Showing posts with label PAI DAN PASTRI. Show all posts
Showing posts with label PAI DAN PASTRI. Show all posts

Friday, October 18

TARTLET


Assalamualaikum....

Selamat Malam. Lagi 4 minit nak wish selamat pagi.. Tetiba rasa malas jer nak menghupdate blog. Dah lah nak handle 2 blog...Rasa cam terkejar-kejar ibarat ada 2 anak kembar. Satu dah bagi susu, satu lagi belum... Nak gabungkan dalam satu blog.. Rasa tak sesuai almaklum blog aci-acibukapintu tu blog suka-suki...Pic pun ambik ngan nokia 3310 (Isshh... nokia tu mana ader camera)...Gurau jer...

Malam/Pagi ni Zue nak share satu ilmu (cewahhh.... cam sifu lak..)... TARTLET... Pernah dengar tak?... Biasa kita dengar pasal fruit tat or cheese tat. Kali ni try buat tartlet pulak. Actually ari tu ader makan-makan kat opis so kami tempah makanan ngan sorang otai masakan ni. Kebetulan nak jadi rezeki zue ari tu. So zue nampak makcik ni buat kuih ala-ala tat.. Bukan cheese tat ataupun fruit tat... Tapi dia kata tartlet... So dalam hati ader taman ler... Even makcik ni tak bagi resepi... Apalagi... pandai-pandai ler mengeteh... maka terjadilah tartlet resepi sendiri... Hahaaaha....


TARTLET

Bahan untuk kulit tat
(Still guna resepi Azita Zain sebab sangat puas hati)


Bahannya :

170gm marjerin 

50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Caranya :



  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.



  • Nota :

    Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


    Bahan untuk Intinya:
    (Still guna resepi Anna Qaseh AzZahra)

    Bahannya :


    2 sdb tepung jagung
    2 sdb tepung kastard
    1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -  ( 1 : 1)*lebih sedap
    2 biji telur
    1/2 - 1sdk esen vanila
    3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

    Caranya :




  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat dan meletup-letup (mendidih)
  • Sejukkan dan piping inti dalam kulit tat
  • Hiaskan dengan ceri hijau dan merah bersama coklat rice (sendiri punya selera)
  • Thursday, February 14

    PAI/TAT TELUR



    Assalamualaikum..

    Selamat malam.. Malam ni adalah malam jumaat.. Sekejap jer sehari-hari.. lusa hari sabtu cuti pulak..Errrmm... best jgk.. Tapi terasa sangat singkat nyer kehidupan harian. 

    Actually zue akan start membaking pada hari cuti. Apa-apa jer cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Klu hari biasa tu tak sempatlah.. mana nak ambik gambar lagi. Kalau gambar cincai-cintai rasa tak puas hati pulak so kenalah buat prop yang puas hati..Kekadang prop yang sama pun boring jugak rasenyer..

    Minggu lepas zue buat PAI/TAT TELUR versi My Resepi. Memang sedap.. Buat ala-ala pai gitu..Rasanyer memang best sangat-sangat. Kalau nak buat sebiji-sebiji pun boleh tapi zue lebih suka buat seketul.. terus masuk oven.

    PAI/TAT TELUR
    Sumber: My Resepi

    Bahannya:

    ( utk satu bekas pie yg besar tuh )
      bahan utk crust : 

      2 cawan tepung gandum
    1/4 cawan gula halus 
    1/2 teaspoon baking powder 
    1/4 teaspoon garam 
    1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2) 
    2 biji telur 

    Bahan utk filling : 
    1 cawan susu cair 
    4 biji telur 
    1 cawan gula halus 
    1 cawan air 
    1 tbs tapung kastard
     ½ tsp vanilla essence 

    Caranya:

    Utk buat crust 

    • Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
    • Masukkan butter. Sebatikan.
    • Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
    • Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

    Cara utk buat filling dia pulak : 
    • Pukul gula dan telur.
    • Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
    • Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie dan tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
    • Bakar dlm oven dalam 150'c atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
    • tunggu sejuk baru potong.

    Thursday, February 16

    PIZZA homemade

    Rasanya dekat 1 minggu tak update blog.. Buzy ngan tugas harian katakan. Yang ni Zue nak share N3 berkenaan dengan Pizza seafood yang diambil daripada Dari Dapur Wanita dengan mengikut citarasa zue sendiri. Jom kita layan..
    Bahan untuk Doh:
    280 gm tepung berprotein tinggi ~ zue guna tepung gandum jer
    15 gm butter
    1 sk gula
    1 sk susu tepung penuh krim
    1 sk garam
    180 ml air sejuk daripada peti ais/ guna air suam
    1 sk yis segera


    Bahan untuk topping:

    Udang
    Sosej
    Sos Pizza
    Capsicum
    Cendawan
    Buah tomato
    Parutan keju Cheddar dan Mozarella

    **Bergantung pada selera masing-masing
    Cara membuat pizza:
    1. Gaulkan tepung dengan yis dalam mangkuk adunan
    2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
    3. Cairkan butter.
    4. Kemudian masukkan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sebati dan licin
    5. Uli di atas permukaan yang rata dan taburkan sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
    6. Bulatkan doh tersebut dan simpan dalam mangkuk lenser dengan sedikit minyak dan ditutup dengan cling film.
    7. Biarkan ia mengembang lebih kurang 40-60 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
    8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
    9. Canaikan adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz atau bentuk yang disukai.
    10. Letakkan adunan tersebut dengan garfu supaya ianya tidak mengelembung semasa dibakar.
    11. Sapukan sos pizza di atas permukaan pizza.
    12. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut selera masing-masing dan taburkan keju sekali lagi di atasnya.
    13. Bakar dalam suhu180'c kira-kira 15 minit

    Sekiranya tiada sos pizza boleh dibuat sendiri sosnya.

    Resepi sos pizza
    1 labu bawang besar
    2 ulas bawang putih
    2 sb minyak masak
    2 biji buah tomato puri
    2 sb sos tomato
    3/4 sk gula
    1 sk oregano
    garam secukup rasa

    Cara membuat sos

    • Panaskan minyak
    • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
    • Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri,oregano, gula dan garam
    • Kacau sehingga pekat.

    Friday, December 30

    SHEPHERD PIE

    Dah lama duk peram resepi ni.. tetiba hari ni rajin pulak nak buat... Entah seru meroyan apa yang datang kat diri zue ni..Cam biasalah buat untuk sedekahkan member-member opis..Untunglah opismate zue tu.. Anak dan hubby zue ni jenis 'makanan ala-ala mat salleh' gini makan sekadar merasa bukan peberet pun.. Tapi bagi zue memanglah peberet..kena ngan citarasaku.. Bawak lak kat opis member opis kata.. Emmm.. sedaplah zue esok buat lagi tau.. Aku tau sebab cap 'F' kan?..heheheeee..Tak delah diorang puji ikhlas tu..Aku jer yang terlebih perasan..ngeh...3x

    Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
    Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


    Bahan A (Untuk Inti):-
    500 gram daging kisar ~ Zue buat 450 gm
    1 labu bawang besar (dipotong dadu)
    1 ulas bawang putih (dicincang)
    1 cawan kacang panggang ~tak letak
    8 biji cendawan butang ~ guna dalam tin (1 tin)
    5 biji tomato masak (dipotong dadu)
    1 batang lobak merah (dipotong dadu)
    1 pokok daun parsli (dicincang) - tak letak
    1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
    1 sudu makan serbuk lada hitam 
    1 kiub stok daging
    2 sudu makan minyak masak 
    Garam secukup rasa


    Cara Memasak Inti:-
    • Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
    • Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
    • Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
    • Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
    • Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.


    Bahan B (Untuk Pai):-

    1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
    1/2 cawan susu segar
    2 sudu makan mentega
    1 sudu teh serbuk lada sulah
    garam secukup rasa
    Air untuk merebus kentang secukupnya

    Cara Menyediakan Pai:-

    • Kentang dibuang kulit dan direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
    • Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
    • Gaulkan dengan susu segar (tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
    • Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (letak kesemua ramkin untuk base kentang ni ).
    • Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (Zue ikut cara kak ummi masukkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
    • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C  selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
    • Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas.

    Saturday, November 19

    APPLE PAI versi omputeh....

    Assalamualaikum...


    Zue pernah makan Pai Epal yang original versi omputeh.. memang sedap  so zue buat ler research dalam youtube versi omputeh punya pai epal...

    Comform memang sedap tau.. Masa bakar satu rumah berbau wangi butter dan serbuk kayu manis.. bila dah masak tak sabar-sabar nak makan.. mula-mula tu makan rasa macam terlebih serbuk buah pala.. Anyway simpan sikit nak bawa opis esoknyer.. konon-konon nak bekpas ala mat salleh ler.. ade lah sorang dua member yang makan.. diaorang  puji..seeedap!.. bila zue rasa untuk kali ke-2, rasa terlebih serbuk buah pala tu dah hilang.. memang cukup rasa..atau kata lain sodap sangat-sangat.. kalau nak best lagi, makan dengan aiskrim atau letakkan sedikit jem apple..jom try!
    Kulitnya:

              2 cawan tepung gandum
              1/4 cawan gula
              secubit garam
              1 cawan butter yang sejuk
              1/3 cawan air sejuk (masukkan ketulan ais dalamnya)
              sedikit kuning telur

    Caranya:-


    • Masukkan tepung gandum bersama gula, garam dan butter dan pukul sehingga sebati
    • Gunakan tangan dengan masukkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil diuli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk
    • Buatkan 2 adunan bulat dan masukkan dalam plastik wrap 
    • Masukkan dalam peti ais selama 20 minit
    • Keluarkan 1 adunan dan canai mengikut saiz loyang 
    • Canai nipis adunan doh dengan menekankan rapat sambil dibentukkan seperti ombak disekeliling acuan pie.
    • Cucuk atas pie dengan garpu beberapa kali supaya wap dapat keluat semasa pie dibakar.
    • Panaskan oven selama 5 minit
    • Masukkan inti apple tadi 
    • Di atas inti tadi letakkan kiub butter yang dipotong kecil-kecil
    • Ambil 1 lagi adunan dan canai mengikut citarasa sendiri macam zue potong dengan pisau adunan tersebut dan letakkan sebagai penutup atas dengan berselang-seli (ala-ala tikar tak jadi gituuu..~ malas nak anyam..)
    • Sapukan kuning telur atasnya
    • Masakkan selama 40-45 minit dengan suhu 200c bergantung pada oven masing-masing




    Bahan untuk intinya:-
              6 biji epal hijau
              3/4 cawan gula
              secubit garam
              1/4 cawan tepung kentang (guna tepung jagung pun boleh...)
              1/2 sk serbuk buah pala (ground nutmeg)
              1/2 sk serbuk kayu manis (ground cinnamon)
              1 sk jus limau
              2 sb butter (guna buttercup) di potong berbentuk cube kecil-kecil


    Caranya:
    • Kupas epal hijau dan potong secara nipis-nipis
    • Masukkan epal tadi ke dalam periuk bersama gula, garam, serbuk pala, serbuk kayu manis dan jus limau dan gaulkan dengan menggunakan api yang perlahan 
    • Kacau sehingga epal tersebut sedikit layu.
    • Lastly masukkan tepung kentang dengan sedikit bancuhan air ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga sedikit pekat
    • Sejukkan

    Sumber daripada youtube betty's homemade Apple Pai Recipe, dailydelicious dan beberapa sumber untuk resepi apple pai.

    Wednesday, March 9

    apple pai versi malaysia

     
    Member kat opis ada mintak zue buatkan apple pai. Almaklum dia pernah duk kat US lama. Tapi tak pernah belajar buat jenis-jenis pai ni. Katanya minat makan jer masa tu. So demi memenuhi permintaan dia, zue buat sedikit research dalam goggle ni. Terjumpa lah dalam resepi apple pai ni dalam my resepi. Kat sini zue sharekan resepinyer..



    Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

    6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
    200 g gula pasir
    50 g kismis
    20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



    untuk doh Pai:-
    500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
    200 g mentega
    2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
    250 g gula halus





    Caranya:-


    Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar.




    Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.


    Sejukkan pie sebelum dipotong. Seelok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar.
     

    Designed By Izza sakura