Wednesday, June 17

KEK RED VELVET OREO BROWNIES CHEESE



Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

Dah lama sangat Zue tak update blog semenjak mengandung dan bersalin. Hari ni ada kerajinan nak update berkenaan resepi yang dibuat dah agak lama. Kek Red Velvet ni sangat sedap memandangkan gabungan oreo brownies dan cheese itu menaikkan lagi kesedapan kek tersebut. Kami makan satu family memang tak cukup. Anak kata rasa gabungan kek dan aiskrim pulak. Kalau tak caya try lah buat. Disini Zue sertakan resepinya: 

KEK RED VELVET OREO BROWNIES CHEESE

Bahannya:
4 Biji telur
1 cawan unsalted butter
1 1/2 cwn gula halus
2 st esen vanila
2 cwn koko powder
1/8 sk garam
2 sb pewarna merah
2 cwn tepung serbaguna



 Caranya: -
*satukan dan ayak 50 gm oreo hancur

Cara untuk buat brownies:-

  • Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji sebiji, diikuti dengan esen vanila dan terus pukul sehingga benar-benar rata.
  • Tambahkan pes serbuk koko bersama pewarna yang digaul tadi dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit-sedikit dan kaupbalik bagi rata.
  • Akhir sekali masuk oreo hancur, gaul rata.
  • Tuang dalam loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang dialas dengan kertas minyak yang panjang dikiri dan kanan seperti gambaran diatas dan oleskan dengan mentega.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan atas redai tanpa mengeluarkan brownies dari loyang.
  • Tuang adunan cheese (resepi dibawah) dan ratakan dengan menggunakan perata fondant serta padat-padatkan. Sejukkan 30 minit dalam peti sejuk.
  • Akhir sekali, tuang coklat yang telah dicairkan sehingga rata dan masukkan semula di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.
  • Keluarkan brownies dari peti sejuk, keluarkan juga brownies dari loyang dengan menarik keatas kertas minyak dikiri dan kanan dan potong mengikut citarasa masing-masing serta hias mengikut kreativiti anda.


Bahan untuk cheese:-

200 gm krim cheese - suhu bilik
1 sdk jus lemon
20 gm gula aising - ayakkan
200 gm oreo hancur

Cara-caranya:-

  • Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese, jus lemon dan gula aising sehingga sebati.
  • Masukkan oreo hancur dan pukul lagi sehingga sebati dan lembut.


Bahan untuk coklat :-
200 gm coklat kompound - cairkan secara double boiler

Wednesday, June 3

TAT TELUR

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan. 
Hari ni Zue plan nak masak ikan siakap 3 rasa. Rasanya kena masak 2 ekor sebab simpan untuk sahur. Nasib baik bos bagi balik awak pukul 4. Almaklum bulan puasa kat KL ni semua berlumba-lumba balik awal. Sempat jugak gi menjala ikan kat pasar jp lagi. Yang lain-lain tu zue tambah je sayur atau ulam. Yang pasti kena ada sambal belacan. 

Resepi hari ni Zue nak share tat telur yang dibuat sebelum puasa. Actually banyak betul entry tertangguh sebab tak sempat nak hupdate. Jom layan resepi ni.

TAT TELUR 

Bahannya:

1 cawan buttercup
1/2 cwn gula halus
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 cwn tepung gandum
2 sb kastad

Caranya:


  • Pukul buttercup bersama gula sehingga sebati 
  • Masukkan telur bersama esen vanila dan pukul lagi 
  • Lastly masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan masukkan tepung kastad
  • Bulatkan adunan dan masukkan dalam acuan untuk bentukkan shell


INTI (KASTAD TELUR) 

2 biji telur 
1 sk esen vanila 
1/2 cwn susu cair 
1/2 cwn air 
1/2 cwn gula 
3 sb tepung kastad 
** kacau sehingga sebati 

Caranya 1 

1- Masukkan kastad telur terus ke dalam shell yang dibuat tadi dan bakar selama 150'c selama 15-20 minit 

2- Bakar shell dulu selama 10-15 minit kemudian masukkan kastad telur dan bakar lagi selama 10-15 minit. ** saya buat yang no1

Saturday, February 14

CHEESEKUT




Assalamualaikum...  

N3 ni sebenarnya resepi yang dah lama Zue buat masa mengandung 7 bulan. Ni dah bersalin so kira agak lama jugaklah. Masa ni teringin sangat nak makan cheese. Kebetulan tengok kak Haya Babibah post kat FB dia, trus je buat jugak. Resepi asal kak Haya pakai biskut lain (lupalak nama apa) Tapi memandangkan dah 3 kedai gi cari tak jumpa jugak so main bantai jer pakai biskut yang seakan-akan dan yang ala-ala cheese jugak iaitu biskut cheese creaker. Rasanya... sedap perhhh... Jom try..




CHEEESEKUT

Bahan bahannya 

1 peket biskut cracker cheese  (nk tkr biskut lain pun x per) 
250 gm creamcheese jenama Tantura 
125gm buttercup 
1/2 cwn susu pekat manis 
1/2 cwn susu full cream dutchlady 





Caranya
  • mix creamcheese, buttercup dan susu pekat manis sehingga sebati.
  • sapu pada loyang pada lapisan yang nipis kemudian celup biskut cracker cheese dengan susu full cream sekejap dan susun sehingga menutupi loyang
  • kemudian lapiskan dengan creamcheese dengan lapisan yang nipis lapis dengan biskut yang dicelup dahulu dengan susu full creamulangi sehingga habis
  • sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais 
  • sangat sedap dinikmati sejuk sejuk.

Sunday, December 7

Tiba-tiba ngidam MELTEY HERSHEY CONFLAKES



Assalamualaikum....

Minggu lepas teringin sangat nak makan Meltey Hershey. Kebetulan dalam peti ais ada lagi whipping cream. Sos Hershey pun ada banyak lagi so apalagi...  merajinkan dirilah turun ke dapur. Biskut tak delah pulak..Ermm... fikir punya fikir adalah conflakes. Apa kata blend conflakes jadi halus mix ngan mentega untuk gantikan biskut.. Boleh lah... Nak isi perut sendiri jugak. Yang penting kreatif. So terhasillah MELTHEY HERSHEY CONFLAKES.


MELTEY HERSHEY CONFLAKES

Bahannya:

250ml Whipping Cream
125 gm Cream cheese Tatura
2 sb Susu pekat manis
**Pukul sehingga sebati

Conflakes (blend sehingga hancur)
Sedikit mentega cair
** Gaul sehingga sebati

Bahan lain:
Hershey
coklat M&M
coklat parut putih dan koko
coklat chips
coklat rice


Cara menyusun:

  • Dasarnya letakkan conflakes yang diblend dan dicampur mentega tadi
  • Lapiskan dengan sos Hershey
  • Paipkan whipping cream 
  • Ulangkan step di atas
  • Bahagian atas untuk hiasan, parutkan coklat putih dan koko, coklat rice, coklat chips dan coklat M&M

Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam dan sedia dimakan sejuk-sejuk

Saturday, November 22

KEK KAREMEL CHEESE




Assalamualaikum...

Agak lama saya tak bersiaran aka berblogging.. Almaklum berbadan dua ni malas skit nak membaking, memoto shoot dan memblogging.. Keja nak makan tido jer.. Hari tu yang entry pasal peraduan tu pun saya tak publish lagi sapa pemenangnya. Ramai yang pm saya untuk sertai peraduan tapi keadaan saya ketika itu tidak dapat membalas pm dan memilih pemenangnya terpaksalah saya stopkan dulu.

Ditambah lagi saya dah tukar pakej internet ambik prepaid so line pulak slow itu yang malas nak buat semua ni. Buat pembaca blog saya harap maaf sangat-sangat dan faham keadaan saya.

Hari ni saya nak share resepi yang agak sedap saya ambik dari rakan fb iaitu kak Haya Habibah. Sekali makan memang dah jatuh cinta. Memang sedap sangat-sangat. Jom kita tengok resepinya.

KEK KAREMEL CHEESE
Sumber: FB Haya habibah

Bahan A
100gm cream cheese
50gm butter
100 gm fresh milk
**masak kesemua bhn hingga ciz cair dan sejukkan



Bahan B
1 sdm gula dimasak dlm loyang sehingga kekuningan. sejukkan

Bahan C
3 bj kuning telo
200gm susu cair
50gm gula halus
1 st esen vanila
**kesemua bahan digaul lembut dgn senduk dan tuang dlm loyang B



Bahan D
6 bj putih telo
100gm gula halus
**pukul sehingga merinque. letak tepi


Bahan E
3 bj kuning telo
80gm tpg superfine

**pukul telo dan masukkan dlm ciz yg dimasak tadi. bila siap masukkan adunan E ke dlm D. kaup rata dgn senduk. Tuang dlm loyang susu cair tadi. Bakar secara bain marie selama 1jam 165'c. slps 20 mint kurangkan pada 50-140'c.

Thursday, July 17

KETAM TELUR ASIN



Salam Ramadhan...

Tinggal lagi 10 malam terakhir, malam yang dinanti-nantikan oleh umat islam iaitu malam Lailatul qadar. Mulai malam ni kita perbaiki diri dengan keinsafan dan kekilafan kita di atas muka bumi Allah ni. So apa kata kita bangun berqiamulai manalah tahu tetiba kita terserempak dengan malam Lalilatul qadar ni. 

Banyak sangat kejadian di hujung dunia sekarang ni dan sangat mudah untuk Allah ambil nyawa kita. Apa persiapan kita untuk bertemu dengannya?.. Ya Allah jauhkan kami dari kesibukan dunia sampai lupa urusan pentingMu.. Amen Ya Rabal Al Lamin.

Dah ada idea untuk berbuka petang ni?. Zue nak share satu resepi yang Zue dah buat semalam. Sangat-sangat sedap. KETAM TELUR ASIN... Resepinya sangat mudah tau. Jom try untuk hari ni.

KETAM TELUR ASIN

Bahannya:

4 ekor ketam
7 biji cili padi
2 tangkai daun kari
2 biji telur masin
2 sudu butter
1/2 tin susu cair
1/2 kiub ayam 
garam dan gula secukup rasa



Caranya:-

  • Bersihkan ketam dan goreng dlm minyak secara deep-fry. 
  • Asingkan bila sudah masak Panaskan butter.  
  • Tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. 
  • Pecahkan telur masin dan lenyek bahagian kuning telur yang keras  (Untuk elak daripada ia berketul-ketul) 
  • Masukkan susu cair, telur masin serta stok ayam. 
  • Masukkan juga gula dan garam. 
  • Kemudian, masukkan ketam yang telah digoreng. 
  • Biarkan seketika sehingga ketam dan kuah tadi sebati 
  • Masak sehingga ia kering kelihatan bersalut di dada ketam.



(Kalau nak buat ia berkuah masukkan sedikit air dan kacau sebentar dan biarkan ia sekejap saja kemudian tutupa api)

Sunday, July 13

AGAR-AGAR KELAPA MUDA BERLAPIS SANTAN



Assalamualaikum...

Dah ada idea menu untuk berbuka puasa pada petang ni? Kat sini Zue nak share resepi untuk pencuci mulut yang agak sedap. Memandangkan cuaca panas so ia amat sesuai dimakan pada waktu camni. 

Moh kita tengok resepinya:...


AGAR-AGAR KELAPA MUDA BERLAPIS SANTAN

Caranya:

LAPISAN BAWAH

1 Bungkus Agar-agar 12gm
900ml Air
230gm Gula
200ml Santan
200ml Susu Cair

LAPISAN ATAS

1 Bungkus Agar-agar 12gm
550ml Air
230gm Gula (Agak2 sendiri)
800ml Air Kelapa Muda
1 helai daun pandan
Isi Kelapa Muda


Caranya:

Sediakan lapisan bawah
  • Masak serbuk agar-agar, air dan gula dalam periuk sehingga larut
  • Masukka santan dan susu kemudian kacau rata
  • Tuangkan ke dalam acuan biarkan sedikit beku sebelum dituangkan lapisan atas



Sediakan lapisan atas
  • Masuk serbuk agar-agar, air dan gula dalam periuk sehinggalah larut
  • Masukkan air kelapa dan daun pandan kemudian didihkan.
  • Buang daun pandan dan masukkan isi kelapa muda
  • Lastly, cakarkan permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan lapisan atas

JOM SERTAI PERADUAN AIR TANGAN ZUHAIDA
 

Designed By Izza sakura