Tuesday, June 28

DONUT BALL

Teruja bila jenguk donut ball dari dapur Dayang Jack. Memandangkan hari ni hari minggu so pagi-pagi terfikir nak buatkan donut ball ni..harap-harap jadi gebu dan sodap. Bila siap alhamdulillah memang gebuss..dan sedap. dapat rasa ada sedikit manis-manis berlemak susu. Anak-anak zue pun memang suka. Saja zue simpankan sebiji sehingga petang untuk eksperiment ketahanan kelembuatannya sampai ke petang.. memang lembutnya sampai ke petang.. betul-betul puas hati..

Tapi kena pandai main api memandangkan donut ni tak boleh buka api kuat sangat..nanti hangit lak..


Resepinya:-


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+) - zue guna susu tepung anak 5 scop untuk 1/3 cwn air
  • gula saduran - guna gula aising
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-caranya :
  1. Mixerkan semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah mixer tadi termasuk yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

2 comments:

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum...gebus kan, donut ni..sedap..

Zue El Razak said...

walaikumusalam..
betul tu kak..memang gebus dan sedap sangat2..

 

Designed By Izza sakura