Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Friday, January 29

SALTED BROWNIES CARAMEL WITH PECAN



Assalamualaikum...

Selamat Pagi.. Sekarang dah hujung bulan Januari. Azam tahun ni nak buat banyak kek, kuih dan nak penuhkan celoteh di blog ni. Tapi azam tinggal azam.. buzy punya pasal banyak kuih muih yang buat tapi tak terambik gambar.. Itu masalahnya.. Almaklum buat malam nak ambik gambar memang tak cun. Harap hari minggu je boleh bagi tumpuan.. Apa-apa pun jom kita jamu dengan resepi yang sedap tapi agak manis sedikit...



Resepi ni di ambil dari blog mat salleh... serius sedap tapi... perhh... manis... So banyak yang perlu dikurangkan untuk bahagian manisnya... huhuu.... Tapi makan ngan eskrim vanilla memang seimbang kemanisannya... Perhhh... Terbaikkk...

SALTED CARAMEL BROWNIES WITH PECAN 

**loyang 9 inci

1/2 cwn unsalted butter
150gm coklat berrys
3/4 gula castor
2 bj telur saiz A
Secubit garam
1 sk esen vanila
1 sk pes kopi
3/4 tepung gandum
1 sk esen vanila
1 cwn kacang pecan
1/2 cwn coklat chip



Caranya:
  • Caranya Panaskan oven Panaskan butter dan coklat berry menggunakan microvawe dan kacau sebati 
  • Masukkan telur dan gula kastor dan kacau 
  • Masukkan esen vanila, pes kopi dan secubit garam 
  • Kacau rata Lastly masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati 
  • Masukkan dalam loyang yg disalut dgn kertas baking 
  • Sedia dimasukkan dlm oven selama 15-20 minit Sementara tu sediakan salted karamel

 SALTED KARAMEL 

1 cwn gula 
3/4 cwn air 
2 sb mentega 
Secubit garam 
1 cwn fresh cream 

  • Dalam satu periuk kecil, masukkan gula dan air 
  • Masak sehingga ia menjadi perang 
  • Masukkan mentega,garam dan fresh cream 
  • Kacau rata Tutup api dan sejukkan sehingga likat 
  • Selepas 20 minit, keluarkan dari rak oven, dan curahkan karamel bersama kacang pecan dan coklat chip 
  • Tutup permukaan brownies dan kacang pecan tu dgn aluminium foil utk elakkan dari hangus
  • Masakkan lagi selama 40 minit atau sehingga masak 

Monday, November 2

BROWNIES KEDUT COKLAT



Jangan ingat wanita cantik tak boleh masak dan jangan ingat rupa berkedut rasa tak sedap... Huhuu... Ungkapan baru buat cik brownies kedut.. 

Rahsia nak 'mengedutkan' ia perlu pakai coklat yang berkualiti seperti coklat berry's.. (Yang zue pakai).. Pernah try coklat masakan biasa, tak cantik dan tak de kedut pun.. Kali ni try brand berry's. Alhamdulillah.. Berkedut jugak..





BROWNIES KEDUT COKLAT

sumber: juicycafe

400gm coklat berrly's (dicincang kasar)
150gm buttercup
100gm gula perang
100gm gula kastor
4 bj telur
1 sk esen vanilla
*100gm tepung naik sendiri
*30gm serbuk koko
**di ayak



Caranya;

  • Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat berryl's dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  • Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  • Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  • Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  • Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  • Tuang dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  • Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  • Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Thursday, May 15

OPERA KEK




Assalamualaikum...

Happy Besday buat suami yang sangat Zue sayangi...

Sekiranya engkau bulan maka akulah punggukmu
Sekiranya engkau Malam akulah Siangmu
Sekiranya engkau Nadi akulah nyawamu
Dan Sesungguhnya takdirku adalah tulang rusukmu..



OPERA KEK
Sumber: Azlita Masam manis

Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A

  • Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
  • Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
  • Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
  • Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.





  • Ambil 4 sudu besar adunan almond (Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
  • Ketepikan
  • Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
  • Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
  • Ketepikan
  • Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
  • Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
  • Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
  • Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
  • Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
  • Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
  • Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
  • Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.
  • Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
  • Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
  • Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream




Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste


  • Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
  • Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
  • Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
  • Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
  • Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
  • Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
  • Ketepikan

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream


  • Coklat di potong kecil atau di hiris.
  • Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
  • Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
  • Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
  • Biarkan ia sejuk dan sedikit likat 
  • Ketepikan

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.



  • Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
  • Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.
  • Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
  • Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
  • Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
  • Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
  • Ambil sekeping kek.
  • Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
  • Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
  • Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
  • Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
  • Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.
  • Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
  • Ratakan.
  • Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
  • Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
  • Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.
  • Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
  • Ratakan.
  • Kemudian letakkan selapis lagi kek.
  • Sapukan coffee syrup
  • Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
  • Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
  • Sapukan juga coffee syrup





  • Masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
  • Anggaran 1 jam.
  • Keluarkan dari peti ais.
  • Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
  • Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
  • Tuang atas kek
  • Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
  • Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
  • Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
  • Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
  • Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Saturday, September 7

KEK VELVET KUKUS PELANGI


Assalamualaikum....

Selamat malam. Alhamdulillah... kenyang makan hari ni... Baru sempat nak upload pic KEK KUKUS VELVET VERSI KAK DAYANG. Kebetulan tadi ada perjumpaan ngan ex sekolah lama zue. Kita orang plan bersantai sambil potluk so google punya google terus dapat resepi yang amat mudah ni. Kak Dayang buat cantik sangat kejadiannya, tapi zue buat sedikit tak balance putih yang di atas dan di bawah. Lagipun zue spare kaler putih sedikit jer so kalau nak buat tebal atas bawah kena simpan warna putih yang banyak barulah cantik. Apa-apa pun tq sangat-sangat kat Kak Dayang dengan resepi yang mudah dan sedap ni.



Kek Velvet Kukus Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahannya : (loyang 9" x 4.5" x 4.5")

5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
(diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam 
125 ml minyak jagung


perisa dan pewarna
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes blueberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla

Caranya :


  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. 
  • Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  • Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. 
  • Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 
  • 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee 
  • Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  • Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. 
  • Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). 
  • Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  • Bila sudah masak, sejukkan  kek terlebih dahulu sebelum dipotong. 

  • Sunday, June 30

    KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS


     
    Assalamualaikum.. 

    Selamat petang.... Semalam zue try buat kek sarang semut aka kek gula hangus.. Lega menjadi.. Tak manis sangat resepi ni. Actually dah lama nak try tapi tak de kesempatan so semalam kebetulan nak berholiday, itu yang merajinkan diri nak buatnya. Nak buat kek ni agak mudah tapi perlu berhati-hati sebab agak cerewet dengan gula yang dihangitkan takut meletup-letup terkena jari (sebab zue dah kena). Ikutkan resepi kena perap 3-4 jam tapi zue perap sejam lebih jer but still cantik lubang-lubang semut tu..
      

    KEK SARANG SEMUT AKA KEK GULA HANGUS

    Bahannya:

    1 cawan gula castor
    1 cawan air panas
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan susu pekat
    2 st soda bikarbonat
    4 biji telur
    2 sb mentega

       

    Caranya:

    • Gula dimasak dengan api yang sederhana sehingga hangus
    • Masukkan air panas dan kacau perlahan-lahan (Part ni yang kena jaga-jaga)
    • Tutup api dan masukkan mentega.
    • Sejukkan dan ketepikan
    • Pukul telur sehingga kembang dan pekat
    • Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati
    • Ayak tepung bersama soda
    • Masukkan sedikit demi sedikit kedalam gula hangus bersama telur yang dipukul tadi
    • Kacau rata dan perap selama 3-4 jam
    • Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit sehingga 1 jam

    Saturday, June 22

    STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT


     

    Assalamualaikum.. 

    Selamat petang. 

    Petang ginikan best dapat menikmati juadah enak. Tetiba zue merajinkan diri lak nak buat swiss roll. Actually zue fobia betul nak buat swiss roll sebab tak reti nak gulung. Gulungan tu menyebabkan swiss roll pecah. Punyalah lama nak buat balik...study dan study caranyer so alhamdulillah hari ni jadi pulak... Ermm pasni mereka cipta pulak ler patern swiss roll  ni... Hehehee...
     
    STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT 

    Bahannya: 

    70gm tepung gandum* ayak 
    1 cb susu tepung * ayak 
    3 biji telur (gred A) 
    60 gm gula halus 
    60ml minyak jagung 
    2 ct ovallet 
    1 ct esen vanila pewarna pilihan
    Caranya;

    • Satukan kesemua bahan kecuali minyak, whipping cream dan strawberry dan pukul sehingga sebati
    • Bila adunan dah gebu, masukkan minyak dan kaub balik sehingga rata
    • Simpan sedikit untuk mewarnakannya
    • Sedia loyang 7x 10 inci dan alas dengan kertas minyak
    • Sedia memasukkan adunan tadi kedalam loyang dan ratakan 
    • Dotkan dengan pewarna mengikut kreativiti anda
    • Panaskan oven pada suhu 175'c dan bakar selama 15-20 minit mengunakan kipas 
      


    • Pukul whipping cream sehingga kental
    • Potong buah strawberry
    • Swiss roll dah masak, terbalikkan atas plastik cling
    • Buang lapik kertas
    • Letakkan whipping cream dan buah strawberry potong
    • Gulung menggunakan plasti cling tersebut

    Thursday, May 16

    CHECKERED KEK


    Assalamualaikum...

    Selamat pagi dan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik.

    Tahun ni Zue kena paksa oleh si kakak untuk beli hadiah yang mahal dan cantek untuk 2 orang cikgu yang dia sayang. Nasib baik lah 2 orang saja kalau buat nak beli untuk semua guru kelas dia.. Jenuh.. Ni lah budak-budak zaman sekarang.. Nasib baik mak ayah kerja buatnyer mak tak kerja dan ayah kerja kampung jer.. Anak pulak ramai.. Kesiannn... kan..

    Berbalik ngan entry hari ni Zue nak share pasal KEK CHECKERED yang dibuat masa birthday 2 orang anak Zue pada hari Sabtu lepas. Si kakak lahir pada 13 Mei dan si Abang lahir pada11 Mei.. Tapi hadiahnyer kena beli 3 sebab kesian lak si kecil tu tak dapat hadiah.. Si kakak pulak nak sanggat buat besday party sebab dia nak kawan-kawan datang kat rumah. So zue buat jer lah simple-simple jer party.

     

    CHECKERED CAKE 

    Rujukan : Keikos Cake and Pastry Friends 
    Sumber: Kak Azlita Masam Manis

    KEK PUTIH 

    190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya. 
    110 gm gula castor 
    70 gm tepung gandum 
    20 gm tepung jagung 
    30 gm butter 
    20 ml susu segar 
    1 sudu teh esen vanila  
    tambah susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
    Biarkan butter mencair
    Kemudian tambahkan esen vanila. 

    KEK COKLAT 

    190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya. 
    110 gm gula castor 
    60 gm tepung gandum 
    10 gm tepung jagung 
    20 gm serbuk koko 
    20 gm butter 
    20 ml susu segar sama juga seperti kek putih susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter. 
    Biarkan butter mencair 

     KEK SPAN PUTIH
    • Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc. 
    • Alas loyang dengan kertas minyak Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga. 
    • JANGAN di sapu dengan butter. 
    • Bila dah siap, ketepikan. Panaskan oven pada suhu 190C.
    • panaskan pada suhu 180C. 
    • Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan. 
    •  Sekarang kita nak buat kek. 
    • Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. 
    • Oleh itu ikut arahan dalam resepi. 
    • Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. 
    • Biar air mendidih. 
    • Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut. 
    • Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi. 
    • Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air. 
    • Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi. 
    • Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C) Jika tiada termometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku. 
    • Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api. 
    • Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. 
    • Ia mengambil masa yang agak panjang. 
    • Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.
    • Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi. 
    • Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata. Secara perlahan-lahan sahaja (jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar) 
    • Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan. 
    • Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi. Ita tambahkan 1 sudu kecil esen vanila 
    • Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-benar sebati. 
    • Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul. 
    • Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang. Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat!
    • Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek. 
    • Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja. Letak loyang pada rak paling bawah. 
    • Bakar pada suhu 190C ( ita bakar suhu 180C ) Proses membakar mengambil masa 25 - 30 minit. 
    • Setelah kek masak terus keluarkan dari oven. 
    • Terbalikkan terus kek atas redai Proses ini untuk mengelakkan kek mengecut dan penyek akibat faktor tarikan graviti. 
    • Bila kek dah sejuk keluarkan dari loyang. 

      

    KEK SPAN COKLAT 

    • Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat. 
    • Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi. 
    • Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung. 
    • Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream 

    BUTTERCREAM 

    400 gm butter 
    230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya 
    200 gm gula castor 
    50 ml air 
    • Buttercream ni menggunakan telur. 
    • Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. 
    • Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur. 
    • Kita juga boleh tambahkan esen vanila. 
    • Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue. 
    • Mula-mula kita satukan gula dan air 
    • Masak atas dapur sehingga gula larut Dalam masa yang sama kita pukul putih telur. 
    • Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C 
    • Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi. 
    • Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku. 
    • Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh. Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk. 
    • Jika tiada termometer untuk mengukur suhu sirap jangan kuatir. 
    • Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu. 
    • Bila dah siap ketepikan 
    • Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut. 
    • Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy. 
    • Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.
    • Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter. 
    • Gaul rata. 
    • Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna. 
    • Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

     

     PROSES MELAPIS KEK 
    (Proses melapis boleh dirujuk pada blog Kak Azlita Masam Manis)

    • Kek yang telah siap di bakar kita potong bahagian atas kek 
    • Kemudian potong kek dan bahagikan kepada 3 lapisan, setiap buku kek. 
    • Hati-hati semasa memotong kerana kek sangat lembut. Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan. 
    • Oleh kerana ita menggunakan loyang yang besar (9 inc) semasa membuat kek ni, ita memerlukan 3 ring bentuk bulatan ni. 
    • Jika menggunakan loyang 7 inc ring bulat yang di cadangkan : Ring besar - 12 cm (4.7 inc) Ring kecil - 6 cm (2.4 inc) 
    • Beginilah rupanya kek yang telah di potong. 
    • Berhati2 semasa mengeluarkan kek, kerana kek yang terlalu lembut ni mudah patah. 
    • Susun kek berselang seli antara kek coklat dan kek putih. 
    • Buat hingga mendapat 6 lapisan kek Setelah siap boleh lah kita lakukan proses melapis kek pula.  
    • Mulakan dengan lapisan luar yang besar. 
    • Susun atas lapik kek. 
    • Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek. 
    • Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih. 
    • Sapukan buttercream lagi. Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain. 
    • Jika tidak dilakukan proses ini kek akan tertanggal. 
    • Ulang lagi proses yang sama berselang seli antara kek putih dan kek coklat. 
    • Selepas tu kita sapukan dan ratakan buttercream di atas kek. 
    • Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan. Rujuk rajah 2 
    • Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan. 
    • Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek. 
    • Licinkan lapisan dengan alat melicinkan kek atau spatula atau plastik keras. 
    • Beginilah kek yang telah kita ratakan dengan buttercream tadi. 
    • Simpan kek di dalam peti ais paling kurang 2 jam. 
    • Semasa menunggu buttercream mengeras dalam peti ais kita boleh sediakan Chocolate Glaze.


    CHOCOLATE GLAZE

    300 gm coklat masakan gelap
    370 gm Heavy cream

    • Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
    • Untuk Heavy cream gantikan dengan whipping cream. 
    • Panaskan cream atas dapur hingga suam.
    • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil. Kacau rata sehingga semua coklat melarut. Kemudian tapis. 
    • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
    • Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
    • Alas redai dengan tray atau dulang.
    • Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze. 
    • Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek. 
    • Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam 
    • Kek dihias mengikut kreativiti masing-masing.


    Monday, February 11

    KEK COKLAT ROYAL MOUSSE


    Assalamualaikum...

    Selamat malam dan selamat bercuti semperna tahun baru cina. Actually zue tak g mana-mana even balik kampung sekalipun pun sebab bulan 3 dah ader plan untuk bercuti luar daripada malaysia. Tapi kesian lak tengok mykids tak gi mana-mana so tadi bawalah diaorang tengok wayang Hantu Kak Limah2.. Atleast ader jugak aktiviti..

    Dah alang-alang cuti ni.. projek membaking ler jawabnyer.. Kali ni try buat KEK COKLAT ROYAL MOUSSE.. Penat jugak nak buat ni kira sehari semalam.. Kek ni ala-ala kek indulgence.. seyes sangat teramat sedap. Ia terlalu rich dengan coklat..Kalau sesiapa yang suka coklat ni memang harus mencuba.. Kalau malas nak try..tak per.. tempah jer ngan zue..(Ahaks..!)
    KEK COKLAT ROYAL MOUSSE

    Bahan2 kek: 

    (A)
    25g serbuk koko 
    75ml susu segar 
    100g kuning telur 
    75ml minyak jagung 
    90g tepung high ratio, di ayak 
    1/2 sk baking powder, di ayak


    (B )
    120g putih telur 
    1/4 sk cream of tartar 
    110g gula kaster



    Cara2 membuat kek: 
    • Panaskan oven pada suhu 180 C. 
    • Sediakan loyang bulat bersaiz 9". 
    • Satukan bahan2 A dalam mangkuk hingga sebati, ketepikan.
    • Kemudian, pukul bahan2 B hingga pekat dan bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan A tadi hingga rata.
    • Tuang adunan ke dalam loyang yang di sediakan. 
    • Bakar selama 30 - 35 minit, sejukkan sepenuhnya atas wire rack bila masak. 
    • Bahagikan  kepada 2 lapisan atau lebih.
    Chocolate mousse: 

    1 biji telur 
    140g kuning telur 
    160g gula kaster 
    40 ml air 
    500g dark cooking chocolate, cairkan 
    600ml UHT whipping cream

    Cara2 membuat chocolate mousse: 
    • Pukul sebiji telur dan kuning telur pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
    • Sementara itu, didihkan air dan gula. 
    • Tuang perlahan2 sirap ke dalam adunan telur sambil terus memutar mixer. 
    • Pukul hingga adunan sejuk. Ketepikan.
    • Dalam mangkuk yang lain, pukul whipping cream hingga kembang. Ambil 1/4 daripada cream tadi dan satukan ke dalam coklat yang di cairkan. 
    • Gaul rata.
    • Kemudian, tuang semula aduanan cream + coklat ke dalam lebihan cream tadi. 
    • Gaul rata.
    • Masukkan pula adunan telur ( langkah 2) tadi. Kaup balikkan.
    Chocolate coating: 

    100ml UHT whipping cream 
    100ml air 
    160g gula kaster 
    100g piping jelly 
    45g serbuk koko 
    2 sk gelatin + 20 ml air, satukan

    Cara2 membuat chocolate coating: 
    • Didihkan cream, air dan gula. 
    • Masukkan piping jelly, gaul rata.
    • Kemudian, masukkan serbuk koko. 
    • Tuang kedalam bekas lain sambil menapis.
    • Masukkan pula campuran gelatin dan air, gaul rata. Sejukkan hingga agak pekat sedikit baru tuang atas kek.


    Cara2 menyusun kek: 
    • Ambil satu lapisan kek, letakkan dalam loose base tin bersaiz 9" atau cake ring. 
    • Tuang 1/2 adunan chocolate mousse.
    • Kemudian, letakkan lapisan kek yang kedua, tuangkan baki chocolate mousse tadi. 
    • Tutup dan simpan dalam peti sejuk hingga mousse keras.
    • Setelah kek sejuk, tuang chocolate coating atasnya dan hiaskan ikut kreativiti.
    Time's untuk deko.. zue buatkan roses

    Ok... siap...

    Saturday, January 5

    MILLE CREPE GREEN TEA


    Selamat malam.. sambil layan Maharaja Lawak sambil  upload MILLE CREPE GREEN TEA yang dibuat petang tadi. Sebelum ni dah pernah cuba mille crepe perisa biasa. Dah jadi cantik bila nak simpan dalam peti ais tetiba tumbang.. Bayangkan.. rasa cam nak nangis pun ader..sebab silap zue gak konon2 nak buat perisa stoberi pastu pi lah campur jem stoberi mix ngan air skit so tercairlah inti kastadnyer.. Ermmm... frust sangat-sangat..rasa cam tobat tak nak buat dah. 

    Memandangkan azam baru ni nak belajar dari kesilapan...cewahhh... katernyer tu yang bersemangat balik. Google resepi yang lain lak jumpalah resepi ni.. Actually dalam resepi sebenar ni aderlah diletakkan sedikit arak tapi zue tak letak dan zue cuma tambah tepung jagung.
    CREPE MILLE GREEN TEA

    Sumber: Zen Can Cook
    Diolah mengikut selera sendiri: tarabozu2@blogspot.com

    Bahannya:

    1 cawan tepung serbaguna
    1 cawan susu cair/segar (zue guna susu segar)
    1/2 cawan air biasa
    4 biji telur (saiz A)
    4 sk mentega (dicairkan)
    2 sb tepung jagung
    2 sb serbuk green tea
    3 sk gula
    secubit garam


    Caranya:
    • Campurkan kesemua bahan tadi dan blender atau pukul sehingga sebati
    • Tapiskan dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1/2 jam
    Bahan intinya:

    2 cawan susu cair/susu segar
    6 biji telur kuning
    1/2 cawan gula kastor
    1/3 cawan tepung jagung
    1 sk vanila esen
    2 sb butter (suhu bilik)
    2 sk sunquick
    1/2 cawan whiping cream

    Caranya:
    • Campurkan susu cair/segar yang disuamkan, kuning telur dan tepung jagung.
    • Kacau sehingga sebati
    • Double boilerkan bahan tadi sambil kacau 
    • Sambil tu masukkan esen vanila, sunquick dan butter
    • Kacau sehingga pekat
    • Tutup api dan sejukkan
    • Sementara itu, pukul whipping cream sehingga bertanduk
    • Bila bahan tadi dah sejuk, masukkan whipping cream yang dipukul sehingga bertanduk dan kaup balik sehingga sebati
    • Sedia melapis
    Green Tea Crêpe Cake

    For the green tea crêpes:

    1 cup all-purpose flour
    1 cup milk
    1/2 cup lukewarm water or beer
    4 large eggs
    4 tablespoons unsalted butter, melted
    3 tablespoons sugar
    1 pinch salt
    2 tablespoons matcha powder

    1 tablespoon Cointreau or Grand-Marnier

    For the pastry cream:
    2 cups whole milk
    6 large egg yolks
    1/2 cup sugar
    1/3 cup cornstarch
    1 teaspoon vanilla extract
    2 tablespoons butter, at room temp’
    zest of 1/2 orange
    1 tablespoon Grand-Marnier (optional)
    1/2 cup heavy cream, whipped (optional)

    To serve:
    Candied orange zest (optional)

    For the crêpes:
    Combine all the ingredients by hand or in the bowl of a blender. Mix until smooth. Cover with plastic wrap and refrigerate for at least an hour.
    Place a 6-inch nonstick or seasoned crepe pan over medium heat. Using a paper towel, coat the pan with a little butter.
    Pour about 2 to 3 tablespoons of batter into the pan. Lift, tilt and rotate the pan so that the batter forms an even, very thin layer. Cook until golden. Turn the crêpe over and cook a little longer. Remove the crêpe to a piece of wax paper. Continue cooking the rest of the crêpes.





  • In a small saucepan, bring the milk to a boil over medium heat.

  • Whisk the yolks, sugar and cornstarch together in a bowl. Drizzle a quarter of the hot milk and whisk vigorously. Pour the rest of the milk and keep whisking. Return the custard to the pan and add the vanilla extract and orange zest. Place over medium heat and bring to a boil while whisking energetically for 1 or 2 minutes. The mixture will be thick. Stir in the Grand-Marnier if using.
  • Set the bottom of the pot in a ice-water bath to cool, stirring frequently so that the mixture remains smooth. Cool to 140′F (warm to the touch) and stir in the butter and the orange zest until completely incorporated. Cool and refrigerate.
  • When ready to use, place the put the pastry cream in a food processor and process for 10 seconds for the best consistency. Fold in the whipped cream if using.
  • To assemble the Mille Crêpes:
  • Lay 1 crêpe on a cake plate. Using an icing spatula, completely cover with a thin layer of pastry cream. Cover with a crêpe and repeat to make a stack of 15 to 20.
  • Chill for at least 2 hours. Serve cold. If you have a blowtorch for crème brûlée, sprinkle the top crêpe with 2 tablespoons sugar and caramelize with the torch. Slice like a cake. Serve with candied orange zest.


  • Yang bestnyer bagi kat member dapat pujian dia kater wangi dan sedap. Kalau kat kedai ni sepotong rm9-10. Sebab ari tu gi IOI Puchong lalu depan kedai crepe mille pastu dapatlah sebesar ibu jari tangan untuk percubaan...Rasernyer memang sedap sangat-sangat tu yang semangat nak try buat versi sendiri..
     

    Designed By Izza sakura