Assalamualaikum...
Pernah makan goreng ubi kayu celup tepung tak?.. Biasa orang terengganu panggil goreng kaki ayam. Nape ek.. panggil kaki ayam?.. Rasanya bentuk memanjang ala-ala potongan kaki ayam kut... huhuuu... Tapi nak bagitau ini kira kudapan paling sedap sambil tengok tv. Ralit tau makna kaki ayam ni. Tengok timbangan berat boleh naik oooo... tak leh makan banyak walaupun sedap... huhuuu.. Kalau nak lagi sedap letakkan perisa kari ke..bbq ke... serbuk cili ke... serius memang tak cukup...
UBI KAYU GORENG AKA KAKI AYAM
Bahannya:
Ubi kayu (potong memanjang kecil)
2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sk air kapur
1 sk garam
sedikit secubit rasa
Air (agak-agak)
minyak untuk menggoreng
Caranya:
- Gaulkan bahan tadi dengan sebati di dalam satu bekas kecuali ubi kayu yang dipotong tadi
- Panaskan minyak dan masukkan ubi satu persatu
- Bila agak garing angkat dan tos kan
No comments:
Post a Comment