Showing posts with label KUDAPAN. Show all posts
Showing posts with label KUDAPAN. Show all posts

Tuesday, October 4

UBI KAYU CELUP TEPUNG AKA KAKI AYAM



Assalamualaikum...

Pernah makan goreng ubi kayu celup tepung tak?.. Biasa orang terengganu panggil goreng kaki ayam. Nape ek.. panggil kaki ayam?.. Rasanya bentuk memanjang ala-ala potongan kaki ayam kut... huhuuu... Tapi nak bagitau ini kira kudapan paling sedap sambil tengok tv. Ralit tau makna kaki ayam ni. Tengok timbangan berat boleh naik oooo... tak leh makan banyak walaupun sedap... huhuuu.. Kalau nak lagi sedap letakkan perisa kari ke..bbq ke... serbuk cili ke... serius memang tak cukup...


UBI KAYU GORENG AKA KAKI AYAM

Bahannya:

Ubi kayu (potong memanjang kecil)
2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sk air kapur
1 sk garam
sedikit secubit rasa
Air (agak-agak)

minyak untuk menggoreng




Caranya:
  • Gaulkan bahan tadi dengan sebati di dalam satu bekas kecuali ubi kayu yang dipotong tadi
  • Panaskan minyak dan masukkan ubi satu persatu
  • Bila agak garing angkat dan tos kan

Friday, July 3

PAI TEE... Ala- ala CRS



Assalamualaikum...

Hari ni 3 Julai 2015 bermakna sudah 16 hari kita berpuasa dan tinggal lagi 13 hari kita akan menyambut syawal... Alamak raye nak dekat... Persiapan apa pun tak de ni.. Alamakkk.. Esok cuti sabtu harus kena keluar cari baju raya budak-budak.

Berbalik pada resepi hari ni. Minggu lepas Zue try buat pai tee. Gigih gi kedai bake wit yen beli acuan dia dengan harga rm13.90 termasuk gst. Alhamdulillah dah boleh buat. Nak buat kulit dia kena ada cara tersendiri sebab masa nak keluarkan kulit dari acuan tu kena perlahan dengan menggunakan lidi takut terkoyak.


PAI TEE



Bahan Kulit Pie Tee:

4 sb tepung gandum
3/4 cwn tepung beras
3/4 cwn air
1 biji telur
secubit garam
sedikit lada sulah
sedikit air kapur
gula dan bahan perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara;

  • Ayakkan tepung-tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
  • Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
  • Peramkan adunan selama 20 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang dalam 
  • Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
  • Celupkan calung pie dalam adunan separas 3/4 dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. 
  • Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
  • Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.




Bahan Inti:

3 sb minyak masak
3 ulas bawang putih dicincang kasar
300 gm isi udang di cincang kasar
i biji sengkuang diparut kasar
1 biji lobak merak diparut kasar
1 biji timun diparut kasar

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. goreng sehingga udang masak. Tutupkan api.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata. Ketepikan.

Sunday, June 24

POP CORN BERKAREMEL buatan sendiri

Rupanya nak buat POP CORN sendiri dirumah adalah lebih mudah dan kosnyer pun amat murah. Bayangkan zue beli biji jagung dengan harga rm2.19 (siap bagi jumlah lg tu) sebanyak 0.438gm di pasaraya OTK dengan hanya ambik suku daripada biji jagung ni dan boleh dapat sebanyak 1 periuk besar..Puas makan. 

Lepas tu nak buat karemelnyer pulak bagi zue yang suka agak manis bercampur sedikit masin dan ader lemak lemak gitu, zue akan tambahkan gula, sedikit garam dan butter bagi lemak-lemak manis gitu..

POP CORN BERKAREMEL

Resepinya:

2 senduk kecil jagung
1 senduk kecil gula
2 sb buttercup
secubit  garam halus

Caranya:
  • Masukkan butter pada periuk dan panaskan atas api
  • Masukkan jagung dengan api yang sederhana
  • Tutup dengan tudung periuk
  • Tunggu sehingga bunyi 'POP' 'POP' dan sehingga tiada bunyi
  • Tutup api
  • Dalam periuk lain sapukan sedikit butter masukkan gula bersama sedikit garam dan kacau sehingga menjadi warna perang
  • Masukkan sedikit air supaya ia tak terlalu pekat dan kacau sedikit
  • Masukkan jagung tadi dan kacau sehingga rata
** Ada sesetengah orang letak madu tapi zue tak letak..



Model tak berbayar yang pertama kata sedaplah mama...

Model kedua lak kata...tak cukup ni mama...nanti buat lagi tau.. kita buka langgan Astro first sambil kita makan pop corn ni...

En Hubby lak kata.. Apa kata kita gi tengok wayang kita buat pop corn sendiri dari rumah pastu kita bawak ... save budget... ^__^  
 

Designed By Izza sakura