Tuesday, November 8

JUS LIMAU MADU..ori punya..!!



Kali ni zue cuti agak lama di kampung sebab baby sitter ada buat majlis kawin anaknyer.. so zue tak nak kacau program sebelum kenduri baby sitter.. dan terpaksalah zue ambik cuti agak lama kali ni (sampai habis dah cutiku).. Memandangkan rumah kampung zue ni ada halaman yang luas so ayah zue suka menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran..antaranya adalah pokok buah limau.. 
Buah yang masih lagi hijau dan kecil.. tidak sesuai dipetik..

Buah limau ni dikenali sebagai limau madu atau limau langkat.. ia memang banyak jus yang tidak berasid. Memandangkan hari ni hari hujan so jusnya tidaklah terlalu manis atau terlalu tawar..
Mmmmm... memang sedap terutama bila diminum jusnya yang baru dipetik daripada pokok.. lebih sedap daripada air twister lagi tau...original katakan...
Jom zue share cara pembuatan jus dengan cara zue sendiri (cara manual)

Bahan-bahannya:-
6 biji buah limau
gelas
Penapis

Cara-caranya:-
Tapis buah secara manual..apalagi guna penapis yang kat dapur tu lah.. tapi kalau nak perahkan terus pun tak per.. Leh terasa serdak-serdaknyer tu..(ala-ala twister gitu)..Last sekali baru buang biji limau tu.. Tak payah bubuh gula dah manis secara semulajadi.. Rasanya manis ala-ala buah gitu..tapi kalau nak sedap masukkan ais (zue tak letak memandangkan hari ni hujan lebat..agak tak sesuai untuk letakkan ais).. Kemudian apa lagi.. minum sampai abis...huhuhu

Monday, November 7

CARROT WALNUT CHEESE KEK versi II



SALAM AIDIL ADHA 
buat semua pembaca Journey to great cuisine....
hari ni adalah hari raya yang kedua zue beraya di kampung kat Terengganu.. Memang agak seronok.. almaklum balik kampung sendiri.. so sebelum zue balik ari tu.. terfikir gak nak bawa buah tangan apa nak buat balik.. Last-last zue pilih nak buat 2 biji kek iaitu..karot cheese kek ngan marble cheese coklat kek.. Rasanya karot cheese kek ni zue dah try banyak kali dan banyak resepi yang zue buat sebab kek ni memang peberet zue. so kali ni zue try buat resepi dari mat gebu pulak.. dan adalah zue tambah dan kurangkan sedikit mengikut selera zue..
Uols tau.. antara banyak-banyak resepi karot kek, resepi ni paling sedap.. dia agak moist dan gebu.. mungkin kerana zue perahkan dulu air karot yang di sagat dan tekstur keknya jadi ringan dan gebu.. Lagipun zue guna loyang spring form saiz 9 inci so ia agak besar dan tak terlalu tinggi dan apabila ia masak, ia agak serata tak seperti sebelum ini bila ia masak, keknyer agak sedikit berkerak.. tapi yang ni tak berkerak selain daripada tu juga, mungkin zue tambahkan ovellet..so tekstur kek agak lembut sangat-sangat..
SUMBER: CMG 

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum*
1 ct baiking powder*
1/2 ct soda bikabonat*
1/2 ct garam halus*
1 st serbuk kayu manis*
* di satukan dan di ayak
2 biji telur gred A (Zue pakai telur bred B 3 biji)
3/4 cawan minyak jagung
1 sb ovellet
3/4 cawan gula halus
2 cwn lobak merah di perah air nya
1/2 cwn walnut dicincang kasar
1/2 cwn buah kismis 


CARANYA;-

  • Panaskan oven dan lenserkan loyang ukuran 9 inci dengan sedikit minyak dan juga letakkan kertas minyak.
  • Dalam bekas lain masukkan telur, ovellet,minyak jagung dan gula. Kacau dengan whisk sehingga gula hancur dan sebati.
  • Masukkan bahan-bahan di ayak tadi dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Masukkan carrot yang diparut tadi bersama kacang walnut dan buah kismis kemudian gaul perlahan-lahan.
  • Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan 160c.
  • Sejukkan sebelum di sapu cheese.
CREAM CHEESE UNTUK TOPPING

100gm mentega
125 gm cream cheese
1 ct esen vanila
1 1/2 cb gula aising (ayak)
1/2 cwn whipping cream
  • Putar cream cheese dan mentega sehingga sebati
  • Masukkan gula, whipping cream dan aising wanila dan putar sehingga gebu dengan kelajuan sederhana.
  • Boleh disapu atas kek.

Tuesday, November 1

Resepi APAM POLKADOT versi LADYBIRD tapi terhasil PUTU AYU


Aikk.. Pelikkan.. Ape cite si Zue ni..tetiba buat tajuk cam tu.. Haaaa... ni lah Zue nak habaq mai sat.. Kemarin dulu ada orang order Apam Ladybird 30 biji..Untuk adunan apam polkadot ni leh dapat lebih kurang 65 biji++ untuk telur gred AA..Tak kan nak buat kot yang selebihnyer.. Isshh.. nak ulang buat kalau saja-saja untuk makan malas lak.. Almaklum nak buat sebijik-sibijik ni Loteh gak tu Den..Pastu simpan jer dalam peti ais..Fikir untuk esok..kalau rajin buat lagi.. kalau tak rajin, simpan jer dalam tong sampah..hihihi


Esoknyer bangun pagi.. tetiba teringin nak buat Apam putu Ayu..Kebetulan lak kelapa parut yang muda ada dalam peti ais (still elok lagi walau yang semalam) - lebihan buat sagu kelapa.. Terus tanya jer tok guru Zue yang bernama Mr Goggle...Jumpalah resepinyer.... Aik sama jer cam resepi apam polkadot..bezanyer dari segi sikit atau banyak bahan-bahan dalamnyer..Jom terjah kedua-dua resepinyer...

APAM POLKADOT

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar/susu cair/santan segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling coklat)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling coklat secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
RESEPI PUTU AYU
Bahan-bahan
220 gm tepung
5 biji telur
250 gm gula
1 sk baiking powder
1 sk ovallet
150 ml santan/ susu cair /susu segar 
1 sudu teh pewarna
sedikit tepung ubi/tepung jagung 
(sebagai gam untuk lekatkan kelapa parut pada apam)
sedikit kelapa parut + secubit garam


CARA-CARANYA:-
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali kelapa parut. Kacau sehingga sebati.
  2. Gaulkan kelapa parut bersama garam dan masukkan sedikit air bancuhan tepung ubi/ tepung jagung
  3. Masukan kelapa parut tadi ke dalam acuan putu ayu, tekan supaya padat. 
  4. Kemudian masukkan adunan yang telah dipukul sehingga sebati.
  5. Kukus selama 15-20 minit.
Sekarang cuba korang nilai... samakan resepinyer tapi adalah skit-skit yang tolak tambah bahan-bahan dalamnyer..so terhasilah APAM PUTU POLKA (Versiku...huhuhu)  >_<

Friday, October 28

CUP CAKES coklat tipis yg langsung tak muak..

Assalamualaikum..
Salam Pagi Jumaat..


Dah lama teringin nak makan cup cakes yang toppingnyer coklat ganache.. Kebetulan ari tu pergi kenduri doa selamat dirumah sepupu En.Hubby semperna nak ke mekah.. Secara Kebetulannya, dihidangkan cup cakes.. Rasanya memang sedap dan tak muak langsung even makan 3, 4 bijik.. teringat-ingatlah pulak..So balik tu zue try godek-godek dalam mr goggle nak cari resepi yang rasa ala-ala sama ngan kek yang zue makan ari tu (lupa lak nama blognyer).. Tapi dalam 2 minggu gak duk peram resepinyer.. tak sampai seru lagi nak buat.. Tetiba ari ni terlebih rajin so.. apa lagi.. try lah..

Actually kelebihan cup cakes yang zue buat ni tak muak sebab zue tak gunakan butter langsung.. dia punya coklat agak tipis sebab nak cover ngan coklat ganache sebagai toppingnya.. Tekstur cup cakes ni pun agak gebu macam sponch kek.. Bila makan memang terasa ringan je dimulut.. memang sedap..

2/3 cawan marjerin
1 1/2 cwn gula kastor
1 cmt esen vanila
2 biji telur
2 1/2 cmt baiking powder
1/2 cmt soda bikarbonat
3 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1/4 cwn air
1 cmt serbuk koko

Caranya:-
  • Ayakkan bahan-bahan kering tadi seperti tepung gandum, soda bikarbonat, baiking powder dan serbuk koko.
  • Pukul marjerin dan gula denga speed yang tinggi sehingga kembang
  • Masukkan esen vanila bersama telur sebiji demi sebiji
  • Rendah speed masukkan bahan-bahan kering berselang seli dengan susu cair.
  • Bila dah sebati stopkan mixer
  • Masukkan dalam bekas cup cakes/muffin
  • Bakar pada suhu 180c dengan turbo fan atau 200c untuk oven tanpa turbo fan.
  • Sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.. 
Resepi topping ganache:-

Whipping cream
mentega
Dark coklat masakan jenama berryl's

Caranya:-
Campurkan kesemuanya didalam periuk dan masakkan sehingga coklat berryl's cair (bukan sehingga mendidih). Kemudia sejukkan.. Bila sudah sejuk masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam.. Sedia dipiping atas cup cakes..

Monday, October 24

MUFFIN YOGURT dan MANGGA


Tetiba tekak ni teringin nak makan muffin.. saje try buat muffin yang berasaskan yogurt dan campuran buah mangga yang kebetulan duk tersimpan di rumah.. So zue guna bahan-bahan yang sedia ada dirumah untuk menghasilkan muffin.. Zue paling suka kalau dalam muffin/kek/apam bila diletakkan yogurt.. ia akan sedap dan begitu lembut. Begitu juga dalam penghasilan muffin ni memang gebu dan sedap..

Zue sharekan resepi yang zue ambik daripada sebuah blog Nasi Lemak Lover dan ditranslatekan kepada bahasa malaysia..  
BAHAN-BAHAN:-

**12 muffin
125 butter (unsalted butter)
150 tepung gandum
110 gula castor
200gm buah mangga (dipotong berbentuk kiub)
100gm yogurt (perisa biasa)
2 biji telur (saiz sederhana)
1 tsp baiking powder
1/2 tsp baiking soda
1/4 tsp garam
CARANYA:-

  1. Pukul butter, garam dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati
  3. Ayakkan tepung gandum, baiking powder dan baiking soda dan masukkan ke dalam adunan tadi bersama yogurt. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan mangga yang dicincang tadi dan kaup balikkan adunan tadi.
  5. Sudukan ke dalam mangkuk muffin dan atasnyer letakkan sedikit mangga yang dicincang tadi.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 25 minit atau sehingga muffin keperangan.

Teksturnyer agak lembut dan gebu.. memang sedap sangat-sangat
makan pada waktu petang bersama air kopi atau teh.. Perhhh...

Saturday, October 22

PUDING ROTI BERKASTAD..

Dah masuk musim hujan ni..pagi cerah, petang hujan..sib baik ari ni ari cuti.. Leh lak menqada' tido banyak-banyak.. Tapi tak leh nak lama-lama memandangkan banyak 'tugasan' menanti di dapur dan di rumah.. Adoyai.. inilah perempuan, ibu dan isteri.. kira 3 dalam satu lah tu.. saja je nak menceceh ni.. sebab tak de idea ni.. 

Hari ni zue malas nak masak sebab hubby ajak makan steamboat kat seoul garden.. dah lama tak makan kat situ.. dia punya steamboat macam-macam ader.. memang puas hati pergi sana daripada steamboat tempat lain. Puding Roti Berkastad ni zue buat semalam sebelum tido.. Actually ni adalah resepi daripada kak Nani Blog Model 80-an. Memang zue sangat-sangat suka blog dia sebab dia banyak bercerita kehidupan harian dia dengan anak-anak dia yang berjaya.. dia lak memang pandai masak dan tak kedekut ilmu.. Roti puding berkastad ni adalah resepi yang paling sedap antara resepi yang sama zue pernah ambil dan buat dalam internet ni..Agaknyer gabungan whipping cream dan roti butter scotch yang digunakan dalam resepi ni yang menjadi  teramat sedap kot!... Try lah kalau tak percaya..


Bahan-bahan:-
Roti 10 keping (nak sedap guna roti butter seperti butter scotch)
2 cawan susu full cream
2 cawan whipping cream
1 cawan gula
6 biji telur
1 tsb esen vanila
4 tsb butter
kismis (agak-agak)
1 tsb serbuk kayu manis
badam cincang (agak-agak)
Caranya:
  1. Sapukan butter pada dasar mangkuk kaserol/loyang
  2. Susun roti di atasnya.
  3. Pukul telur sehingga sebati dan ketepikannya.
  4. Tuangkan bancuhan seperi susu, whipping cream, gula, esen vanila dan telur yang dipukul tadi. 
  5. Biarkan roti kembang selam 30 minit.
  6. Selepas kembang, taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka letakkan sedikit brown sugar.
  7. Taburkan sedikit badam cincang. (zue sj letak)
  8. Panaskan oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 160c
Kuah kastad 
bahan-bahan:-
1 liter susu full cream
gula secukup rasa
tepung jagung (agak-agak untuk likatkannya)
1 sk esen vanila


caranya:
Panaskan susu full cream bersama gula mengikut manis yang diingini.
Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan esen vanila
kacau sehingga halus dan likat
sejukkan

Friday, October 21

Jom pekena JUS MANGGA...



Saja nak perabiskan stok mangga yang dah nak sedikit buruk.. daripada buang gitu saja baik buatkan jus mangga.. Uols pernah minum jus mangga tak?.. Tetiba teringat kat air mangga gelas besar di Bukit Tok Beng, Seberang Takir.. Kat situ macam-macam jenis air buah ader.. Nak mix apa-ape jenis buah pun boleh.. Bila Zue pergi sana mesti Zue akan pilih air buah mangga mix ngan air durian belanda.. Memang yummy.. Tak delah pekat sangat dan tak delah pulak cair sangat.. Gelas lak suka hati nak pilih saiz apa.. S, M,L dan XL.. XXL pun ader tau.. Harga takdelah mahal sangat..berpatutan.. Kedai tu siap masuk rancangan Warung Kita lagi... Lepas tu sekarang dah tumbuh banyak lagi gerai-gerai air buah campuran di Seberang Takir.. pastu berjangkit lak kat kampung-kampung lain di Terengganu. Pendek kata, kalau pergi Terengganu jangan lupa cari kedai Air Buah Gelas Beso.. (Ishh.. tak sabo lak nak balik ganu raya haji ni)

Ok.. Entry ari ni zue nak sharekan resepi mudah, ringkas dan murah ni.. JUS MANGGA..


Bahan-bahannya:-
2 biji mangga masak (Jangan ambik yg buruk dah ler..)
3 cawan air (Kalau tak nak jus ni pekat.. lebihkan air)
4 sb gula kasar (lebihkan gula kalau air dilebihkan)
3-4 ketul ais batu
sedikit susu cair (untuk lemakkan jus tadi)


Caranya:-
Potong buah mangga kecil-kecil dan masukkan ke dalam blender.. Masukkan sekali air, gula dan ais batu.. Kasi blend sehingga hancur. Tuangkan dalam cawan dan atasnyer titikkan susu cair (agak-agak). Sedia diminum terus..
 

Designed By Izza sakura