Wednesday, September 26

NASI MAQLUBAH (TERBALIK)


Assalamualaikum...

Pagi ni nak ajak uols menjelajah ke negara Timur Tengah. Even zue still lagi tak sampai ke negara Arab ni tapi pernah jugak makan makanan dari sana...especially NASI MUQALABAH atau lebih dikenali dengan nasi terbalik. 

Actually  zue berkenalan ngan nasi muqalabah ni dirumah mak sedara yang kebetulan dihidangkan untuk family semperna hari raya Aidilfitri.  Bila dah rasa sedap terus jatuh cinta nak buatnyer. Pastu ari sabtu lepas tiba-tiba seru nak memasak datang terus jer try buat.  
Dalam banyak-banyak resepi yang di godek dalam mr google ni terjumpalah resepi yang betul-betul ori dari negara Arab.

NASI MAQLUBAH

Sumber: Iresepi

Bahannya:


3 gelas beras Basmati atau beras Thailand Sunwhite. 

1 peket syairiyyah (vermicelli) ~ (tak letak) 

1 biji terung besar (bazinjan) 

1 ketul kentang besar 

1 bunga kobis (zahri) 

3 biji lemon (potong) 

1 biji bawang besar(potong dadu) 

1 batang kayu manis. 

Air Rempah (baharat). 

2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur) 

2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal) 

2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon) 

2 sudu besar rempah kabsah 

2 sudu besar rempah kari 
2 sudu besar rempah lada putih 
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
***kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada. 

Caranya:

BAHAGIAN (A) 
  • Basuhkan beras. Rendam beras selama 20 minit. 
  • Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian) 
  • Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air. 
  • Sementara itu panas air setengah periuk besar. 
  • Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.  
  • Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas. 
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis. 
  • Rebus ayam tersebut hingga masak. 
BAHAGIAN B
  • Kupaskan kulit terung.
  • Potong terung anggaran 1/2 inci tebal. 
  • Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak) 
  • Kupas kentang. Potong kentang 1/2 inci tebal 6. Potong bunga kobis.  
  • Panaskan minyak. 
  • Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat. 


BAHAGIAN C

  • Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.  
  • Gaul beras denga sedikit garam. 
  • Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras. 
  • Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras. 
  • Biarkan seketika. 
  • Sediakan periuk di atas api. 
  • Masukkan 1/4 campuran beras di atas. 
  • Masukkan ayam (dari sup) 
  • Masukkan 1/4 beras di atas. 
  • Masukkan terung goreng. 
  • Masukkan1/4 beras. 
  • Masukkan kentang goreng. 
  • Masukkan 1/4 beras. 
  • Masukkan bunga kobis goreng. 
  • Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis. 
  • Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.)
  • Masak di atas api sederhana atau di dalam rice cooker. 
  • Selepas masak semuanya nasi tadi, perlulah ditelangkupkan periuk tadi didalam bekas atau talam yang bersesuaian, ini kerana bersempena dengan nama maqlubah yaitu diterbalikkan atau ditelangupkan. Tapi ianya adalah adat bagi masyarakat arab untuk dihidang dan dijamah beramai-ramai. 
Di sebabkan NASI MAQLUBAH tiada kuah sebab lauk dah dimasakkan sekali dengan nasi so Zue mixkan dengan kuah dalca dan acar.

DALCA

Sumber: Potret Kasih

Bahannya:

300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)

2 batang terung panjang ( potong kecik)

6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)

1 batang karot ( potong memanjang)

2 cawan santan pekat

air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )

1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)

1 labu bawang besar ( di tumbuk)

3 ulas bawang putih ( ditumbuk)

1 inci halia (ditumbuk)

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Caranya:


  • Tumis  daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  • Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
  • Kemudian  masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak,  sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  • Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.

Saturday, September 22

BUNGA ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Assalamualaikum...

Dah dua minggu tak up date blog sebab kesibukan melanda dengan tugas harian bercampur pulak dengan line tenet slow cam siput.. Last2 zue putus angin nak upload... Kebetulan petang ni line ok jugak terus jer masuk entry yang dibuat minggu lepas.

Kebetulan minggu lepas member order kek coklat untuk besday adiknya. Dia mintak buat bunga ros daripada coklat ganache.. Ermmm... camtu yer.. tak pernah buat tapi elok jugak dicuba. So godek-godek dalam mr google jumpalah resepi ni...


ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Sumber: zachoe  

Bahannya:

120gm coklat masakan (Dark coklat)
100gm fresh cream/whipping cream (Zue guna jenama pride)

Caranya:
  • Masukkan coklat yang dihiris nipis dalam bekas tahan panas dan masukkan bersama whipping cream
  • Cairkan coklat bersama whipping cream secara double boiler (dalam bekas berisi air yang mendidih)
  • Tutup api dan kacau sehingga sebati.


  • Sejukkan pada suhu paling kurang 1 jam atau semalaman. Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti ais paling kurang 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan dengan guna speed sederhana putar ganache dari coklat gelap kepada coklat cair.
  • Boleh terus guna atau simpan dalam peti ais (freezer). Tahan lebih daripada sebulan.
  • Kalau ganache mula cair masa piping, simpan sekejap dalam peti ais untuk mengeraskan.
  • Sebaiknya buat ganache sehari sebelum melepa kek. Sebab ganache akan lebih likat bila berada dalam peti ais semalaman.



INFO TAMBAHAN:

 Ganache pada keadaan cecair begini boleh digunakan untuk dituang atas kek yang telah disapu dengan fresh cream atau buttercream. Tunggu dia suam sedikit baru dituang atas kek. Adunan boleh digandakan untuk kek 1kg (saiz 8" ke atas). Untuk ganache yang lebih licin dan berkilat, boleh tambah 1 sudu butter. 

Thursday, September 6

FRUITS CUSTAD TART

Assalamualaikum...

Ermm... pagi yang tak sibuk di opis ni sempat lagi mengupload blog. Almaklum mood untuk bekerja still lagi kureng, cuti lama katernyer.. so sekarang tengah cari balik mood ni. Atleast mood kena tunggu sebulan abis bulan syawal baru ok kut... huhuu... Alasan ni..

Jom kita jenguk resepi yang zue nak share hari ni...FRUITS CUSTARD TAT. Actually resepi ni adalah resepi yang dah banyak kali zue guna untuk buat fruits  tat. Resepi lain kureng berkenan sebab ader je yang tak puas hati. Thanks kak Azlita yang sharekan resepi ni.. 
Tart Crust / Shell

Resepi : Azita Kitchen 

Bahannya:
170gm butter
50gm gula aising 
1 biji telur Gred C 
290gm tepung gandum 
1 sudu kecil esen vanilla 
Caranya:
  • Pukul marjerin/butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla. 
  • Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  • Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
  • Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 
  • Bakar pada suhu 170'C sehingga masak.(bakar lebih kurang 20 - 24 minit) 
  • Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan (Utk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh di dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman 


Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. 


KRIM KASTARD 

Resepi:Kak Ida 1001 Resepi
Sumber : DTS, CMG

Bahan KASTARD:

1 1/3 cawan susu rendah lemak 
2 camca besar tepung kastard (bird custard)
1 camca teh esen vanilla

Caranya: 

  • Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. 
  • Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat. 
  • Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan custard berkepala pada permukaanya



TOPPING BUAH:

*Boleh guna buah segar ( dipotong kecil2)/buahan dlm tin

CARA HIAS FRUITS CUSTARD TART

    Untuk lebih senang, masukkan cream kastard ke dlm piping bag yg diletak noozle

Ambil tart shell/crust tadi, paipkan kastard secukupnya. (ada juga resepi yg letak coklat cair pd dasar tart shell sebelum dipaipkan kastard) Susun buah-buahan dan simpan di dalam peti, biar sejuk lebih sedap sebelum dihidangkan

Sunday, September 2

KEK CHEESE SALJU


Assalamualaikum..

Selamat petang.. Selamat beropen house. Semalam Zue ader buat open house khas untuk family dan jiran-jiran jer. Kebetulan en somi nak buatkan separated open house antara family dan kawan-kawan. Memandandangkan pulak ari jumaat cuti so elok jugak zue buat open house ari sabtu.. Ahad leh rehat. Alhamdulillah..selesai sudah... Menu wajib dalam open house zue ialah cheese kek so godek-godek dalam tenet jumpalah resepi kek cheese salju ala-ala kek fairlady gitu. Tapi memang sedap..

KEK CHEESE SALJU

Bahannya:

6 biji telur (2 buang putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung blue key superfine
60gm tepung jagung
50gm air dari peti sejuk
1 st baiking poeder
2 sb ovellet
75gm mentega/minyak yang dicairkan
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak/mentega cair dan putarkan
  • Putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi pekat dan putih.
  • Akhir sekali masukkan minyak/mentega cair tadi dan putar lagi sehingga sebati.
  • Sediakan acuan yang di alas dengan baiking paper dan masukkan bahan tadi.
  • Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak dengan kepanasan 150'c.
  • Bila dah masak sejukkan.
  • Potong ditengah supaya ia menjadi 2 bahagian untuk disapukan krim cheese ditengahnya.
RESEPI KRIM CHEESE

Bahannya:
250gm cheese
1 cawan susu pekat

Caranya:
  • Campurkan cream cheese bersama susu pekat dan pukul sehingga sebati.
  • Sedia di sapu pada kek

Topping

parutkan dengan coklat putih

Tuesday, August 28

OREO CUP CAKES WITH BUTTERCREAM

Assalamualaikum...

Start minggu ni jadual untuk jemputan open house penuh.. Yang syoknyer tak yah masak...huhuu.. Tak de lah jugak.. Actually Zue pun kena buat open house jugak. Permintaan en hubby nak buat 2x.. 1 sesi untuk family dan 1 lagi sesi untuk opismate dan kawan-kawan kami.. Perhh... penat tu.. dah ler tak de bibik.. Zue lah yang jadi bibiknyer.. Actually buat open house ni memang seronok sebab orang datang rumah dan rasa masakan kita.. Kalau dapat pujian tu rasa kembang kempis gak.. huhuuu... tapi tak banyak lah.. skit jer.. celah-celah kuku jer.. :P

Malam ni Zue nak upload resepi Oreo Cup Cake...

Resepi Oreo Cupcake
Asal ~Zoe Bake For Happy Kids
Bahannya:

120gm mentega
70gm gula castor
2 biji telur
1 sk esen vanila
120gm susu segar
80gm yogurt (Resepi asal guna buttermilk)
210 tepung gandum

1/2 sk baiking powder **Ayak bersama tepung
Biskut oreo yang dibuang intinya.

Caranya:
  • Lembutkan mentega pada suhu bilik
  • Dalam bowl masukkan mentega dan gula. Pukul sehingga gebu dan putih.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Panaskan susu segar dan yogurt. Kacau sehingga rata dan masukkan dalam no. (2)
  • Masukkan esen vanila, diikuti dengan campuran tepung yang di ayak tadi dan kacau sehingga rata.
  • Bahagikan dua bahagian. Satu bahagian masukkan biskut oreo yang dihancurkan dan satu lagi biarkan saja pada warna asal.
  • Sedia dimasukkan dalam cup dimana separuh dimasukkan perisa oreo dan separuh lagi plain.
  • Bakar pada suhu 18-'c dalam masa 20 minit atau sehingga masak.

Resepi buttercream


Bahannya:
80gm butter
250gm creamwell
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden syrup

Caranya:
  • Butter dipotong kecil
  • Satukan butter bersama creamwell dan pukul sehingga kembang dan putih
  • Ayak gula aising
  • Masukkan gula aising dan golden syrup ke dalam butter yang dipukul tadi dan pukul sehingga kembang dan sebati.
  • Sedia dipiping atas cup cakes.

Untuk saiz M adunan ini dapat lebih kurang 25 biji cup cakes.

Friday, August 24

KEK PINK VELVET


Assalamualaikum..

Camna raye?.. dah balik kampung ke?.. Zue baru jer sampai kat rumah mertua di Penang. Sempat lagi upload pic kek yang dibuat masa hari raya pertama baru ning. Actually nak upload kat Terengganu tapi line semput betul cam siput sedut jer.. Bila sampai jer kat Penang, dengan tiada kesabaran dalam diri ini.. terus upload tanpa peduli persekitaran sini... heheeeeheee...

Biasa Zue buat KEK RED VELVET tapi kali ni buat sedikit kelainan iaitu KEK PINK VELVET..Rasanya memang sedap dan agak gebus keknyer..
KEK RED VELVET
Resepi: Joy Of Baking
Sumber: Dari dapur CT

Bahannya:

250gm tepung gandum** Ayak
1/2 sk garam**Ayak
113gm butter / 1/2 cawan butter
160gm gula castor
2 biji telur gred A
1 sk esen vanila
Pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
Caranya:
Sediakan buttermilk terlebih dahulu
**satukan 1 cawan susu segar bersama 1 sudu makan cuka

  • Panaskan oven pada suhu 170'c
  • Sapukan loyang dengan butter (kalau ada 3 biji loyang yang sama saiz agak elok)~Zue guna loyang saiz paling kecil iaitu 10 inci
  • Dalam mangkuk satukan gula dan butter. Pukul 1-2 minit sehingga agak gebu
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang dan gebu
  • Kurangkan kelajuan, masukkan tepung yang di ayak tadi bersama buttermilk buatan sendiri dengan cara berselang seli sebanyak 3 kali.
  • Dalam mangkuk kecil masukkan soda bersama cuka tadi sehingga berbuih dan kacau cepat-cepat. Kemudian masukkan dalam adunan tadi sambil kaup balik adunan tersebut.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna merah dalam 4-5 titik dan sebatikan. Bahagian kedua masukkan 3 titik pewarna merah dan sebatikan. Dan lastly masukkan 1 titik pewarna merah dan kacau sehingga sebati.
  • Sedia dimasukkan dalam 3 biji loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.. Testing dengan cucuk dengan lidi untuk tau dah masak atau sebaliknya.
  • Sejukkan atas redai

Cream cheese frosting

Bahannya;

250gm cream cheese
115gm/1 cawan gula castor
100gm butter
2 sb susu segar

Caranya:
  • Satukan kesemua bahan tersebut dan pukul sehingga sebati dan gebusss...

Tuesday, August 14

TRIFFLE STRAWBERRY

Assalamualaikum...

Pagi ni hujan renyai-renyai di kawasan puchong.. Rasa sejuk lah.. Ermm... kalau sambung tido kan best.. Tapi hari ni kena g keja nak settlekan apa yang patut sebelum cuti panjang ni.. Tak per sabo..sabo.. lagi 4 hari jer nak balik kampung pastu.. ye..ye.. Raye ler.. Tahun ni giliran balik Terengganu.. Bahagianyer.. Pastu raye ke-5 kena pulang umah mertua di Penang.. Zue dah koling2 mak di kampung.. katernyer nak buat nasi dagang untuk raya pertama..bestnyer...Tetiba rindu jugak ketupat mak mertua...Harap-harap mak mertua still simpan...

Berbalik dengan resepi pagi ni Zue nak share puding triffle yang entah kali ke berapa zue buat. Dulu duk tengok resepi puding triffle dalam blog kak Nani Rostam.. Pastu bila dah terer buat mulalah mereka cipta Puding Triffle versi zue lak.... Apa-apa pun ni adalah dessert yang best sangat-sangat tau..Harus dicuba..

PUDING TRIFFLE

Bahannya:
Swiss Roll
Kristal Jelly
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail & nata de coco
jem strawberry
Tepung kastad
Gula

Hiasan
Whipping cream
Buah Strawberry dan buah kiwi
Caranya:
  • Susun swiss roll di dasar bekas. 
  • Tuang air dari fruit coctail dan nata de coco tadi
  • Tuangkan jem strawberry nipis-nipis pada fruit coctail tersebut.
  • Masakkan susu cair bersama gula dan tepung kastad. Kacau sehingga sedikit pekat dan tuangkan pada bekas tadi. Biarkan seketika sehingga sedikit keras.
  • Masukkan buah fruit coctail dan nata de coco tadi.
  • Lastly tuangkan jelly strawberry (zue guna jenama nona) yang dimasak mengikut sukatan pada belakang kotak tersebut.
  • Tunggu sehingga keras
  • Sedia dipiping whiping cream (zue guna jenama toppin pride) ~ sudah sedia manis tanpa perlu letak gula. 
Hiaskan buah strawberry bersama buah kiwi mengikit kreativiti tersendiri.
Letak dalam peti ais dalam sejam dua.. Pastu Ngappp... Sedapppp...!!!
 

Designed By Izza sakura