Wednesday, March 30

Jom Cuba Nasi Goreng Serai


Semalam balik keje tak tau nak masak apa. Sambil drive sorang-sorang duk terfikir, malam kemarin zue ada buat sambal ikan bilis yang ambik resepi dari member opis. So why not tanpa membazirkan bahan yang ada kat umah, zue recycle balik. Kata orang kalau membazir tu rezeki lari. So dengan rendah hati zue buat nasi goreng Serai ni menggunakan sambal ikan bilis semalam (ssshhhhyyyyy..) tapi yang semalam tu sodap tau bila di panaskan balik!!.


Terfikir jugak nak bagi nama nasi goreng apa ni.. Dah diletakkan serai so letak jelah nasi goreng serai. Tapi nasib baik tak letak nama nasi goreng serai wangi.. :)

Bahan-bahan untuk buat nasi goreng:-

2 sudu Sambal bilis yang diblend dengan serai
10 ekor udang yang sederhana kecil
1 ekor sotong yang dipotong halus
2 sudu sos tiram
1 gengam kacang ABC

1 sk garam halus
1 sb gula

*garam & gula ikut selera masing2







Cara menggoreng nasi:-
Tumiskan sambal bilis yang di blend dengan serai ni dengan 3 sudu minyak masak. Agak-agak garing, masukkan kacang ABC, dan sotong bersama udang. Kacau dan biarkan seketika agak-agak separuh masak, masukkan sos tiram, garam dan gula. Lastly masukkan nasi putih. Kacau sehingga sebati.


Sambal bilis ni memang sedap sebab terasa wangi dengan serainya. Lagipun bila kesemua bahan diblend lagi terasa rempah ratusnyer. Cubalah kalau tak percaya..

Untuk resepi sambal

10 ekor ikan bilis
1 batang serai
1 kiub ayam
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sk asam jawa
3 sudu cili giling
sedikit air


Cukup mudah Caranya:-


Blendkan kesemua bahan-bahan di atas dan tumis kemudian baru masukkan ikan bilis. Masukkan gula dan garam. Biarkan seketika, bila dah mengelegak tutup api.



Tuesday, March 29

Jom try resepi rekaan Bengkang Cheese kek

Hari minggu yang boring tak tau nak buat ape. Nak try resepi apa lak kali ni.. Apa kata reka sendiri resepi.. kalau jadi, postkan dalam blog. Kalau tak jadi, simpan jer dalam 'tong sampah'.... Hehehehe.. macamlah chef nak main reka2 makanan-makanan ni.. Tak per, kita belajar daripada kesilapan..

Zue try gabungkan mat saleh punya kuih ngan melayu lak. Cheese ala-ala kueh tradisinal. So zue namakan dia bengkang Cheese kek. Rasa yang agak sama ngan bengkang melayu tapi rasa macam cheese.. Agak sedap.. Puji sendiri nampak..!!.. hehheeee..leh try..


Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar
4 biji telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek
20g tepung jagung
140g gula



Caranya:-
Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan cheese tadi dengan telur dan pukul sebiji demi sebiji. Bila agak sebati masukkan tepung, tepung jagung, garam dan jus lemon. Kemudian gaul sehingga sebati.




Sediakan loyang yg digriskan dibawahnye dengan sedikit planta dan ditepi tu salutkan dengan kertas baking dan tuangkan adunan kek dalam loyang.

Bakar kek selama 45 minit, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pastikan adunan didalam loyang kek dibalut dengan aluminunium foil bawah sehingga separuh tinggi tin kek (untuk mengelakkan air masuk di dalamnya). Kemudian, letak loyang kek tu atas dulang pembakar dan lastly bakar.

Friday, March 11

Chocolate Chips n hazelnut with Creamcheese Muffin




Resepi yang Zue ambik daripada satu laman web tapi direka cipta atas kesedapan sendiri, tapi tak tahu nak bagi nama apa, memandangkan dalam resepi ni ada Chocolate Chips, kacang hazel, kismis dan cheese so dengan rendah hati zue namakan Chocolate Chips n hazenut with Creamcheese Muffin.. Wah... panjang betul namanyer.. sampai x reti nak nyebut!!.. Yang pasti rasa nya agak sedap sebab kombinasi 'macam-macam ada' dalam nyer yang menaikkan aroma kesedeapan muffin ni.






bahan (12 biji):-
80 gm gula kastor
2 biji telor (saiz besar)
180 gm tepung kek/tepung naik sendiri (*)
1 sudu teh baking powder (*) - diayak bersama
1/4 sudu teh garam
60 gm yougurt bliss perisa strawberry
70 gm butter - dicairkan

Cream Cheese Filling:

100 gm cream cheese - dilembutkan pd suhu bilik
1 1/2 sudu makan gula kastor
2 sudu teh jus lemon
20 gm kacang hazel yang dibakar dan dicincang halus

20 gm kismis
sedikit choc chips - untuk tabur atas muffin






Cara Membuat:-Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul telor dan gula kastor dengan whisk hingga ringan dan gebu. Masukkan yougurt bliss dan mentega cair ke dalam adunan tadi dan kacau. Tuangkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi dan kacau sebati. Masukkan kacang hazel yang dibakar dan dicincang separuh dan separuh lagi di simpan untuk hiaskan atas muffin. Dan masukkan bersama buah kismis. Kacau sehingga agak-agak sebati.



Masukkan 1 sudu makan cream cheese filling ke dalam adunan muffin dan kacau. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan skop kan dan taburkan dengan sedikit chocolate chips bersama kacang hazel. Bakar selama 20 minit/hingga kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Wednesday, March 9

apple pai versi malaysia

 
Member kat opis ada mintak zue buatkan apple pai. Almaklum dia pernah duk kat US lama. Tapi tak pernah belajar buat jenis-jenis pai ni. Katanya minat makan jer masa tu. So demi memenuhi permintaan dia, zue buat sedikit research dalam goggle ni. Terjumpa lah dalam resepi apple pai ni dalam my resepi. Kat sini zue sharekan resepinyer..



Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
200 g gula pasir
50 g kismis
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



untuk doh Pai:-
500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
200 g mentega
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
250 g gula halus





Caranya:-


Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar.




Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.


Sejukkan pie sebelum dipotong. Seelok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar.

Monday, March 7

NASI DAGANG ORI TERENGGANU MALI...harus di cuba..



Salam satu malaysia buat semua pembaca blog Zue. Tetiba hari ni (Ahad), ari yang begitu bersemangat untuk buat Nasi Dagang Terengganu. Sebab terbuka satu rancangan masak memasak yang kebetulan Chef Wan selaku chef yang memasak Dasi Dagang dalam channel 703 Astro Prima.

Teringat masa kat kampung di Terengganu. Kami satu family suka sangat-sangat makan nasi dagang 'Mek Gemok'- nama pembuat nasi dagang glamer kat Kampung Pengadang Baru. Rasanyer yang masam, masim dan manis memang menepati citarasa kami sefamily. Dulu nasi dagang di Terengganu akan dibungkus berbentuk kon dengan daun pisang. Keharuman daun pisang amat terasa apabila makan nasi dangang. tapi, zaman dah berubah agaknyer pokok daun pisang dah banyak ditebang di Terengganu. Mungkin masih ada lagi yang bungkus cara seperti tu tetapi dikawasan kampung-kampung atau kawasan pendalaman.

Jangan tertukar antara nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan. Banyak perbezaanyer seperti nasi dagang terengganu menggunakan percampuran antara beras pulut dan beras biasa. Manakala nasi dagang kelantan menggunakan beras khas yang berwarna perang.

Jom kita tengok resepi Nasi Dagang Terengganu yang original ni..

 

Untuk 3-4 orang makan


Resepi untuk nasi

4 cwn beras putih
1/2 cwn beras pulut
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam halus
1 cwn santan pekat
1 inci halia
2 cwn air kosong


Resepi untuk kuah

Ikan tongkol dikukus dengan asam jawa dan garam kasar

3 cawan santan pekat
1 liter air
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu lada yang dimesin
2 keping asam gelugor
3 sudu rempah nasi dagang
1/2 keret gula melaka/nisan
4-5 batang lada jarum

Cara mengukus nasi dagang

  • Rendam beras dan beras pulut sekurang-kurangnyer 3-4 jam (bergantung kepada jenis beras). Toskan beras yang dicampur dengan beras pulut dan letakkan dalam kukusan yang dah menggelegak. Mungkin ada yang bertanya tak tumpah ke beras tu antara lubang-lubang kukusan. Ya.. akan tumpah/terkeluar tapi hanya sedikit sahaja.
  • Biarkan selama 10 minit dan keluarkan beras dari kukusan tadi dan arun (sebatikan beras dan santan) dulu dengan air. Kemudian kukuskan lagi selama 10 minit. Ulangkan sekali lagi dengan step yang sama.
  • Kemudian selepas 2x arunkan dengan air barulah arunkan dengan santan pekat yang dicampurkan dengan halba, halia dan garam. Ulangkan step ni sebanyak 3x. Selepas tu tutup periuk dan biarkan ia sehingga masak selama 20 minit.
kuah

  • Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia. 
  • Tumiskan bahan-bahan tersebut. 
  • Bila agak garing masukkan lada mesin. 
  • Kacau dan seterusnya masukkan rempah nasi dagang yang dicampurkan dengan sedikit air. 
  • Kacau biar naik bau dan masukkan asam gelugor. Biasanyer orang terengganu gantikan asam gelugor dengan belimbing buluh tapi memandangkan sukar untuk mencari belimbing buluh di kl ni so zue gantikan dengan asam gelugor. Opss.. jangan lupa masukkan air rebusan ikan tongkol tadi nak bagi naik 'kick'nyer. 
  • Kemudian masukkan air (biarkan agak-agak pekat. 
  • Kacau dan tunggu sehingga naik minyak, masukkan ikan aya/tongkol, garam, gula melaka (nisan) dan lada jarum. 
  • Bila dah gelegak, rasa agak2 cukup masam, masim dan juga manis. Boleh ditutup api.

Bahan acar
2 batang timun
1 batang carrot
2 ulas bawang merah
4 sudu cuka
2 sudu gula
1 sudu garam

Caranyer

  • Timun batang dan carrot dipotong kecik-kecik dan satukan bahan-bahan tadi. 
  • Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika.


Friday, March 4

Red Velvet Cheese Kek

>

Resepi yang diambil daripada blog Ilham Dapur ni memang mengujakan apatak nyer duk simpan resepi ni punyalah lama. Bila dah free cam ari ni Zue pun buat lah dan hati ni betul-betul berdebar melihat hasilnyer. Dan alhamdulillah bila siap memang menarik hati dari segi kesedapan dan kecantikannyer. Patutpun kek ni di panggil KEK SI BALDU MERAH aka VELVET RED KEK.

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 2 sudu kecil pewarna merah - 1 sudu warna kurang merah
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon

    .


Oven dipanaskan pada suhu 170 C. Kemudian alaskan loyang dengan paper sheet dan biarkan kertas lebih daripada loyang supaya senang untuk keluarkan kek nanti. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit. Tepung diayak bersama garam dan ketepikan seketika. Didalam mangkuk lain, pukul mentega hingga putih dan berkrim, kemudian masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit Lastly masukkan telur dan vanilla, pukul lagi sehingga sebati. Selepas tu, susu segar, pewarna merah dan coklat emulco di satukan dan kacau sehingga sebati.

Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan di dahulu tepung dan di akhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega tadi dan habiskan dalam 3x tuang. Kemudian, satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Cara Membuat Lapisan Cheesenyer:-

Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan telur. Putar biar sekata dan sebati. Seterusnya tuangkan ke atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheese kek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.

Nota : Lapisan cheese tu adalah di syorkan bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.




.











saja zue buat dua versi. Satu versi kek dan satu versi ala-ala muffin. Begitu teruja dengan kecantikan warna merah nyer yang menarik hati

Kesedapan PULUT NYIUR IKAN MASIN mengingatkan waktu hujan





Pulut nyior ikan masin ni paling sedap dimakan pada waktu pagi terutama kena waktu tu hari hujan.. Fuh.. tak leh nak cerita.. memang sedap. Walaupun ini adalah makanan nenek moyang kita suatu waktu dahulu tapi kita still lagi menyambung warisan ini sehingga cucu cicit kita akan datang.


BAHAN-BAHAN (untuk 2-3 Orang)
3 cawan Beras pulut
separuh nyior muda yang telah diparut
ikan masin
sedikit garam
sedikit gula


CARANYA:-
tanak/ kukus beras pulut
parutan nyior tadi perlu di gaul bersama sedikit garam dan gula
goreng ikan masin

Wednesday, March 2

Apabila blueberry cheese kek bertemu aiskrim



Apabila blueberry cheese kek bertemu aiskrim beginilah rupanya. Resepi yang zue ambil tapi ditokak tambah ngan selera sendiri memang puashati sangat-sangat sebab rasanya memang sedap. Ada masam yougut, manis aiskrim dan kerangupan biskut marie nya.

Bahan-bahannya:-
80 gm biskut marie
50gm butter - cairkan

Untuk Cheesecake
250gm cream cheese
200gm whipping cream - zue gantikan dengan aiskrim
150gm yogurt plain - zue letak yogurt perisa bluberry
15gm gelatin - gantikan dengan agar-agar plain
60ml air panas
50gm jem bluberry

Caranya:-
Hancurkan biskut marie dengan mesin menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya enang untuk keluarkan. Kemudian tuangkan mentega yang dicairkan tadi ke dalam biskut dan kacau sehingga boleh digumpal dengan tangan. Tuang kedalam loyang dan padatkan. Simpan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.

Bancuh gelatin dengan air panas dengan cara double boiler untuk mengelakkan daripada berbiji-biji.

Pukul cream cheese dan gula sehingga hancur dan nampak putih gebu. Masukkan yougut dan juga aiskrim. Pukul sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang biskut tadi dan sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 2-3 jam.

Filling Aiskrim di atasnya. ( untuk resepi aiskrim nanti zue masukkan)
 

Designed By Izza sakura