Showing posts with label ULAM. Show all posts
Showing posts with label ULAM. Show all posts

Friday, February 12

VIETNAMESE SPRING ROLL



Assalamualaikum...

Selamat Pagi.. Pagi ni sarapan Zue.. Roti canai kuah kari kambing... Perhh.. mabeles.. tapi rm7.50 sekali teh tarik... Hihiiii... mahal gak.. Dah lah tengah-tengah bulan ni.. Tak pe lah, janji sedap.. Bukan selalu.. sekali-sekala...

Hari ni Zue nak share resepi yang agak sedap buat penggemar sayur Vietnamese spring roll yang di ambil dari blog mamadee's






VIETNAMESE SPRING ROLL

Resepi daripada blog mamadee's


Bahan untuk popia
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Cara membuat popia
  • Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk     air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
  • Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
  • Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
  • Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
  • Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
  • Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara membuat sos
  • Masukkan semua bahan dalam periuk.
  • Masak sekejap sehingga gula larut.

**  Guna sos cili thai pun sedap jugak

Wednesday, January 23

KERABU MANGGA


Assalamualaikum..

Dah lunch?.. Bestkan klu lunch makan nasi bersama apa-apa jenis kerabu. Kerabu yang zue paling suka ialah kerabu mangga dan kerabu perut. Kat depan rumah punyalah banyak buah pelam jenis pelam epal. Kebetulan pokok tu kepunyaan jiran sebelah rumah. So semalam jiran bagi buah pelam ni punyalah banyak. Tapi pelam ni dah sedikit masak. Kalau yang tak masak lagi cun untuk buat kerabu. 

Kerabu yang zue buat ni, zue sagat ngan penyagat sebab tu potongan dia agak sedikit halus dan kecil. Kalau nak cantik potong pelam ni secara memanjang. Baru puas makan. Aper-apa pun resepi ni memang sedap. 
Bahannya:

1 biji mangga (kalau yang muda memang cun)
3 sb sos nampla
3 biji cili padi
3 biji bawang merah 
1 biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
1 gengam kacang tanah yang dah masak
**klu letak daun ketumbar pun sedap baru ori ala Thai
Caranya:
  • Mayang bawang merah dan potong lada jarum bersama buah tomato
  • Potong mangga secara memanjang (zue sagat)
  • Gaul kesemua bahan sambil masukkan sos nampla dan sedikit garam bersama gula.
  • Lastly masukkan kacang tanah
  • Kacau sehingga rata dan sedia dimakan

Wednesday, June 20

SOLOK LADA

Assalamualaikum...

Pagi ni zue nak mengentrykan SOLOK LADA yang zue buat minggu lepas kebetulan ari tu posa ganti yang tak abis lagi.. biasalah last minit punya ganti... Klu posa rasanya semua nak makan. Bukannyer tak der jual SOLOK LADA kat kedai nasi kerabu kelantan tapi saja teringin sangat nak buat. Rasanyer klu buat lagi puas hati kan...
Bahannya:

7-10 biji lada yang saiz besar (zue campur lada merah dan lada hijau)
5 ekor ikan selayang/kembung (zue pakai ikan kembung)
1/2 cm halia ~ tumbuk lumat
2-3 ulas bawang merah 
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Caranya:

  • Lada dibelah dua dan dibuang bijinya
  • Ikan di ambil isinya dan dibuang tulang
  • Masukkan isi ikan, bawang dan halia dalam blender kering dan blend sehingga lumat (sekiranya penuh blendkan sedikit-sedikit sehingga habis)
  • Keluarkan dari blender sedia digaul bersama kelapa parut, garam dan gula sehingga sebati.
  • Ambil lada dan sumbatkan dengan bahan yang digaul rata tadi.
  • Kukus sehingga masak (cara zue kukus adalah masukkan cili yang disumbat bahan tadi dalam kuali dan curahkan sedikit pati santan dalam kuali) ~ supaya solok lada sedikit berlemak.

 

Designed By Izza sakura