Showing posts with label KUEH. Show all posts
Showing posts with label KUEH. Show all posts

Tuesday, April 18

MURTABAK ROTI CHEESE menggunakan pemanggang ajaib




Assalamualaikum...

Korang pernah tak buat murtabak menggunakan pemanggang ajaib?.. Senang gila tau. Sis baru try ni. Dah beli punyalah lama tapi duk buat harta jer.. Kali ni mesti buat. So sis merajinkan diri untuk buat. Ni bleh try buat untuk bulan puasa tahun ni.





MURTABAK ROTI CHEESE menggunakan pemanggang ajaib

Bahannya:

* 12 keping roti High 5
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih potong halus
* 1 paket daging hancur(Ramly burger)
* 1 biji cili merah potong halus
* 3 1/2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 5 biji telur
* 2 cawan susu segar
* 1/2 paket cheese mozarella
*  sedikit minyak untuk menumis



Cara memasak inti

  • Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing. 
  • Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati. 
  • Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.




Cara menyediakan murtabak daging

  • Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
  • Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang  4 segi yang telah di sapu dengan butter.
  • Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan. 3' Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.
  • Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.


LEMPENG PISANG


Assalamualaikum..

Apa kata try buat lempeng pisang petang nanti.. mesti sedap.. Zue dah try resepi ni banyak kali dan tak puas makan tau.. sedapp.. Anak2 dan suami pun suka. Minum ngan air teh petang-petang kan best.. Jom cuba resepi yang sangat mudah..




LEMPENG PISANG 

Bahannya:

5 biji pisang (Apa-apa pisang jer)
3 sudu gula pasir 
1/2 cawan tepung gandum 
Kelapa parut + sedikit garam 
Daun pisang (layur untuk elakkan drp rapuh waktu membalut nanti)




Caranya:
  • Lenyek pisang dengan gula sampai hancur. 
  • Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. 
  • Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang 
  • Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja. 
  • Letak atas daun pisang dan lipatkan daun pisang tersebut 
  • Bolehlah dibakar di atas kuali leper. 
  • Nak buat lempeng pisang ni dua benda utama kena ada, pisang dan daun pisang
Aroma daun pisang woww, sedap ! 

Wednesday, October 5

TALAM UBI KAYU LAPIS SAGU




Hari tu ada pergi kenduri kat satu rumah. Sedap betul dia buat kuih ni. 1st time makan dah jatuh hati. Try google kat dalam internet just ada yang versi ubi kayu 100% je.. So hakak try n error buat sendiri versi mix ngan sagu. Serius.. menjadi dan sedap sangat dengan 2 gabungan ni. Korang try buat pulak. Kuih ni ada 3 lapis tau (3 warna). Yang bawah sekali tu sagu. Yang tengah dan atas ubi kayu. Rasa bila makan bertambah-tambah pulak.




TALAM  UBI KAYU LAPIS SAGU

  • 1/2kg ubi kayu - buang urat tengah dan potong saiz kecil
  • 3/4 cawan air - untuk kisar ubi
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 120ml santan cair
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
  • 1  cawan sagu 
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan sedikit garam





Caranya:

UBI KAYU
  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Kisar ubi kayu dengan air sehingga halus, kemudian tuang dalam penapis dan toskan
  • Sebatikan dengan santan dan gula, kemudian bahagi 2 dan masukkan pewarna. (kuning dan merah)

CARA GABUNGKAN

Lapisan bawah

SAGU
  • Masukkan sedikit air dan pewarna hijau ke dalam sagu dan kacau rata
  • tunggu dalam 3-5 minit supaya sagu sedikit kembang

Dalam loyang lain
  • Alaskan dengan plastik untuk elak melekat atau pun letakkan sedikit minyak
  • Masukkan sagu warna hijau tadi
  • kukuskan selama 5-7 minit

Lapisan Tengah
  • tuangkan ubi kayu yang warna merah
  • Kukus selama 5-7 minit (bungkus penutup dengan tuala/kain)

Lapisan Atas

  • Tuang warna kuning pada bahagian atas
  • Kukus lahi selama 20-25 minit atau sehingga masak
  • Bila masak, sejukkan

Dah sejuk sedia dipotong dan golek pada kelapa.

Thursday, December 31

CIK MEK MOLEK...terbaikkk....sedapp




Assalamualaikum...

Lagi beberapa jam kita akan menghadapi tahun 2016. Rasanya sekejap je.. Pejam celik-pejam celik.. dah pun naik lagi umur kita..Uban pun dah pandai pilih tempat kat kepala. Anak-anak pun dah membesar dengan cepat. Rasa cam hidup ni tak terkejar lak. Banyak urusan 2015 yang tertunda dan banyak memori 2015 yang sangat manis.... Terutama dalam melahirkan si wiwin.. Sekarang wiwin dah 10 bulan.. Lagi sikit nak dapat kaki lak.. Isshhh... Manisnya hidup yang bersulamkan karenah pelangi si wiwin.. 

Berbalik pada resepi hari ni. Saya nak share resepi dari pantai timur iaitu cik mek molek. Sedapppp... Asalnya balik kampung beli keledek 1 plastik besar kes kesian peniaga tu agak berumur jual pisang dan keledek tengah panas. Sementara cik hubby pergi ambik kereta kat parking, saya tunggu tepi-tepi peniaga pisang.. Alang-alang tu beli je lah.. Kesian tengok tengah panas berniaga.. Kita lak duk umah  dan kerja dalam aircond.. ;(


RESEPI CIK MEK MOLEK

Bahannya:-

Ubi keledek oren 
Tepung gandum 
Sedikit gula



Caranya:-

  • Rebus ubi sampai empuk kemudian lenyekkan sampai hancur.
  • Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. 
  • Agak bila dah agak lembut dan boleh digentel. 
  • Jangan terlebih gandum, nanti adunan akan menjadi keras.  
  • Bentukkan kuih cek mek molek. 
  • Masukkan sesudu gula dan bentukkan dengan bujur.  
  • Goreng dalam minyak panas yang banyak dan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula ketika digoreng. 
  • Bila agak kekuningan, angkat. 
  • Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Monday, August 24

ROTI JALA MUDAH



Assalamualaikum...

Selamat pagi.. Pagi yang indah.. Sejuk je dengan kedinginan hujan semalam. Hari ni saya nak share satu resepi mudah yang di ambil di internet.. Sorry lupa si empunya resepi..


Resepinya amat mudah cuma tak lah manis. Kalau nak manis boleh dicampurkan dengan sedikit susu pekat manis.

Jom tengok resepinya yang amat mudah...


Roti jala mudah

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sb minyak jagung
Secubit garam
Sedikit vanilla
Pewarna


Caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blendkan kemudian tapis
Sedia menjala menggunakan botol muncung 3 di atas non stick pan.
Lepas menjala terus gulung

Monday, July 22

TEPUNG PELITA ALA-ALA TERENGGANU



Assalamualaikum...

Selamat tengahari... Pagi tadi sahur tak uols? Zue bangun sahur tapi tak makan makanan berat cuma ambik buah kurma, susu anlene bersama quaker oats... Almaklum dah semakin berumur ni rasanyer kesihatan perlu diutamakan daripada keenakan rasa... Kalau ikut selera semua makanan nak ditelannya terutama bulan puasa ni. Jual apa pun makanan semua laku kalau kat pasar Ramadhan tu... sedap tak sedap kemudian kira... Sakit perut esok punya cerita... Actually kalau zue berbuka kat rumah zue lebih suka makan evenpu masak menu yang sama macam ayam goreng kicap sekali pun.... Anak-anak zue lebih suka air tangan mama dia daripada beli kat kedai... 

Kalau hari kerja zue akan membeli tapi membeli kat kedai yang biasa beli sebelum puasa sebab dah tahu sendiri rasanya macamana.. Tetiba teringin makan tepung pelita ori di Terengganu, kalau kat KL ni ader tapi cam kuih taco jer.. Pastu lapisan bawah dia dah dicampur dengan gula siap-siap..ermmm... tak best.. so alternatif lain buat lah sendiri... Inilah hasilnya... Kalau design daun pisang semacam jer abaikan saja.. ^_*

TEPUNG PELITA

sumber: Hanieliza

Bahan-bahan A disatukan

lapisan bawah 

1 cawan tepung beras  
sedikit air kapur 
7 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan) 

Bahan B  disatukan 

lapisan atas

3 cawan santan pekat 
1 senduk tepung beras 
secubit garam 

 Bahan C 

Gula pasir secukupnya 
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

 


Caranya:


  • Didihkan air untuk mengukus.
  • Masukkan 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. 
  • Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul.
  • Kukus sehingga masak. 
  • Masakan bahan B anggaran panas. 
  • Kemudian masukkan hingga penuh bakul. 
  • Kukus lagi sehingga lapisan atasnya masak  (untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu
  • Masukkan dalam peti ais. 

***Sekiranya daun pisang tiada boleh diganti dengan mangkuk kecil


 

Thursday, July 4

BINGKA UBI KAYU


 

Assalamualaikum...

Selamat malam... Tak sampai 1 minggu kita akan menghadapi bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan kali ini. Azam zue tahun ni nak masak sepenuhnya tanpa membeli di pasar Ramadhan (harap-haraplah...). Almaklum kalau membeli ni ader jer yang tak kena. Sehari dua ni makanan still sedap masuk jer hari ketiga penjual dah start recycle makanan semalam... Panaskan dan jual balik. Perut kita ni pulak dah lah sehari tak makan termakan ngan makanan semalam yang mungkin basi.... Aduyai... berulang toilet ler jawabnyer...  

Selain daripada tu azam zue jugak nak merasa berterawih di masjid sebab tahun lepas tak berkesempatan disebabkan anak zue yang paling kecik tu noty sangat-sangat.. (sembahyang pun tak khusyuk) tahun ni cerdik sedikit rasenyer si haiqal ni . (Harap-harap lah...) Semoga urusan Zue dipermudahkan olehNya.. Ameen..

 

BINGKA UBI

Bahan-bahan:- 

Atas 

400 ml santan
1 cwn tepung beras 
2 sk garam 

Bawah 

3 batang Ubi kayu sederhana besar 
1/2 cawan gula putih 
5 helai daun pandan 

Caranya:- 

ADUNAN A 

Bahagian bawah 


  • Blend daun pandan menggunakan air yang banyak 
  • Potong ubi kayu menjadi sebesar ibu jari dan masukkan air daun pandan tadi untuk diblend kali kedua
  • Blendkan dengan memasukkan air daun pandan yang banyak.
  • Tapiskan untuk diambil isinya sahaja. 
  • Isinya diletakkan atas kuali dan digoreng bersama gula putih. 
  • Kacau sehingga pekat seperti jem. 



ADUNAN B 

Bahagian atasnya 


  •  Masukkan santan bersama tepung beras yang dibancuh dengan air dan kacau. 
  • Masukkan juga garam (agak2 jangan terlampau masin). 
  • Kacau sehingga menjadi pekat. 
  • Masukkan adunan A ke dalam loyang dan baru masukkan adunan B ke atasnya. 
  • Sejukkan sebelum dimakan

Sunday, February 24

APAM POLKADOT VERSI BEE, LADY BIRD DAN ANGRY BIRD



Assalamualaikum.. 
Selamat petang. 

Ingat tak zaman keglameran apam ni.. Masa tu macam2 versi ada. Kira kat FB tu oarang duk post apam polkadot jer... Tapi sekarang dah tak nampak pun. Mungkin ada kut..

Minggu lepas Zue dapat tempahan apam polkadot versi bee, lady bird dan angry bird. Lama betul tak buat bila buat sekali esoknyer sakit abis seluruh badan agaknyer duduk terlalu lama kut..Intinya zue masukkan coklat, kiwi dan stoberi. Zue buat 3 adunan dapat jugak agak-agak dalam seratus lebih (lupa nak kira berapa).. Zue letakkan perasa dalam adunan tersebut seperi perasa jagung, nenas dan pandan. Cara zue buat lak zue tak pukul bahan tapi cara mudah dengan blend jer bahan tersebut dan kaup balik lepas tu untuk ratakannya. 

 Jom layan resepi ni..


APAM POLKA DOT 

Bahannya: 

3 biji telur (Dari peti ais) 
250gm tepung gandum 
200gm gula halus 
150ml susu cair/susu segar 
3 st baiking powder 
1 st ovellet

Caranya: 
  • Blendkan telur, gula dan ovallet hingga putih gebu
  • Keluarkan dan dalam bekas lain masukkan tepung dan berselang seli dengan susu cair sambil kacau atau kaup balik sehingga sebati
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titik perisa dan juga pewarna
  • Dalam bekas acuan lompang kecil, masukkan mangkuk kertas saiz almond london
  • Pipingkan sedikit kemudian masukkan filling dan tutup kembali dengan adunan tersebut
  • Sedia dilukis pada atas apam sebelum dikukus dengan api yang kuat selama 10-15 minit 
...................................................................................................................
Tips: 

**Tutup periuk kukusan dengan kain lampin supaya air tidak menitis atas apam


Saturday, January 12

ROTI JALA


Assalamualaikum..

Selamat Malam.. Semperna perhimpunan hari ni zue sharekan resepi roti jala kuning (konon2 untuk bersih)... Huhuuu.. Actually ramai member2 zue kena bekerja hari ni menjaga ketenteraman awam. Kesian.. dah nasib badan tapi berbaloi ler dapat elaun untuk khidmat kepada negara.. Sabar jer teman2 gue.. bapak polisi.. 

Sebelum ni zue ader postkan entry roti jala disebabkan pic roti jala tu dah hilang sebab dihack so kali ni buat dan upload lagi.. Kali ni try resepi mudah iaitu dari blog hana. Memandangkan family zue tak ramai so sesuai sangat untuk bahannya yang tak banyak.

RESEPI ROTI JALA


Bahannya:


2 cawan tepung gandum 
2 cawan air@ susu segar@santan cair 
1 biji telur 
1 sk garam pewarna kuning 


Caranya:
  • Blend semua bahan sehingga sebati. 
  • Pastikan tiada tepung yang berketul-ketul yang boleh membuatkan acuan tersumbat. 
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak. 
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali. 
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. 
  • Angkat dan lipat@gulung ikut suka.



Actually zue punya gulai kari saja tukarkan daripada ubi kentang kepada ubi keledek. Rasanyer memang teramat sedap dan pastikan juga gulai kari amat pekat baru terasa kesedapannya..

Saturday, November 17

LEPAT PISANG INTI KELEDEK BERSAGU


Assalamualaikum..

Selamat Malam.. Petang tadi teringin teringin benor nak buat Lepat pisang yang ader keledek sebab balik kampung baru ni tengok orang jual keledek 3 tompok rm5.. Punyalah murah.. Apa lagi terus beli. Sekarang duk fikir menu yang berasaskan keledek lak sebab nak habiskan stok yang banyak ni..(tamak sangat lak rasenyer)

Tetiba teringat lak kat lepat pisang yang ada inti keledek. Alhamdulillah jadi jugak walhal ni pestime buatnyer... ^__^

LEPAT PISANG

Bahannya:

300gm pisang berangan
100gm ubi keledek yang dipotong kiub2
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan kelapa parut muda
2 cubit garam
1/3 cawan air gula merah (3 sb gula merah + 1/3 air masak)

Caranya:
  • Lenyek pisang bersama gula pasir sehingga hancur.
  • Masukkan tepung gandum, gula merah, kelapa muda dan sagu.
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan keledek yang dipotong kiub2 tadi.
  • Lastly masukkan santan dan kacau sehingga sebati
  • Layurkan daun pisang
  • Sedia diletakkan dalam 2 sb dan sedia dibungkus
  • Kukus sehingga masak.



Cara melipat daun pisang seperti di bawah:


Jemput makan.. ^__^

Monday, October 29

CREPE DURIAN




Assalamualaikum...

Selamat Malam. Sebelum balik bercuti Raya Haji lepas, Zue ader buatkan CREPE DURIAN untuk bawa buah tangan buat mertua dan keluarga sebelah suami di Penang. Alhamdulillah jadi cantek dan elok jer. Yang bestnyer rasanya memang sedap. Sampaikan kejap-kejap buka peti ais ambik sebijik sebijik untuk makan. Sapa yang tak cuba lagi memang rugi kalau tak buat... 

DURIAN CREPE 


2 sb tepung pau
2 sb tepung naik sendiri
2 sb tepung kentang
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
2 sb tepung ubi kayu
2 biji kuning telur 
1 ½ sb gula castor
½ tin susu cair
Air
3 sb mentega dicairkan
Sedikit esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau dan kuning
**untuk warna kuning letakkan pewarna kuning dan perisa jagung



Caranya:

  • Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan tambahkan air sehingga 1 inci hamper memenuhi blander
  • Kisar rata dan simpan dalam peti ais selama 1 jam
  • Selepas 1 jam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna dan kisar lagi sehingga rata.
  • Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat 
  • Panaskan hingga kuali benar-benar panas 
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali 
  • Kemudian kecilkan api 
  • Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe (buat adunan yang nipis)
  • Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat 
  • Buat sehingga habis 
  • Biarkan sejuk.
Durian Filling 

1 cawan Non dairy Whipping Cream 
Isi durian secukupnya

Caranya:
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. 
  • Lumatkan sedikit

Saturday, July 21

BUAH MELAKA versi colourful

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari pertama umat islam di Malaysia berpuasa.. Alhamdulillah dah nak habis pun sehari kita berpuasa. Jap lagi dah nak berbuka. 1st day berpuasa ni biasalah semangat nak masak tu berkobar-kobar siap ada azam lagi.. tahun ni tak nak beli nak masak jer sebab kalau beli tak tahu kesedapannya macamana ..Pulak tu mesti ader sehari yang tercirit..Almaklumlah ader jugak peniaga yang nak untung lebih so dia orang perangat lauk semalam.. 

Hari ni menu untuk kuih zue buat buah melaka aka ondeh-ondeh tapi versi colourful.. Biar menarik skit.. Ye lah biasa kaler hijau daun pandan jer so tukar skit versi.. ala-ala kaler gitu...
Bahannya:

Tepung pulut 
Gula melaka dipotong dadu
Kelapa parut
Air pandan (blend dari daun pandan )
Pewarna merah/biru dan kuning

Caranya:
  • Tepung pulut dibancuh bersama sedikit air daun pandan/pewarna lain (jangan sampai lembik nanti doh tak berbentuk bulat)
  • Ambil sebesar ibu jari doh tersebut bulatkan dan tekan dengan ibu jari.
  • Masukkan gula melaka yang dipotong halus dan tutup balik adunan tadi
  • Gentelkan berbentuk bulat-bulat
  • Masukkan dalam air panas yang mengelegak tunggu sehingga ia terapung sedia digolekkan dalam kelapa yang digaul sedikit garam halus

 

Designed By Izza sakura