Thursday, August 19

Ondeh-ondeh aka Buah Melaka



Bahan-bahan:-

90gm tepung pulut

5 helai daun pandan (diblend untuk ambil airnya)

sedikit garam

1/4 keping gula melaka

1/2 kelapa parut

setitik pewarna hijau



Caranya:-

Tepung pulut dimasukkan air blend daun pandan kemuan kacau sehingga sebati. Doh jangan terlalu cair. Gaul sehingga boleh di gentel bulat-bulat. Jerangkan air panas ke dalam periuk.




Inti

Rincih gula melaka menjadi kecil-kecil. Bulatkan doh tadi sambil tekan skit menggunakan jari dan masukkan gula melaka dan gentel menjadi bulat semula dan terus masukkan ke dalam air panas.




Sediakan satu mangkuk air sejuk. Apabila ondeh-ondeh tadi sudah masak (akan terapung)angkat dan terus masukkan ke dalam air sejuk (mengelakkan daripada terlekat sesama sendiri).

Kemudian golekkan kedalam kelapa yang digaul dengan sedikit garam dan gula.
Sedia dihidang..

Wednesday, August 18

LOPEH



Bahan-bahan:-

3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam.



Tanak pulut bersama air daun pandan seperti tanak nasi.




cara membungkus dengan daun pisang



Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
½ cawan gula putih dimasak dengan 2 cawan air
1 helai daun pandan dan sedikit jintan manis
Gula larut tapis

Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air. Tapis beras pulut dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang.




Letakkan sepuluh sudu makan adunan pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama 30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut.








Tuesday, July 20

ROTI JALA






Bahan-bahan:-

Setengah Kilo Gandum
Setengah tin susu cair
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
sedikit air
Daun pandan (untuk percikkan minyak ke atas roti jala)

caranya :-



Masukkan gandum dan secubit garam ke dalam bekas. Masakkan sedikit planta (untuk mengaringkan roti jala) kemudian masukkan sebiji telor dan kacau sehingga sebati.






Kemudian masukkan air dan susu cair setengah tin dan kacau lagi. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau sehingga sebati.(Jangan terlampau pekat/cair)


Tapiskan adunan tadi untuk mengelakkan daripada corong roti jala tersumbat. Kemudian barulah kita menjala di atas dapur. Gunakan corong (ada dijual dikedai) - khas untuk buat roti jala. Teknik menjala - jangan terlalu tinggi atau terlalu rendah cara jalanya untuk mengelakkan daripada berketul atau putus-putus roti jala tersebut.



Masukkan sedikit minyak dan Jalakan di atas kuali yang rata. Sambil percikkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan pada roti jala didalam kuali bg mengelakkan daripada hangus dan melekat.


Roti jala ni boleh dimakan bersama kuah sekaya hijau, kuah serawa durian dan kuah kari.

resepi kuah sekaya hijau

Bahan-bahan

1 cawan santan pekat
gula melaka / gula pasir
secubit garam
daun pandan diblend dan diambil airnya 1 cawan.

Cara:
Didihkan air dan gula seketika
Kemudian masukkan santan dan garam
Biarkan beberapa ketika.
Sedia untuk dihidang...



-SELAMAT MENCUBA-

Friday, July 9

Lasagna



Resepi ni aku ambik daripada satu laman web. Nama resepi ni resepi garfield lasagna. Alhamdulillah first time buat kira jadi. And paling happy bila hubby puji kata best. Kat sini aku turunkan ilmu yang aku ambik untuk korang try lak.

Lasagna jenama San Remo (aku guna yg ni)- pre cooking



Bagi Adunan Cheese

Keju Parmesan. (aku guna brand Perfect Italiano)- pastikan halal



Minyak Zaitun
Telur 2 biji
Daun Basel

Untuk Sos
Sos tomato
Sosej ayam
Fudge daging (guna danging kisar ramly burger)
Frozen vegetables
Bawang besar
Oregano

Keju Mozarella perlu letak banyak untuk lebih rasa kejunya.

Caranya:-
Calitkan baking pan dengan sedikit marjerin untuk tidak melekat.
Parutkan cheese (untuk yg ketul)

Masukkan cheese yang telah diparut tadi ke dalam satu bekas. Selepas tu, telor dipecahkan untuk dimasukkan ke dalam cheese tadi. Bersama-sama itu, masukkan sedikit daun basel dan minyak zaitun (satu camca). Pukul cheese,telur dan bahan2 tadi menjadi satu adunan yang sebati seperti dalam gambar di bawah ni.


cheese yang telah diparut.



Potong bahan-bahan utama seperti daging,sosej, bawang dan veggies dan jangan terlalu kecil.



Sos tomato dimasukkan ke dalam bekas bersama2 bahan2 tadi. Masukkan sedikit sos cili. Kemudian, tambahkan dengan oregano dan gaulkan lagi hingga sebati.



Cara menyusun.

Mi lasagna disusun di dasar baking pan tersebut dan seboleh2nya cover kesemua permukaan baking pan tersebut sebab mi lasagna inilah yang akan jadi tapak kepada lasagna kita. Kemudian, tuang separuh daripada adunan cheese kita tu ke atas mi lasagna tersebut. Ratakan adunan supaya tidak terlalu tebal, dalam 0.5-1 cm.




Di atas lapisan cheese itu tadi, letakkan separuh daripada sos kita tu, dan ratakan juga kerana ia akan menjadi inti utama lasagna.



Setelah kita ratakan sos tu, taburkan keju mozarella di atas sos itu pula. taburkan sebanyak mana yang anda suka.

Ulang balik step2 di atas untuk layer kedua. Mula dengan susunan mee lasagna di atas mozarella tadi tu, diikuti dengan adunan cheese, sos dan mozarella balik.


untuk oven, sila pre-heat ke 190 darjah celcius terlebih dahulu. Bakar dalam oven untuk 30-40 minit

Tuesday, June 8

JUS ASPOKAT (Avocado)



First time minum masa aku ke Bukit Tinggi, Indonesia. Memang Best..Pastu tak sangka kat Malaysia pun ada iaitu kat Restaurant ayam penyet di curve..Rasanya memang lemak-lemak manis so aku try wat resepi sendiri. tak sangka sedap jugak!!!

Bahan-bahan:-

2 Biji buah avocado yang sudah masak
3 sudu serbuk milo
3 sudu susu pekat manis (ikut selera anda untuk manis atau kurang manis)
3 cawan air masak






caranya:-

Avocado dipotong kecil-kecil untuk diblendkan.
Serbuk milo dicampur dengan susu pekat manis dan masukkan sedikit air suam (buat pekat)
campurkan air milo kedalam jus avocado yang diblend dan kacau.
Untuk lebih sedap, masukkan ketulan ais.
Sedia untuk diminum.

Sukun Goreng






bahan-bahan:-


3 cawan tepung beras

setengah sudu kecil garam

sedikit serbuk kunyit

1 biji telor

air kosong


caranya:-


Satukan kesemua bahan-bahan tadi. Air dimasukkan ke dalam bahan-bahan tadi jangan terlampau cair dan jangan terlampau pekat. Potong buah sukun menjadi 3 segi. dan celupkan kepingan sukun tadi ke dalam bahan-bahan yang telah disatukan.


Panaskan minyak dan sedia untuk di goreng.

Monday, April 19

Kuey teow goreng

Kuey Teow goreng ni adalah menu wajib bagi kami satu family. Setiap minggu wajib bagi kami untuk makan di gerai Kuey teow. So bila dah selalu makan, rasanya dah tau sedikit sebanyak apa yang diletakkan dalam ramuannya. So kat sini zue publishkan resepi Kuey Teow goreng ala-ala air tangan zue..

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
5 batang daun kucai
sedikit kerang
10 ekor udang
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air


Cara-cara

cuci dan toskan kuey teow
blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
masukkan udang dan kerang
masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
daun kucai dipotong sepanjang setengah inci dan masukkan sekali
masukkan juga garam+perasa dan kacau rata
pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
masukkan taugeh dan kacau hingga sebati
masukkan kuey teow dan gaul hingga rata
 

Designed By Izza sakura