Wednesday, August 10

NEKBAT.. pembuka posa orang pantai timur





Setiap kali bulan Ramadhan selain buah kurma perkara yang wajib ada ialah nekbat (sejenis manisan). Itulah peberet 'pembuka posa' orang pantai timur samaada orang terengganu atau orang kelantan. Memandangkan zue kawin ngan orang utara nekbat jarang-jarang ada kat umah sebab En Hubby tak suka makanan manis-manis ni so secara automatik zue terpaksa ikut selera En Hubby. Yelah kalau ikut selera zue sendiri....setakat makan sorang tak syok lagipun takkan nak makan banyak-banyak pulak tu anak-anak tak beberapa suka nak makan kuih-muih gini.

Actually nekbat ni zue beli yang ready made punya..nak buat almaklumlah..setakat nak makan 3 ketul tu jer.. Beli pun tak delah mahal sangat..baru RM2 untuk 7 ketul.. Tapi kalau beli mesti terus buat sebab nekbat ni tak tahan lama takut berkulat.. tahan setakat 1-2 hari (bergantung kepada cuaca)..tak boleh simpan lama. 

Nekbat ni kalau nak makan bukan terus makan cam kuih biasa tu.. perlu sira dulu.. so kat sini zue sharekan resepi nekbat dan air gula untuk menyiranya.





Bahan-bahan untuk buat nekbat:

1/2kg tepung beras
6 bj telur ayam
250 gm gula
3 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Kemudian masukkan gula, tepung beras dan pukul sehingga sebati.

Panaskan acuan dan dengan menggunakan simpulan daun pandan sapu acuan tersebut dengan sedikit minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tadi ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.


Resepi untuk sira nekbat:-

2 gelas air
10 sb gula caster
3 biji cengkih
2 helai daun pandan

CARANYA:-
Masukkan 2 gelas air, 3 biji cengkih, 2 helai daun pandan yang disimpulkan dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. 
Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar tadi.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

2 comments:

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum Zu. Sedapnyer nekbat..lama dah tok makan nih..

Zue El Razak said...

waalaikumussalam kak tun..
memang sedap.. lama x jupe ni..harap posa sethn sekali.. ni pun nasib baik member kat pantai dalam belikan.. katanya org klate buat.. ..emmm sedap..makan bila lps kuar dr peti ais..(^__^)

 

Designed By Izza sakura