Showing posts with label TEMPAHAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPAHAN. Show all posts

Thursday, May 9

MUFFIN PELBAGAI VERSI DAN PERISA


Assalamualaikum.. 

Pada pagi ni zue nak turunkan ilmu muffin yang biasa zue biasa buat untuk tempahan... Actually resepi ni adalah menggunakan resepi yang sama cuma kelainannya dari segi perisa dan warna-warni nya. Kalau diamati lagi resepi ni lebih kurang sama dengan cara membuat apam polkadot kan.. 

Yang paling bestnyer bau wangi muffin ni selepas dikukus amat semerbak dalam satu rumah. 

MUFFIN

1 1/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan susu sejat
3 biji telur (A)
1 sk ovellet
1 sb baiking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
paste yang dikehendaki seperti lemon, blueberry, pandan atau apa saja
pewarna yang diingini
 
Caranya:
  • Pukul telur, gula dan ovellet sehingga kembang
  • masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga sebati
  • Kemudian masukkan tepung dan baiking powder sedikit-sedikit  sehingga habis
  • Asingkan pewarna dan perisa yang dikehendaki mengikut citarasa sendiri 
  • Masukkan dalam mangkuk kertas 
  • corakkan seperti yang diingini
  • sedia dikukus selama 10 minit dengan api yang besar

Monday, November 12

COKLAT MOIST CUP CAKES


Assalamualaikum..

Happy Depavali buat penganut beragama hindu. 

Minggu lepas Zue dapat tempahan untuk member bertunang semperna 10/11/12. Memang cantek tarikh tukan?.. Tapi Zue suka lagi tarikh 12/12/12.. Mesti ramai yang pilih tarikh tu untuk buat majlis bersejarah..

Untuk resepi cup cakes Zue akan gunakan resepi DI SINI. Actually ni adalah resepi kek coklat moist tapi zue buat untuk cup cakes. Sebab customer zue amat suka cup cakes coklat moist ni. Ia amat gebu dan lembut.
Bagi membuat buttercream, Zue akan gunakan resepi         DI SINI
Resepi buttercream ini juga akan terbentuk bunga yang cantik dan ia tak menggunakan gula aising yang terlalu banyak. Almaklumlah.. kalau banyak gula aising, kita perlu pukul sampai gula betul-betul hancur kalau tak hancur akan terasa gigitan gula apabila makan cup cakes tersebut.. Ermm.. memang tak best..

Zue guna dua kaler iaitu kaler merah dan kaler putih masa memasukkan buttercream di dalam plastik sebelum memipingkan bunga ros.
Tutorial bagi membentuk bunga ros adalah DI SINI.

Sunday, May 22

Red Velvet lagi..



Ni dah kali keempat buat kek red velvet. Selama ni buat sendiri tapi hari ni zue ambik tempahan member untuk celebrate anniversary. Saja zue nak postkan step decoration Kek red velvet. Untuk resepi DISINI.


Memandangkan resepi kek Velvet untuk loyang 9'' dapat besar dan pendek rupa bentuk kek tu, zue buatkan 2 biji kek dan di potong 2 layer tetapi Zue cuma ambik 3 layer saja. Untuk dapatkan bahagian atas yang rata, zue terbalikkan bahagian atas sekali layer tu.

Sapu kan nipis cream cheese + whipping cream yang di pukul dan biarkan dalam peti ais selama 20 minit. (untuk dapatkan bentuk yang cantekk dan kemas) Lepas 20 minit keluarkan dan layer kembali cream cheese tadi (barulah kek nanpak tegak dan kemas).




Zue letakkan strawberry dan coklat parut untuk nampakkan hasil yang yummy dan cantekk gitu..sesuai untuk anniversary katakan...



dan pipingkan buttercream kat bahagian tepi kek..





 

Designed By Izza sakura