Assalamualaikum...
Selamat Pagi.. Pagi ni sarapan Zue.. Roti canai kuah kari kambing... Perhh.. mabeles.. tapi rm7.50 sekali teh tarik... Hihiiii... mahal gak.. Dah lah tengah-tengah bulan ni.. Tak pe lah, janji sedap.. Bukan selalu.. sekali-sekala...
Hari ni Zue nak share resepi yang agak sedap buat penggemar sayur Vietnamese spring roll yang di ambil dari blog mamadee's
VIETNAMESE SPRING ROLL
Resepi daripada blog mamadee's
Bahan untuk popia
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang
Cara membuat popia
- Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak.
- Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
- Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi.
- Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
- Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
- Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.
Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk
Cara membuat sos
- Masukkan semua bahan dalam periuk.
- Masak sekejap sehingga gula larut.
** Guna sos cili thai pun sedap jugak
No comments:
Post a Comment