Saturday, August 13

My First Cookies..CRYSTAL BALL

Alhamdullillah tinggal lagi 2 minggu lebih kita nak beraya. So zue dah kena buat jadual almaklumlah orang bekerja.. balik keja memang tak leh nak buat apa.. lepas buka posa kira badan dah letih nak buat terawih alasan tak leh buat anak kecik... Lepas solat maghrib... sambil kemas rumah prepare barang2 anak untuk ke rumah pengasuh pada esok hari.. sambil layan 2 hero zue..tetiba terlelap... rasa cam sekejap jer..rupa2 nya 1 jam jugak terlena.... Bila bangun..tengok2 kapal pecah kat umah zue.. mana tak jadi harimau...zue ni..

So..kalau zue nak mengookies ni kena lah ada jadualnya..tak leh kacau hari keja.. kena buat weekend.. kira jadual zue ni.. minggu ni dah kena buat cookies..minggu depan beli saki baki barang2 keperluan anak2, ..maknye.. n bapaknyer skali..mana2 yang tertinggal.. minggu sekali lagi dah nak balik kampung.. Tapi rasanya zue tak naklah buat banyak2 cookies tahun ni.. buat pun untuk balik kampung jer dan simpan skit untuk buat open house lepas raya nanti.. Almaklum kalau buat banyak2 mesti tahun berikutnya still ada.. kata orang leh goreng balik biskut raya yang tahun lepas ...(lepas raya biskut raya dah kurang laku)..(@_<)

Kebiasaan tahun-tahun lepas zue akan order biskut CRYSTAL BALL ni ngan member opismate. Tapi tahun ni nekad nak buat sendiri.. Alhamdulillah jadi.. Rasanya pun sedap.. Manis-manis dan rasa lemak sapi bercampur ngan masin garam skit.. memang yummy.. 



(70 biji - bergantung pada besar/kecil gentelan biskut)


Bahannya: 
250 gm tepung gandum
1 st soda bikabonat
1 st baiking powder
125 gm gula aising
1/8 st garam

1/2 st esen vanila
150 gm minyak sapi (cair dan sejukkan)
3 pewarna..merah,kuning dan hijau
Gula kaster untuk hiasan

Caranya:
 

1. Campur dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan rehatkan selama 20 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan seperti merah, kuning dan hijau.
3. Susun doh kepada 3 bahagian yang panjang dan bahagi kepada 10gm setiap doh.

4. Bentukkan adunan seperti bebola dan cantumkan 3 warna seperti dalam gambar.
5. Bakar dalam 150'C selama 15-20 minit.
6. Bila dah sejuk gulingkan dalam gula kaster.
7. Simpan dalam balang kedap udara

*Gentelan jangan terlalu besar kerana resepi ini dimasukkan serbuk penaik dan ia akan lagi mengembang..

4 comments:

cinnamon.com said...

terima kasih,dgn resepi ni...nak cuba buat..

..::tarabozu::.. said...

sama2.. trylah buat..budget nak buat tak de mahal.. senang dan sedap..

Liza said...

Salam kenal Zue..wahh dh start buat kukis yer..Liza ni bila nk start xtau laa..

..::tarabozu::.. said...

salam perkenalan kembali liza.. zue dah kena start buat kukis ni sbb klu ari biasa x leh nak buat sbb blk keja dah penat.. so kena buat ari ct.. minggu dpn kena jelajah shopping complex.. beli lebihan yg tertinggal.. so kenalah buat mgg ni..

 

Designed By Izza sakura