Assalamualaikum...
Selamat tengahari.. Korang masak apa hari ni?.. Mesti yang duk kat umah tu masak best-bestkan... Best jugak jadi surirumah ni. Macam Zue kerja ni ambik konsep masak untuk seminggu terus pada hari Ahad. Hambik ko tak yah fikir. Terus frozenkan je. Time nak makan baru panaskan. Ye lah sampai kat rumah dah pukul 7. Balik rumah memang penat sebab mengadap jem tiap-tiap hari... Adus.. bilalah lah nak bersara ni...
Hari ni nak share resepi yang sebulan sudah.. Kui..Kui..Kui.. Biasalah buat pekasam dulu baru best skit. Resepi hari ni Roti Pizza Stick. Sebijik rasa macam kat Pizza Hut. Resepi ni di ambil daripada Fb (MAHN).. Halal ye buat yang share resepi ni.. Sory tak tahu nama...
ROTI PIZZA STICK
Bahan Doh:
Bahan Doh:
3 1/2 cawan tepung gandum
2 st yis
1 1/2 cwn air suam
1 st gula castor
2 sb susu tepung
1 1/2 st garam
3 sb olive oil
Caranya:
- Campur gula dan air suam.
- Masukkan yis dan biar berbuih selama 5 -15 minit
- Satukan tepung, garam, susu tepung dan olive oil.
- Masukkan air yis yang dah berbuih
- Uli doh sampai sebati
- Dah siap uli, gelek doh leper doh menjadi segi empat dan masukkan dalam tray (ikut saiz loyang)
- Sebelum tu sapu tray pembakar dengan olive oil dan letakkan doh yang dah di gelek
- Potong dalam anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung dengan mengunakan cutter pizza
- Perap selama 40 minit dengan menutup plastik cling
- Cukup selama 40 minit, panaskan oven 1800cc dan bakar selama 15 minit.
- Sapu roti dengan topping dan tabur cheese parmesan.
- Bakar selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment