Saturday, November 19

APPLE PAI versi omputeh....

Assalamualaikum...


Zue pernah makan Pai Epal yang original versi omputeh.. memang sedap  so zue buat ler research dalam youtube versi omputeh punya pai epal...

Comform memang sedap tau.. Masa bakar satu rumah berbau wangi butter dan serbuk kayu manis.. bila dah masak tak sabar-sabar nak makan.. mula-mula tu makan rasa macam terlebih serbuk buah pala.. Anyway simpan sikit nak bawa opis esoknyer.. konon-konon nak bekpas ala mat salleh ler.. ade lah sorang dua member yang makan.. diaorang  puji..seeedap!.. bila zue rasa untuk kali ke-2, rasa terlebih serbuk buah pala tu dah hilang.. memang cukup rasa..atau kata lain sodap sangat-sangat.. kalau nak best lagi, makan dengan aiskrim atau letakkan sedikit jem apple..jom try!
Kulitnya:

          2 cawan tepung gandum
          1/4 cawan gula
          secubit garam
          1 cawan butter yang sejuk
          1/3 cawan air sejuk (masukkan ketulan ais dalamnya)
          sedikit kuning telur

Caranya:-


  • Masukkan tepung gandum bersama gula, garam dan butter dan pukul sehingga sebati
  • Gunakan tangan dengan masukkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil diuli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk
  • Buatkan 2 adunan bulat dan masukkan dalam plastik wrap 
  • Masukkan dalam peti ais selama 20 minit
  • Keluarkan 1 adunan dan canai mengikut saiz loyang 
  • Canai nipis adunan doh dengan menekankan rapat sambil dibentukkan seperti ombak disekeliling acuan pie.
  • Cucuk atas pie dengan garpu beberapa kali supaya wap dapat keluat semasa pie dibakar.
  • Panaskan oven selama 5 minit
  • Masukkan inti apple tadi 
  • Di atas inti tadi letakkan kiub butter yang dipotong kecil-kecil
  • Ambil 1 lagi adunan dan canai mengikut citarasa sendiri macam zue potong dengan pisau adunan tersebut dan letakkan sebagai penutup atas dengan berselang-seli (ala-ala tikar tak jadi gituuu..~ malas nak anyam..)
  • Sapukan kuning telur atasnya
  • Masakkan selama 40-45 minit dengan suhu 200c bergantung pada oven masing-masing




Bahan untuk intinya:-
          6 biji epal hijau
          3/4 cawan gula
          secubit garam
          1/4 cawan tepung kentang (guna tepung jagung pun boleh...)
          1/2 sk serbuk buah pala (ground nutmeg)
          1/2 sk serbuk kayu manis (ground cinnamon)
          1 sk jus limau
          2 sb butter (guna buttercup) di potong berbentuk cube kecil-kecil


Caranya:
  • Kupas epal hijau dan potong secara nipis-nipis
  • Masukkan epal tadi ke dalam periuk bersama gula, garam, serbuk pala, serbuk kayu manis dan jus limau dan gaulkan dengan menggunakan api yang perlahan 
  • Kacau sehingga epal tersebut sedikit layu.
  • Lastly masukkan tepung kentang dengan sedikit bancuhan air ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga sedikit pekat
  • Sejukkan

Sumber daripada youtube betty's homemade Apple Pai Recipe, dailydelicious dan beberapa sumber untuk resepi apple pai.

Friday, November 18

ROJAK KATEH???... sedap tuuuu...


Hujan yang turun bagaikan mutiara, musim tengkujuh sudah bermula? Hari2 langit asyik nangis jer..tapi ada nyamanya. Ibarat si isteri yang menangis dan selepas si suami pujuk.. hati isteri rasa sangat bahagia... udara luar ni terasa sejuk dan baunyer wangi jer selepas turunnya hujan.. dan lagi menarik bila snap photo lepas hujan, especially snap titisan air di atas daun yang nak jatuh ke bumi.

Penah dengar nama Rojak kateh tak?.. Actually Rojak kateh adalah makanan asli negeri Terengganu. Kateh bermaksud bahagian sendi atau bahagian urat-urat tertentu pada lembu. Rasanya sedap cukup manis, masin dan masam. Pendek kata semua perasanya ada. Tapi yang tak makan belacan tu tak payahlah diletakkan belacan.Belacan ni cuma untuk penambah rasa. Tapi zue memang suka letak belacan sebab lagi terasa ummpphhnyer..


Bahan asasnya:-
Daging lembu (bahagian sendi dan urat-ulat di kaki lembu/ lidah lembu boleh digunakan

kuahnya:-
Lada giling
cuka
asam jawa
air
gula melaka / gula nisan / gula merah
garam
sedikit belacan (kalau tak suka tak payah letak)


Caranya:
  • Daging lembu yang dah di bakar kemudian direbus sehingga empuk dan potong kecil-kecil
  • Dalam periuk lain, masakkan air bersama cuka, air asam jawa, gula melaka, garam dan belacan sehingga agak pekat
  • Pastikan cukup rasa masam, masin dan manis pada kuah tersebut. 
  • Masukkan daging lembu yang direbus tadi kacau biarkan sebentar sehingga menggelegak
  • Sejukkan.. (untuk lebih terasa sebati kuah dan daging tersebut, simpankan dalam peti ais semalaman dan kemudian esoknya panaskan lagi)

Wednesday, November 16

KEK MARBLE COKLAT CHEESE



Assalamualaikum..
Salam untuk pagi Rabu..
Uols bekpas kat mana ari ni?.. Zue cam biasa bekpas kat opis ler.. Emmm..best nyer kalau tak keja, duduk rumah, boleh kemas mengemas, memasak, mencuba pelbagai resepi.. tengok tv & tido! bestnyer..


Minggu lepas zue cuti seminggu, dah abis. Rasa cam sekejap jer.. tak puas bercuti. Biasa balik kampung paling lama 3 hari.. kali ni zue sapu terus 1 minggu. 


Ari tu pergilah ke pasar pagi kat kuala terengganu ni.. Tengok ada macam2 kuih yang lama dah tak makan. Apa lagi, kalah orang ngidam.. beli tu,beli ni.. sampai tak cukup tangan nak bawa balik.. tapi bila bawa balik bukannyer abis pun.. membazir jer.

Hari ni zue nak share resepi yang zue buat untuk buah tangan family zue sebelum balik kampung cuti baru2 ni.. KEK MARBLE COKLAT CHEESE.. sesuai untuk pengemar coklat dan juga cheese.


Bahan-bahannya:
Bahan A:
          180 gm butter
          20 gm Serbuk koko
          1 s/k baking powder
          120 gm Tepung naik sendiri  *ayak bersama
          170 gm gula kastor
          3 biji telur gred B1 st ovellet


(UNTUK LAYER CHEESE)
Bahan B: 
          250 gm cream cheese
          60 gm gula aising
          1 sk esen vanila
          1 biji telur gred B

  • Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan gebu 
Cara-caranya:Utk bahan A: 
  • Pukul butter bersama gula , sehingga sebati
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan tepung naik sendiri yg diayak bersama sebuk koko dan baking powder.
  • Kaup balik adunan tersebut.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian
  • Kemudian tuangkan 1 bahagian ke dalam loyang yg telah dialas ngan kertas minyak.
  • Atasnyer masukkan sebahagian cheese yang dipukul tadi.
  • Ulang lagi pada bahagian adunan tadi dan diselangkan kepada cheese lagi
  • Last sekali atas adunan tadi masukkan sedikit cheese dan putar dengan lidi atau hujung sudu untuk memarblekannyer.

Monday, November 14

TEPUNG KAPUR... sarapan pagi di Terengganu


Assalamualaikum..

Pernah makan Kuih Tepung Kapur tak?.. Kuih ni adalah makanan tradisi orang Terengganu.. Ia dibuat pada sebelah malam kemudian disediakan untuk sarapan pagi.. Ia sedap dimakan bila digaul dengan kelapa parut. Entry hari ni zue nak sharekan resepinya yang dibuat semalam.


Bahan-bahannya:-

          3 cawan tepung gandum
          2 cawan air
          1/2 keping nisan (gula melaka)
          1 sk kapur makan
          air secukupnya
          kelapa parut
          garam secukup rasa


Cara-caranya:-
  1. Masakkan nisan/gula melaka dengan air sehingga cair dan sejukkan.
  2. Didalam tepung gandum, masukkan air nisan/gula melaka tadi sedikit demi sedikit.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  4. Masukkan kapur makan yang dibancuh bersama sedikit air dan sedikit garam.
  5. Tapiskan dan masukkan ke dalam plastik putih.
  6. Rebus selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dan potong nipis-nipis dengan menggunakan pisau yang diletakkan minyak (supaya tidak melekat pada pisau ) dan potong dengan bentuk sederhana kecil (ikut citarasa sendiri)
  8. Lastly gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam dan gaulkan dengan kuih yang dipotong tadi.

Tuesday, November 8

JUS LIMAU MADU..ori punya..!!



Kali ni zue cuti agak lama di kampung sebab baby sitter ada buat majlis kawin anaknyer.. so zue tak nak kacau program sebelum kenduri baby sitter.. dan terpaksalah zue ambik cuti agak lama kali ni (sampai habis dah cutiku).. Memandangkan rumah kampung zue ni ada halaman yang luas so ayah zue suka menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran..antaranya adalah pokok buah limau.. 
Buah yang masih lagi hijau dan kecil.. tidak sesuai dipetik..

Buah limau ni dikenali sebagai limau madu atau limau langkat.. ia memang banyak jus yang tidak berasid. Memandangkan hari ni hari hujan so jusnya tidaklah terlalu manis atau terlalu tawar..
Mmmmm... memang sedap terutama bila diminum jusnya yang baru dipetik daripada pokok.. lebih sedap daripada air twister lagi tau...original katakan...
Jom zue share cara pembuatan jus dengan cara zue sendiri (cara manual)

Bahan-bahannya:-
6 biji buah limau
gelas
Penapis

Cara-caranya:-
Tapis buah secara manual..apalagi guna penapis yang kat dapur tu lah.. tapi kalau nak perahkan terus pun tak per.. Leh terasa serdak-serdaknyer tu..(ala-ala twister gitu)..Last sekali baru buang biji limau tu.. Tak payah bubuh gula dah manis secara semulajadi.. Rasanya manis ala-ala buah gitu..tapi kalau nak sedap masukkan ais (zue tak letak memandangkan hari ni hujan lebat..agak tak sesuai untuk letakkan ais).. Kemudian apa lagi.. minum sampai abis...huhuhu

Monday, November 7

CARROT WALNUT CHEESE KEK versi II



SALAM AIDIL ADHA 
buat semua pembaca Journey to great cuisine....
hari ni adalah hari raya yang kedua zue beraya di kampung kat Terengganu.. Memang agak seronok.. almaklum balik kampung sendiri.. so sebelum zue balik ari tu.. terfikir gak nak bawa buah tangan apa nak buat balik.. Last-last zue pilih nak buat 2 biji kek iaitu..karot cheese kek ngan marble cheese coklat kek.. Rasanya karot cheese kek ni zue dah try banyak kali dan banyak resepi yang zue buat sebab kek ni memang peberet zue. so kali ni zue try buat resepi dari mat gebu pulak.. dan adalah zue tambah dan kurangkan sedikit mengikut selera zue..
Uols tau.. antara banyak-banyak resepi karot kek, resepi ni paling sedap.. dia agak moist dan gebu.. mungkin kerana zue perahkan dulu air karot yang di sagat dan tekstur keknya jadi ringan dan gebu.. Lagipun zue guna loyang spring form saiz 9 inci so ia agak besar dan tak terlalu tinggi dan apabila ia masak, ia agak serata tak seperti sebelum ini bila ia masak, keknyer agak sedikit berkerak.. tapi yang ni tak berkerak selain daripada tu juga, mungkin zue tambahkan ovellet..so tekstur kek agak lembut sangat-sangat..
SUMBER: CMG 

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum*
1 ct baiking powder*
1/2 ct soda bikabonat*
1/2 ct garam halus*
1 st serbuk kayu manis*
* di satukan dan di ayak
2 biji telur gred A (Zue pakai telur bred B 3 biji)
3/4 cawan minyak jagung
1 sb ovellet
3/4 cawan gula halus
2 cwn lobak merah di perah air nya
1/2 cwn walnut dicincang kasar
1/2 cwn buah kismis 


CARANYA;-

  • Panaskan oven dan lenserkan loyang ukuran 9 inci dengan sedikit minyak dan juga letakkan kertas minyak.
  • Dalam bekas lain masukkan telur, ovellet,minyak jagung dan gula. Kacau dengan whisk sehingga gula hancur dan sebati.
  • Masukkan bahan-bahan di ayak tadi dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Masukkan carrot yang diparut tadi bersama kacang walnut dan buah kismis kemudian gaul perlahan-lahan.
  • Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan 160c.
  • Sejukkan sebelum di sapu cheese.
CREAM CHEESE UNTUK TOPPING

100gm mentega
125 gm cream cheese
1 ct esen vanila
1 1/2 cb gula aising (ayak)
1/2 cwn whipping cream
  • Putar cream cheese dan mentega sehingga sebati
  • Masukkan gula, whipping cream dan aising wanila dan putar sehingga gebu dengan kelajuan sederhana.
  • Boleh disapu atas kek.

Tuesday, November 1

Resepi APAM POLKADOT versi LADYBIRD tapi terhasil PUTU AYU


Aikk.. Pelikkan.. Ape cite si Zue ni..tetiba buat tajuk cam tu.. Haaaa... ni lah Zue nak habaq mai sat.. Kemarin dulu ada orang order Apam Ladybird 30 biji..Untuk adunan apam polkadot ni leh dapat lebih kurang 65 biji++ untuk telur gred AA..Tak kan nak buat kot yang selebihnyer.. Isshh.. nak ulang buat kalau saja-saja untuk makan malas lak.. Almaklum nak buat sebijik-sibijik ni Loteh gak tu Den..Pastu simpan jer dalam peti ais..Fikir untuk esok..kalau rajin buat lagi.. kalau tak rajin, simpan jer dalam tong sampah..hihihi


Esoknyer bangun pagi.. tetiba teringin nak buat Apam putu Ayu..Kebetulan lak kelapa parut yang muda ada dalam peti ais (still elok lagi walau yang semalam) - lebihan buat sagu kelapa.. Terus tanya jer tok guru Zue yang bernama Mr Goggle...Jumpalah resepinyer.... Aik sama jer cam resepi apam polkadot..bezanyer dari segi sikit atau banyak bahan-bahan dalamnyer..Jom terjah kedua-dua resepinyer...

APAM POLKADOT

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar/susu cair/santan segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling coklat)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling coklat secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
RESEPI PUTU AYU
Bahan-bahan
220 gm tepung
5 biji telur
250 gm gula
1 sk baiking powder
1 sk ovallet
150 ml santan/ susu cair /susu segar 
1 sudu teh pewarna
sedikit tepung ubi/tepung jagung 
(sebagai gam untuk lekatkan kelapa parut pada apam)
sedikit kelapa parut + secubit garam


CARA-CARANYA:-
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali kelapa parut. Kacau sehingga sebati.
  2. Gaulkan kelapa parut bersama garam dan masukkan sedikit air bancuhan tepung ubi/ tepung jagung
  3. Masukan kelapa parut tadi ke dalam acuan putu ayu, tekan supaya padat. 
  4. Kemudian masukkan adunan yang telah dipukul sehingga sebati.
  5. Kukus selama 15-20 minit.
Sekarang cuba korang nilai... samakan resepinyer tapi adalah skit-skit yang tolak tambah bahan-bahan dalamnyer..so terhasilah APAM PUTU POLKA (Versiku...huhuhu)  >_<

 

Designed By Izza sakura