbuk perasa (Ajinomoto)
              Sedikit air
              Air rebusan ikan
              *Bawang merah 
              *Bawang putih
              *Halia
              *Kunyit hidup
              *Sedikit lengkuas
                     *Dikisar/diblend
    Caranya:-

    1. Rebus ikan dan blenderkan isi ikan tersebut
    2. Blendkan tulang ikan bersama air (Ambil air daripada rebusan ikan tadi ditapis dan buang tulangnya)
    3. Tumis bahan yang diblend tadi bersama sedikit minyak
    4. Masukkan rempah cap bunga ros (masakan terengganu wajib ada rempah ni baru original), cili boh, kerisik, asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan air.
    5. Masukkan santan (macam nak masak kari tuu)
    6. Masak sampai pecah minyak dan sehingga masak
    7. Boleh dihidang dengan laksa dan ulam-ulaman.

      Untuk lebih terasa kepedasan dan bagi lagi ada ummmpp..!! dia punya kuah, boleh dihidangkan bersama sedikit belacan (tak suka belacan tak yah letak ler) dan lada hidup yang dah di tumbuk..Sesetengah orang meyediakan bersama garam halus untuk yang suka lagi memasinkan kuah tersebut..
       

      Designed By Izza sakura